Rabu, 2 Mac 2011

Seribu penyesalan

Baru baru ni entah macam mana, prestasi gua ketika bermain futsal memang down habis. Rembat tak tepat, berlari perlahan bukan main walaupun rasanya macam dah all out, cepat pancit, dan juga kawalan bola yang macam setan tak kemas langsung. Jadi sebagai rakyat biasa, gua tanpa segan silu menyalahkan kasut futsal gua, dah tak sedak. Jadi gua buat keputusan yang berat untuk membeli kasut baru. Elok saja punch out jam lapan malam, gua terus tala ke Al Ikhsan cawangan Rawang. Terus terang cakap, gua kecewa dengan sikap makwe Al Ikhsan cawangan Rawang yang memandang gua seperti gua miskin benor orangnya. Gua tau lah muka gua hitam hitam kena minyak. Dia tak tahu gua ni berapa punya wangi kalu lepas mandi.

Selesai sahaja urusan beli kasut, gua terus tala balik ke rumah sambil membayangkan rembatan gua yang persis Wesley Sneijder sekejap lagi. Tengah sedap berimaginasi, gua tiba tiba terfikir yang kasut baru dah tentu lah tak ngam dengan stokin lama, jadi gua pun berhenti di satu kedai serbaneka di Batang Kali. Disebabkan jam dah menghampiri angka sembilan, gua pun dengan cepat cepat terus ambik stokin lalu menuju ke kaunter. Ramai pulak orang nak bayar, mujur gua dapat tempat kedua setelah berjalan cepat cepat dan buat muka garang. Depan gua ada satu budak sekolah tengah nak bayar buku tulis tujuh lapan keping pelbagai saiz.

"tujuh ringgit dua posen", kata tokei kedai.

"alamak tokei, saya ada lima ringgit je lah", kata budak sekolah tersebut. Gua agak baru tingkatan empat.

"takpa, you kasi tolak la mana you tak mau", balas tokei kedai pula.

"tapi semua saya nak pakai ni..", jawab budak itu dengan berat hati sambil belek belek buku mana nak tolak semula.

"ok, cukup.", kata tokei setelah mengambil semula dua buah buku dari budak sekolah tersebut.

Budak itu pun berlalu pergi dengan hati yang gua kira cukup hampa.

Gua menghantar budak sekolah tu keluar kedai dengan satu pandangan pilu. Gua ada ratus ratus dalam dompet, gua ada berpuluh keping duit syiling dalam pouch bag, gua ada belas belas ribu dalam akaun, tapi kenapa, kenapa gua tak tolong tambahkan RM2.20 untuk budak sekolah tu? Gua mampu untuk membeli kasut bernilai RM130 untuk bersukan, namun gua tak mampu nak tambah sedikit duit untuk budak sekolah tu belajar. Entah kenapa dengan gua malam tu.

Gua tak menyesal tak belajar betul betul, gua tak menyesal bawak motor laju laju sampai muka berparut, gua tak menyesal menduakan makwe, gua tak menyesal banyak buat jenayah di masa muda gua, tapi gua menyesal, gua menyesal tak tolong bayarkan buku budak sekolah tersebut. Malam tu gua main futsal macam setan. Tiga hari tiga malam gua tidur tangan atas dahi memikirkan nasib budak sekolah tersebut. Apa apa pun gua doakan budak sekolah tu berjaya di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan datang. Lepas ni kalu gua jumpa budak tu kat kedai tu lagi, gua akan belanja dia buku sama air bandung cincau.

Nota: belas belas ribu dalam akaun tu gua acah je, bagi sedap cerita..

25 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

1st! -tam

poyotito's berkata... [Reply]

amboi, pandai first first dah dia sekarang ni..

relevan berkata... [Reply]

3rd

dewajiwa berkata... [Reply]

leks bru. kadang nampak macam kita buat keputusan yang salah. tapi kita dah diset dalam ketentuanNya untuk begitu. buku je kan? kalau ubat-ubat atau makanan tu, seharusnya kita bantu tanpa berkira sebab keperluan tu. tapi baguslah ada simpati dan niat menolong tu. takde la kutu sangat perangai. hehe

Nerzhul berkata... [Reply]

dah pandai pikir kesusahan orang lain..bagus²

Tanpa Nama berkata... [Reply]

maybe ade hikmah jugak aok tak belanja budak tu. mungkin dia nak guna buku tu untuk main perang2 ngan budak kelas die, atau jadikan kertas dari buku tu sbg jet pejuang impian buatan sendiri, or die nak tambahkan skill main kepung2 training sorang2 kat rumah.. -bro tam-

poyotito's berkata... [Reply]

kah kah kah
betul juga cakap aok tu brader tam..
entoh dia nok buat tulis surat ke makwe, dak?

Relevan,
selamat datang.

Nerzhul,
hehehe
aok pikir dah?

DewaJiwa,
kalau ye pun camtu,
kalau kejadian umpama ujian tuhan nak bagi gua apa apa cemana?
contoh: kalu gua tolong, tuhan bagi sihat sepanjang hayat.
amacam?

poyotito's berkata... [Reply]

entah lu paham tidak apa gua nak cakap,
harap harap lu paham lah
gua taip turbo ni..

tasekM berkata... [Reply]

dah perangai aboh-aboh ni sikit lagi bulih kawen dah ni. gua pasti.



.

poyotito's berkata... [Reply]

ha ha
gua ni tinggal lagi duit je sikit,
kalu banyak memang cerah harapan gua kahwin banyak..

Bozu berkata... [Reply]

adik gua budak tu woi!

Sab Buenoo berkata... [Reply]

baru nak mintak belanja.

Brader Chacha berkata... [Reply]

tme kat tgn ada duit, biasanya memang payah nak nolong orang..

"ala,gua ada nak pakai duit nie..xpela..tak gua tolong, mesti ada orang lain tolong nanti"

tapi bila poket kering,dompet kosong..nmpak pulak ada susah depan mata..mesti terdetik dalam hati..

"ahhh,gua nak tolong tapi xde duit..xpe..nanti gua dah bnyak duit, mesti gua tolong"

bila dah ada duit nanti, ulang balik ayat daripada atas nun

fnd berkata... [Reply]

Manusia ada masanya takut nk berbuat kbaikan...berani buat kjahatn.moga kita bukn mnusia jnis tu

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Anggap je la peristiwa tu sebagai ujian tuhan thadap hati kau- fnd o fnd

Mikael berkata... [Reply]

kenapa lu tak tolong?

Aku la berkata... [Reply]

ntahnye, mesti trbyg byg sampai tr mimpi mimpi tak tolong budak tuh... peh, frust rase

DuniakuAbstrak berkata... [Reply]

cis

kalau awek sekoLah dada mantap punggung Lebar wajah cantik berdahi Licin mesti Laju je kau toLong bayarkan

hahaha

jo berkata... [Reply]

kalo ada belas-belas ribu, ini jam jugak aku turun batang kali mintak ko belanja air bandung cincau.

broken_nigina berkata... [Reply]

serius,gua rasa sebak.

k.e.r.i. berkata... [Reply]

lu tak letak nota pun gua dah boleh agak.

-MsGoodNite- berkata... [Reply]

berhati perut juga aok ni, walaupun tak bayarkan dua hingget dua posen tu...

mogobja berkata... [Reply]

paling semat. ah aok tu sume semat.

ju berkata... [Reply]

cari la budak tu balik..belanja makan2 ngan bandung cincau

hiro berkata... [Reply]

pemurah jugak aok ni mengikut firasat keh.