Rabu, 3 September 2008

rentetan puasa dan merdeka

hari jumaat lepas, syarikat bekalan air selangor (SYABAS) datang rumah sewa gua. gua tak tau bila masa orang syabas tu datang. tau-tau je bekalan air dah kena potong. apa barang merdeka 51 tahun rumah gua takde air ni syabas? ingin saya tekankan di sini air kena potong kerana ada kesilapan teknikal. ah! kesilapan teknikal mendenye?bende memang takde orang pegi bayar. memang lah kena potong. orang syabas ni pun satu hal kalu bab potong memotong ni bukan main ikut masa lagi.

itu jam memang darurat, kutu-kutu semua mana ada rancangan nak keluar semua jadi hura hara,mana nak mandi lagi,nak merdeka lagi, puasa lagi, basuh baju lagi,mana nak mandi hadas lagi, kena sakit perut tengah2 malam? sendiri pecut la pergi petronas sana.baju-baju bertambun tepi mesin basuh, pinggan mangkuk berterabur kat sinki,sudu nak pakai pun main lap je. betul punya darurat.

malam mula-mula gua steady kencing siap-siap kat petronas lepas beli rokok. botol kosong gua dah stenbai senang nak tapau air paip situ. alah takkan petronas tu kedekut sangat sampai air paip pun nak berkira. gua pun mula-mula ada juga plan nak keluar tengok apa jadi malam merdeka tahun ni, tapi dah air pun takde gua jadi takde feel. gua duduk melangut je kat rumah. dari pagi bawak ke malam gua steady je duduk rumah. apa pun takdak! masuk hari ketiga air takde lagi. syabas cuti siapa lagi nak bagi ada air balik?lepak punya lepak ada berita esok dah start puasa. peh..muka masing2 betul punya sedih. apahal nak kena puasa pun sedih?

sedih tak sedih dengar sahur kucar kacir juga bangun sekor2. disebabkan air takda apa pun takda semua pergi sahur kat restoran Azura sana. biasala hari pertama ni memang wajib sahur, tarik feel dulu kata orang. sudah je sahur masing2 balas dengan dunhill sampai 3,4 batang sorang. serupa lah malam karang dah tak boleh hisap.
balik rumah ada yang terus sambung tido, ada yang bersembang, ada yang layan friendster. apa kes layan friendster pagi2?
gua macam biasa bukak blog orang, komen sepam dua pastu agak mata dah kecik gua pun tido. gua sedar2 dah dekat2 pukul 3.gua tempat ke 4 la gua ingat kalu kategori siapa bangun dulu. peh..masyuk betul tido cuti umum camtu. satu apa pun tak jalan. gua bangun gosok gigi, basuh muka lebih kurang pakai air dalam botol. air takda lagi.harap maklum.

membawak ke petang semua dah bangun, lepas basuh muka lebih kurang masing-masing start motor menuju ke pasar ramadhan yang berhampiran. kat rumah, gua dengan ada kutu sorang dua dah kucar kacir search 'waktu berbuka'.sebelum ni haram ambik tahu.skali tengok, 7.20. bukan main tak puas hati lagi masing2. lambat sangat katanya. turun bawah, TV yang gambar kelabu satu apa pun tak nampak ada suara saja pun jadi diorang buat pedoman waktu berbuka. lama ngadap TV akhirnya ada suara orang azan.tv brapa gua tak tau. itu jam semua otomatik jadi tersenyum2 je..sambil bertukar juadah berbuka dengan kutu lain.
jadi, genaplah satu hari puasa.

***

sembahyang ke mana,apa ke mana, jadi apebende yang puasa?

23 comments:

Redzwan Abdullah berkata... [Reply]

da ada air balik ker?
Haha... Bukan kat selangor air free ker? Hehehe

alif-mikail berkata... [Reply]

ngeh ngeh ngeh..
oppss.. koi puasa tak leh komen.

hajime berkata... [Reply]

ala...
at least org tanye...
"ko pose?"
ko leh bangga menjawab...
"aku pose!"
ok dok?

rahimin idris berkata... [Reply]

haih, nak solat bukan bulan pose je. ingat la wahai insan; selagi hayat dikandung badan...

Dzulkarnain Mohamad berkata... [Reply]

cemana gayanye sambutan merdeka tahun depan yg jatuh pd bulan ramadan..

sultan berkata... [Reply]

brasap time sahur tu penting. kalo x nnt siang dugaan makin kuat...

S.YanaZ berkata... [Reply]

Astagaaa...
mak cik baru ingat nak bikin menantu...

iskh.iskh.

Marjerin berkata... [Reply]

hahahah..akhirnya dapat jugak yer.

Rajuna berkata... [Reply]

ha
orang ckp puasa tak solat kire macam makan tak basoh tangan betul ke?


ha ha

KARKADEWA berkata... [Reply]

salah en rajuna,
puasa x solat mcm berak x cuci...

Azura...??
terbayekk..!!!
2 mggu lepas pon byk kwsan xde air...
apehal ntah...
terbantut jadual berak harian gua..

biskutrajin berkata... [Reply]

tido smpi kol 3 bleh pusing kepala tuh..

Amaradona berkata... [Reply]

Mula-mula puasa gua dah solid,tapi pergi pasar ram layan peha dengan kulit pinggang makwe juga..langsung jadi tak solid.

Kumprinx berkata... [Reply]

chaos la korang ni..

ah amar.. buat rugi je pose..

poyotito's berkata... [Reply]

redzwan abdullah,
sudah. free hapebendenye camtu??

alif,
koi puasa,takleh reply komen aok.
ngeh..ngeh..ngeh!

hajime,
ye betul tu saudara.
takde la gua menipu kan?

rahimin,
betul sangat cakap abang tu.
sob..sob..

dzulkarnain,
itu keh tak tau, yang keh pasti berbuka tadi meriah betul. siap murtabak bagai.

sultan,
hoh!tu la tu.
silap teknik boleh meracau-racau tu

s.yanaz,
gua gurau je tu.

HAHA

marjerin,
gua bersyukur. rezeki anak2 kata orang lama.

rajuna,
gua main ibarat2 ni gua lemah ni

karkadewa,
Azura terbaik silap makwe je takde.
tu la pasal, syabas ni bahagian potong2 A.nak kencing pun harap ihsan petronas berhampiran.

biskutrajin,
banyakkan latihan.

amaradona,
kes2 macam tu memang payah nak elak dah born. semua cari jalan mengurangkan pahala je.
PKNS solid2 juga makwe dia wei.

kumprinx,
ah!king! lu dengan amar tu lebih kurang juga gua ingat.

Redzwan Abdullah berkata... [Reply]

hidup Man Utd...(Lari topik sket...)

Suka Bebel berkata... [Reply]

aduh!siksanya takdak air.aku sanggup bergelap takdak letrik dr takdak air. slamat posa lah kat engko.takdak air buleh je amik wuduk pakai debu yang suci.buat mandi pun boleh kot?cuba try

Don Balon berkata... [Reply]

Pollito,
takdok air..mujo single..
kalu anak 4 macanc koi ni berasap la ketiak.. harhar

poyotito's berkata... [Reply]

redz,
fanatik lu nih!
kalah kalu sabtu ni.. rentung la lu gua komen.

suka bebel,
mandi pakai debu?
kaedah2 camni gua goyang nak try ni.

don balon,
kalu dah kahwin, tak ke susoh koi nok mandi hadas tu..

apek terror berkata... [Reply]

haha..padan muke lu...

Amaradona berkata... [Reply]

Baru gua perasan,link ke blog gua memang macam setan.malu la gua woii!

pjoe berkata... [Reply]

takdak air?
habis tu mcm mana lu mandi wajib?

haha

pipiyapong berkata... [Reply]

ah janji pose dah laa..baru kick sikit nak pekena murtabak..

poyotito's berkata... [Reply]

apek,
cilakak!

amaradona,
hakikat tu brader.. gua memang taksub ngan entri lu.
HA HA

pjoe,
gua mandi pakai niat aje..

pipiyapong,
gua setuju sgt ngan lu.
murtabak,air tebu, balas pulak ngan rokok sedap 2,3 batang.
peh...melantun2 dia punya kick oo