Selasa, 26 Ogos 2008

rindu

malam tadi,gua karaoke kat Mines.
saja la habiskan duit kat karaoke pula.
takkan la kat snooker je. tak adil pula gua rasa.
betul punya sedap suara gua compare ngan Hasbullah Awang.
setelah abis 13 lagu member gua pun ajak balik.
on the way balik takde apa yang menarik.
gua drift2 camtu je.biasala hujan..

sampai aje bangi gua terus tala kereta ke charkuewtiaw seksyen 1. sedap betul orang kata charkuewtiaw kat situ. tapi gua tak order bendalah tu.
gua order nasi goreng ayam sama milo ais.
peh..setelah lama gua tak order milo, tiba2 gua ter'order' malam td.
betul punya kaw milo brader tu. naik mengantuk gua. sampai kecik mata gua tahan ngantuk. berborak pun dah tak berapa masuk. hati gua teringat ke tilam ngan gebor hikmat gua aje. cakap banyak tak guna, gua terus pecut balik rumah. jadinya gua tido awal malam tadi.
itu je la gua nak cerita.
nak cerita apa lagi baru bangun tido ni.


***

soalan:amacam tajuk entry gua?menarik?

12 comments:

rahimin idris berkata... [Reply]

menarik kepala takuk lu! tak berkait langsung dengan cerita. lu ingat saspen sangat ke buat macam ni?

hajime berkata... [Reply]

mane citer ragingnye?
aku dah kate dah...
kalau xde toksah ckp nak cerite...

poyotito's berkata... [Reply]

rahimin,
hahaha
kisah benar tu wei.

hajime,
sabor la, gua takde feel nak menulis siang2 ni.

Amaradona berkata... [Reply]

Peh,letup tajuk..licik-licik.

Rajuna berkata... [Reply]

peh
19 SG!

yoshz berkata... [Reply]

macam pokem jugak la ko ni...

woi ko bangi kat mana weh...

l.i.f.e berkata... [Reply]

huh! kalau pompuan aku dah ragging mengeja guna punggung!

giler misleading

S.YanaZ berkata... [Reply]

Ter'order' di sini menunjukkan perbuatan tak sengaja.
Tapi order tidak boleh diletak imbuhan 'ter'.

Poyotitos,
SILA MASUK KELAS PEMULIHAN.

poyotito's berkata... [Reply]

born,
lu idola gua beb!ingat tuh.

rajuna,
hahaha

yoshz,
ah!lu lagi pokem.
gua kat fasa 3 tambahan.
pasal?

life,
hahaha
gua budak baru belajar.

s.yanaz,
sape ngajor?klu sekelas dgn student2 2 hijau lu tu gua taknak.

sultan berkata... [Reply]

menarik...???

aku rase menolak ada la. haha...

bro, aku nk link blog ko ni bole x...

Princess Liyana berkata... [Reply]

huhu minum milo anda jadi sihat dan kuat:)errr.,..tapi memang mgantukla minum milo;p

poyotito's berkata... [Reply]

sultan,
dah nama pun sultan, mana gua berani mau lawan.sila2.

princess liyana,
hah!tu la dianya. kuat apa jadah?