Masa gua mula mula sambung belajar di universiti dulu, gua jarang ponteng kelas yang gua minat. Electrical principle dan bahasa inggeris contohnya. Kedua duanya adalah kerana lecturernya bagus dan mempunyai body yang mantap.
Subjek bahasa inggeris gua minat sekali. Lecturer perempuan. Janda. Budak budak panggil dia Madam Juju. Nama pun dah comel macam tuan dia. Gua panggil Ju saja dengan dia. Bercakap pun pesen 'i you i you' saja tak payah nak madam madam sangat. Err.. ok, gua tipu. Gua panggil Madam Juju juga laa serupa orang lain.
Masa first class gua ingat lagi gua pakai topi kaler biru bertulis Syarikat Goh Toh Lai Motor Enterprise. Baju t shirt dan berambut panjang tak bersikat. Gua ambik port belakang belakang. Tak minat betul gua duduk depan depan dalam kelas ni. Nanti lecturer cepat kenal. Gua tak suka jadi terkenal.
"Ok guys! Now i want every single one describe yourself with just only two words.", kata Juju memulakan kelas. Macam gitu laa lebih kurang dia punya cakap. Gua bukan ingat sangat.
Sorang demi sorang bangun bersuara. Dan akhirnya sampai giliran gua. Gua tak bangun dari kerusi. Gua tarik nafas dalam dalam. Harap harap Juju tak tanya gua banyak. Gua bukan reti nak reply balik dalam bahasa omputih.
"Silent and unpredictable", sound gua garang sambil pusing pusing pen.
Kelas senyap. Semua mata pandang gua. Juju senyap perhati gua.
"Guys! I think we got Steven Tyler in our class! Did you noticed that this guy very look alike Steven Tyler?", tiba tiba Juju bersuara dengan sedikit teruja.
Gua sengih. Hari pertama kelas dengan Juju gua lalui dengan begitu bersemangat. Habis kelas gua terus pecut balik rumah. Sampai rumah cepat cepat gua google 'Steven Tyler'.
"Cilakak! Tak ada laa smart sangat..", kata gua sambil lempang monitor.
Selasa, 21 Februari 2012
Isnin, 20 Februari 2012
Cinta Untuk Samad - Pilihan
Dua tahun berlalu. Samad sunyi tanpa cinta. Makwe ada tapi tak ada cinta. Sehingga lah pada satu hari muncul seorang perempuan, Azlin. Perempuan yang lebih suka bercakap dari mendengar. Ada sahaja yang ingin diluahkan tanpa berselindung.
Hari demi hari Samad tegar melayan karenah wanita yang lebih tua darinya itu. Dia tanpa jemu mendengar cerita demi cerita dari mulut perempuan kaya berlesung pipit itu. Bagi Samad itu adalah lebih menyeronokkan daripada berborak dengan makwenya yang kurang kasih sayang.
“kak, kenapa akak tak kahwin kahwin lagi?”, Tanya Samad sambil nyala rokok. Air teh o limau suam diteguknya perlahan.
Mata Azlin membulat. Ditenungnya muka Samad. Samad sengih.
“dengan siapa?”, soalan Samad dibalas dengan soalan.
“dengan pakwe akak laa, takkan dengan saya pulak.”
“Sam ni kenapa? Sam laa pakwe akak.”, balas Azlin sambil memandang tepat mata Samad.
Samad pucat.
***
Dipetik dari buku yang sampai sudah tak siap siap.

Selasa, 14 Februari 2012
Ranjau
- Demam
- Sakit otak
- Selsema
- Kereta jahanam
- Demam
- Bengkrap
- Selsema
- Demam
- Kereta jahanam
- Sakit otak
- Internet lembap
- Nyamuk banyak
- Kemarau gol
- Kering idea
- Lapar nasik
- Kipas slow
- Bengkrap
- Malas semayang
- Hilang akal
- Sakit otak
- Selsema
- Kereta jahanam
- Demam
- Bengkrap
- Selsema
- Demam
- Kereta jahanam
- Sakit otak
- Internet lembap
- Nyamuk banyak
- Kemarau gol
- Kering idea
- Lapar nasik
- Kipas slow
- Bengkrap
- Malas semayang
- Hilang akal
Sabtu, 11 Februari 2012
Harapan palsu
Gua ada tiga sebab untuk berhenti rokok. Sebab nombor satu ialah emak gua suruh. Lama dah dia suruh tapinya. Tapi tak berenti berenti juga. Nombor dua sebab kesihatan. Sejak kebelakangan ni tekak gua macam dah tak power sangat. Jenis cepat sakit. Dulu kemain handal semua rokok pun nak cuba. Nombor tiga ialah sebab gua dah janji dengan makwe. Soal habis duit gua tak heran sangat. Tak beli rokok karang habis juga buat beli benda lain.
Gua ada try dulu guna taktik ganti aktiviti hisap rokok dengan makan gula gula. Bagus juga hasil dia. Daripada sekotak sehari dah kurang jadi tiga batang sehari. Tersengih sengih juga bila makwe kabor 'good job!' pada gua. Tapi habis saja gula gula dua puluh bijik, terus hisap rokok macam setan balik. Rentetan daripada itu gua dapat satu rumusan. Gula gula tak boleh putus stok. Kena beli banyak.
Jadi balik kerja pada hari ahad yang lalu gua terus pecut pergi Econsave.
Gua beli gula gula satu paket besor. Gula gula Esprezzo perisa kopi Mocha. Baru laa semangat sikit nak makan. Siap beli gua terus balik dengan semangat yang membara dan juga badan berlengas.
***
Hari ini adalah hari sabtu. Gula gula Esprezzo perisa kopi Mocha baru luak lebih kurang 10 biji. Rokok pula dah empat kotak habis. Barangkali inilah yang dikatakan hangat hangat tahi ayam, lama lama sejuk begitu saja.

Khamis, 2 Februari 2012
Sensitif
“Nak gunting pesen menda ni?,” tanya kawan gua merangkap tukang gunting peribadi gua. Gua memang tak berkenan nak gunting kat kedai gunting rambut. Takut smart sangat pula nanti. Lagipun gua tak berminat nak menghabiskan duit gua yang jarang ada banyak itu untuk tujuan sebegitu.
“Gunting je pesen menda pun ..jangan huduh sangat sudah la..,” balas gua pula. Gua memang percaya je pada kawan gua tu pasal beliau memang tak pernah lagi mengecewakan gua. Tapi hati rasa macam berat je nak gunting pasal masa gua baru balik itu hari ramai juga orang kampung ingat gua artis.Namun disebabkan emak gua tak berenti duk kabor rimas tengok rambut gua, gua akur. Lagipun gua bukan nak jadi artis.
Kawan gua itu dengan pantas terus menggunting rambut gua dengan bergaya dan profesional. Gua ada juga bagi cadangan suruh dia buka kedai tapi malang cadangan gua dipandang sepi. Bunyi rambut gua kena kerat rangup betul. Naik mengantuk gua. Ikut hati nak saja gua minta kawan gua tu gunting sambil gua berbaring. Tapi gua fikir-fikir balik macam tak senonoh pula kalau gua membuat permintaan sebegitu.
***
“ku ingat kamu..ku rindu kamu..wajahmu selalu terbayang..”, gua menyanyi-nyanyi merdu lagu Mas Idayu tanpa malu-malu depan cermin sambil menyapu minyak rambut jenama Revive di kepala. Entah kenapa gua nyanyi lagu Mas Idayu.
Sudah saja gua setting rambut gua jadi pacak-pacak macam dalam tibi, gua pun melangkah yakin menuju ke dapur. Emak gua tengah goreng bihun.
“Amacam mok..?”, tanya gua, “ smart dok..?”
“Boleh laa..”, balas emak gua. Ringkas tetapi sudah cukup untuk membuatkan gua hilang keyakinan diri.
“ ‘boleh laa’ je?”, kata gua kecewa, “ kabor la mok, smart ke dok ni..?”
“ smart dah..tapi bangun pagi payoh, kalo tak lagi smart.”, bijak emak gua bermain kata-kata.
“ alaa..kome bukan taknok bangun mok..tapi tu la, kome sensitive sikit dengan matahari pagi. Kalu tengah hari kome ok sikit.”, balas gua pula tersengih-sengih sambil teguk air Sunquick.
“ sensitip korok mu.”
***
Ok, ni entri lama sebenarnya. Keh keh keh!

Langgan:
Catatan (Atom)