Jumaat, 19 September 2008

laici kotak besar hanya RM2.90 di petronas!

itu hari gua ke hospital kuala lumpur. member gua ada appointment menda entah dengan doktor. disebabkan beliau sakit dan tak boleh drive jadi gua tolong la beliau. lagi pun gua ni dah diasuh supaya menjadi makhluk yang baik hati dan suka menolong orang.

nak dijadikan cerita, gua sampai Bangi semula dah tengah hari, dah dekat pukul 1 dah masa tu. tekak jangan cakap la dia punya kering.puasa, stended la. gua singgah la petronas dekat rumah gua tu pasal member gua suruh bubuh minyak. siap je bubuh minyak member gua tu suruh beli air laici kotak besar pulak.ya kawan-kawan!beliau tak puasa. tapi beliau sakit, jangan la salah faham. oleh kerana beliau sakit dan kena makan ubat, jadi gua tolerate la tolong beli..

gua takde la malu sangat nak beli pasal tahun lepas gua dah biasa beli2 time tengah hari bulan2 puasa.tapi itu tahun lepas, tahun ni gua mesti mau full beb!berbalik kepada cerita tadi. jadi gua buat muka biasa-biasa je ambik air kotak laici tu pastu taruk kat kaunter.
peh..itu jam awek-awek petronas tu dah sok sek sok sek mengumpat sesama mereka sambil gelak-gelak.. gua jadi malu. dah la ada sorang budak baru tu memang gua berkenan. muka manis-manis je..aurat pun tutup, cakap pun lemah lembut je.tapi disebabkan gua miskin aje sepanjang tahun gua jadi takde feel nak usha dia.topup pun kadang miss camana nanti gua nak berbalas sms dengan dia? jadi hari-hari tengok aje laa muka dia sambil berimaginasi bukan-bukan..

berbalik semula kepada cerita tadi, awek-awek situ peh kemain prasangka buruk lagi kat gua. iya la beli air pukul 1 takkan nak simpan berbuka kot. memang kena tuduhan rambang la gua kan? tanpa cakap banyak gua pun hulur RM5. sambil ambik balance awek muka manis tu tersengih2 je. peh..sakit pulak hati gua itu jam.

"tak puasa ye?",kata awek muka manis tu kat gua sambil hulur balance.

"hish!!!ni saya beli untuk orang rumah saya la!dia tak boleh puasa", gua jawab sambil buat muka paling serius.

nah!ternganga mulut masing-masing dengar jawapan gua.
***

ralat:dah terang2 gua selalu singgah petronas tu dengan member2 gua. bini apebendenye lagi woi?? yang sampai ternganga mulut tu apahal???
muka remaja cam gua ni takkan la dah kawen...

28 comments:

Amaradona berkata... [Reply]

laa,makwe tu nak ke aok le tu.tak nak kasi ke gua beb.petronas mana?

af [ R ] ed berkata... [Reply]

petronas sebelum tol kajang ?

imiginasi bukan bukan ? wow. menarik

contoh ? ngeh ngeh

Don Balon berkata... [Reply]

Tito Santana,
Bagus jugek bulan pose ni yek bangun boley update blog..
weh.. petronas lepas Esso tu la gamoknyer ye dok..?
Aok telah kecewakan hatinya.. koi tau memanc dia pun minat ke aok..
harhar..

dila berkata... [Reply]

apa imaginasi bukan-bukan kau tu

cerita sikit

farah sr berkata... [Reply]

cantekkk alasan..

alia berkata... [Reply]

idea spontan mmg begitu..hu..hu...

padelkopak berkata... [Reply]

sobar je la brader!adatla klu dah bersemuka ngan awex mmg cuak....

hajime berkata... [Reply]

adekah rakan anda lelaki?
jike ya...
rakan anda = org rumah anda
org umah anda = bini anda
rakan anda = bini anda
wahhhhh!!!!!!!!!!

rahimin idris berkata... [Reply]

ceh, tak pandai lalu nok kelentong sunat. cakap la aok no kotok air laici tu jek!!!

sultan berkata... [Reply]

kalo ko main anta2 surat bwh pasu bunga ngan awek tu x bole ke...

kos dia br kertas n bedak je. jimat...

akumasihdisini berkata... [Reply]

alasan yang awok beri tue menutup terus impian murni untuk 'tackle' awek tue...rugi rugi...nyesal tak sudah...klau koi laaa...

Rambo berkata... [Reply]

jap2...
ke muke lu mmg nmpk orng dah anak 3?

yoshz berkata... [Reply]

air jagung lagi layan kut.

kusutkusut berkata... [Reply]

haha
bley tahan ko ni imiginasi bukan2.

Redzwan Abdullah berkata... [Reply]

kah kah kah...
Bapak kreatif...
Dapat la mengubat duka aku nie...
hahaha...
Jap, kawan ko ke atau ko yang nak minum?
Jangan nak kelentong la...

Qaseh.Darwisy berkata... [Reply]

eheh..laici kotak mana best..

Dzulkarnain Mohamad berkata... [Reply]

awek muka manis tu baru je nak mulakan bibit2 cinta..

dia tanya sbb nak cari modal kenal aok. dia dh lama jd secret admire tu..

aok pulak pangkah terus..

potong betul..

tasikmerah berkata... [Reply]

jatuh la saham lu....

man_helang berkata... [Reply]

pesal aku tetiba nak g usha aweks tu plaks nih...petronas mna??? ha ha ha

atune® berkata... [Reply]

ko da ganti ke pose yg x full tawon lepas beb??ngeeee...

denanz berkata... [Reply]

tu intro dia tu. nak mintak no tepon.

l.i.f.e berkata... [Reply]

hishhh mahal nya air laici kat petronas tu. kalau kat tempat yg org kita sebut kerfor tu lagi murah. awek2 pun lagi ramai

poyotito's berkata... [Reply]

born,
petronas seksyen 3.
lu try la woi!gua dah putus haid ngan beliau.

afred,
lu pernah tengok american daydreaming?
macam tu la lebih kurang.
HA HA

don,
keh dah tak kerja. ngadap kompiter je hari2. tu pasal sahur pun boleh update.
koi pun syak macam tu sebenarnya.
HA HA

dila,
ala..macam gua cakap kat afred tu..

farah sr,
cantekkk lagi tuan dia.
HA HA

alia,
tu la tu..

padel,
hah!lu paham jiwa gua.

hajime,
teori apa ni woi???

rahimin,
pada keh cakap nok kotok,
baik keh cakap saja nak pecah duit.
ke gone?

sultan,
peh..itu betul punya jimat tuuu..

akumasihdisini,
hah!itu la silap aok!
lepas ni jumpa koi lagi mesti dia tanya,

"eh!betul ke abang ni dah kawen?"
itu jam koi ayat la balik.
amacam?

rambo,
mana ada woi!!
gua awet muda.

yoshz,
apa barang air jagung woii

kusut,
aik??tak kabor pun boleh tau.
dasat aok nih.

redz,
bukan gua...betul...

qaseh,
dah!lu pegi kawan ngan yoshz.
HA HA

dzul,
koi pun syak macam tu jugak.
tapi tu la, koi panik sikit kalu awek koi berkenan ni.

tasik,
takpa!tak lari awek petronas di kejar.

man,
peh..lu pun nak juga?

atune,
belum beb!camana ha?
kira tak boleh raya ke apa ni?

denanz,
kalu betul nyesal gua beb!!!

life,
tu la. kat kampung gua singgit je.
tapi kotak kecik laaa....

~Cinta Milo Ais~ berkata... [Reply]

kan senang kalau ko pergi pergi kat kfc je..takyah nak bersoal jawab muahaha

poyotito's berkata... [Reply]

ai..macam biasa je..

biskutrajin berkata... [Reply]

ade pe remaja yg dh kawen..ehehe

poyotito's berkata... [Reply]

memang le ada.yang ada anak tapi tak kawen lagi pun ada.

af [ R ] ed berkata... [Reply]

poyotito's berkata...

"memang le ada.yang ada anak tapi tak kawen lagi pun ada."

afred berkata...

itu advanced tahap gangbang~