Jumaat, 5 September 2008

sudah empat tahun brader..

seperti juga ramai manusia lain, gua juga ada abang.
ade orang cakap muka dia serupa Van Persie.
gua jadi hairan. apahal tak sama? apahal gua macam Johnny Depp?
brader gua tu betul punya ramai awek time sekolah.
entah ayat pasif ke ayat aktif dia gunapakai gua pun musykil.
kalu dalam laci tu bersepah gambor awek sama surat-surat.
awek dah la semua tip top.
berbulu je gua..

tapi silapnya dia tak ngam dengan gua.
makan tahun juga la kami tak bertegur.
selisih je buat tak nampak, selisih je buat muka ketat.
duduk sebilik tapi haram bersembang. masing-masing buat kepala sendiri.
kene baru lepas makan nasik rokok pulak habis sanggup keluar pegi kedai.haram tak nak mintak ngan gua.
betul tahap kritikal brader..
bercakap pun time raya dan juga time mak gua suruh panggil makan nasik.
lain-lain time memang tak dapat la jep!.
apa punca masalah ni gua tak dapat nak bagitau lantaran terlupa.

nak dijadikan cerita, ada la satu hari tu gua terdesak gua sms kat dia.
"allo brader!kome kat UM ni,ahad ni datang ah kome nak tumpang barang.baju berlambak2 ni. bawak kereta. bawak bakal akak ipar kome sekali!"
(peh..panjang sms gua..)

brader gua balas,
"tengoklah!aku hujung minggu sibuk biasanya"

hari ahad gua tunggu, tapi dia tak datang,gua jadi hampa.
cemas-cemas gua jadi kecik hati.nasib baik tak jadi.
tiga minggu lepas tu program pun habis, gua terus balik kampung.
sampai kat rumah gua tengok brader gua pun ada.
gua salam.
entah macam mana gua boleh TERbersembang ngan dia.

"ngape tak kabor balik hari ni?tidak, boleh balik sekali ngan aku!", dia tanya gua.

"ah!palat lah!hari tu taknak datang!
jenuh kome tunggu",gua sound takut2.

dah ada point gua pun sembang la pung pang pung pang.
tengah sedap bersembang gua tengok ada satu awek lalu kat dapur.
gua kat beranda luar masa tu.
woo!sapa punya awek tu??", gua tanya kuat-kuat saja bagi awek tu dengar.
"awek mende,sikit hari lagi jadi akak ipar aok tu!amacam?",dia jawab sambil panggil awek dia datang dekat. awek dia tu tip top juga orangnya.
kena pulak time dia senyum.
"peh..hidung pun serupa hidung aok siot..!",gua tabur ayat penyedap suasana.

start ari tu gua jadi ngam ngan brader gua tu.
jangankan rokok, tuala gua pun dia main sebat je.
gua pun sama juga. kadang siap boleh rilek bawak berjalan lagi rokok dia.
dulu kalau time bersembang kat dapur gua tersengih2 je dengor dia buat letup.
tapi lepas je ari tu, dia buat letup..gua up.
gua buat letup dia up.
tag team brader..mak gua sampai menggeleng kepala je tengok.
memang ngam betul masa tu.

sampai la satu hari, bulan ramadhan 2004,hari ke lima puasa.
gua kat terengganu masa tu.
gua dapat call dari bapak gua.gua ingat nak bagitau dia menang peraduan Teka Bola berita harian ke apa. sekali bapak gua suruh balik secepat mungkin. abang gua dah takde. eksiden on the way pergi kerja.

dengar je berita tu gua otomatik jadi bongok. gua jadi blur sekejap. gua rasa macam kepala gua dah takde darah.gua jadi tak tentu arah. dah normal balik gua cergas pecut balik kampung. dalam perjalanan, peh..menitik-nitik air mata gua mengalir.
gua bukan menangis sebab gua tak sempat mintak maaf ke apa.
gua menangis kerana dia abang gua.
abang yang tiada galang gantinya.

***

Al Fatihah.

***
Moral: toksah la kelahi adik beradik.
mana tengah kelahi tu gi la setel cepat. gua cakap betul ni brader..

42 comments:

broken_nigina berkata... [Reply]

sedihnya.
alfatihah.

hajime berkata... [Reply]

alfatihah...

greenergrass berkata... [Reply]

ya.. al fatihah...

alif-mikail berkata... [Reply]

insaf koi.. al-fatihah

~Cinta Milo Ais~ berkata... [Reply]

al fatihah utk arwah

*kamu ngutuk tulisan saya buruk ye...sib baik bulan pose ngehehe

Marjerin berkata... [Reply]

aku tersentuh bro.

al-fatihah.

S.YanaZ berkata... [Reply]

Poyotito's,
gua empat thn penah tak tego dgn kakak.
Sbb jarak umo 11thn, beb.
Tak ngam langsunggg.Tp pk2 balik dia laa sorg kakak yg gua ada.
Iskh.Iskh.

AlFatihah.
*rugi sorg lelaki hensem dah xde*

sultan berkata... [Reply]

ko byk2 la doa utk dia bln pose ni...

Al-Fatihah...

Rambo berkata... [Reply]

peh.

nyilu dan pilu hati gua.

semoga aman roh abg lu..

KARKADEWA berkata... [Reply]

alfatihah..
semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya....

Dzulkarnain Mohamad berkata... [Reply]

sedey ooo..
biasa la, Allah lebih sayangkan dia..
tp sekurang2nye aok sempat berbaik balik dgn abg aok..
aok sempat buat letup yg buat dia up
dan dia pn smpat letup aok..

tu la kenangan terindah aok dgn abg aok..

Redzwan Abdullah berkata... [Reply]

Takziah...
Al-Fatihah... Hubungan deme adik beradik memang bagus... Semoga dirahmati Allah

man_helang berkata... [Reply]

alfatihah bro...aku punya abg sulung 'pergi' aku tak sempat pun nak g ziarah...kerja tak membenarkan aku pergi...aku hanya mampu sedekah alfatihah saja kat arwah...

thanks bro...melawat blog aku...

jac berkata... [Reply]

pergh sadis gle..
al-fatihah..

hmm..abg lu sempat x kawen?

l.i.f.e berkata... [Reply]

isksss..entry kamu ini menyebabkan aku rindu pada adik yang pergi 15/2 tu hari. masih macam terngiang2 suara dia di telinga :(

al-fatihah untuk mereka semua

poyotito's berkata... [Reply]

s.yanaz,
lu dah ngam ke belum?

dzulkarnain,
tu la,mujur sempat juga berbaik.

man helang,
gua pun tak sempat juga, sampai rumah semua dah setel.

jac,
tak.

life,
bersabarlah.


kamu semua,
Ya.Al fatihah.
semoga roh mereka semua dicucuri rahmat.
amin..

Don Balon berkata... [Reply]

Benar sedih. Setia kali lepas solat jangan lupa doakan dia dan sedekahkan Alfatihah dan al-Ikhlas 3 kali. Ingatan untuk diri koi sindri jugak..
Ayah koi baru 5 bulan takde..
First time la Ramadhan dan Raya takde dia..

yoshz berkata... [Reply]

Kali pertama tak mencarut di blog engkau.

tasikmerah berkata... [Reply]

ish.. bergenang plak air mata aku baca n3 ko ni bro...

alfatihah.

lawatan balas ke rumah kamu.

rahimin idris berkata... [Reply]

ni letup paling tragis lu buat..

al-fatihah.

pipiyapong berkata... [Reply]

ni yang orang kabor letup air mata..
sumpah beb..gua pilu baca cerita lu.

Qaseh.Darwisy berkata... [Reply]

alahai...sdhnya..aku ngan abg aku pn da mkn thn..ntah bila bleh baik ngan dia smula..mintak2 umo kami panjang..

al-fatihah..

Amaradona berkata... [Reply]

peh,sedih juga gua dengan cerita lu ni..lu ni macam2 genre letup lu pegang ye?.

Amaradona berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pjoe berkata... [Reply]

Arwah anak sulung ka?
...

Al fatihah

Perempuan Jomblo berkata... [Reply]

walaupun saya tak faham letup dan aok tu ape. tapi cerita ni menyentuh betul.

poyotito's berkata... [Reply]

don balon,
sama-sama la hadap. koi tau aok tough.stamina pun ada.

yoshz,
tahniah!gua tau lu boleh.

tasik,
normal lah tu.

rahimin,
susah nak jumpa dah lepas ni wei.

tuan guru letup,
macam gampang! gua lantik lu jadi idola no 2 gua kang.

qaseh,
baik lu pegi setel cepat.
hubungan darah daging ni jangan main2.

idola letup,
genre kepala sahur lu!

pjoe,
bukan.

perempuan jomblo,
aok = awak
letup = lawak


kamu semua,
sekali lagi..
terima kasih.

Don Balon berkata... [Reply]

Lah pollito..
keh ingat letup tu maksudnya angin yang keluar dari ruang yang sempit..
Silap paham la keh baca entri aok semalanc.. :)

weeya berkata... [Reply]

sedih.sayu.
menitis air mata.
serius tak tipu sebab ni bulan puasa.
sy link blog anda ye.
terima kasih.

biskutrajin berkata... [Reply]

al fatihah..mmmm

poyotito's berkata... [Reply]

don balon,
hish aok ni. keh ingat aok tau..

weeya,
peh..betul sedih lu ni..
gua baca komen lu pun jadi sedih

biskut,
thnx!

farah sr berkata... [Reply]

al-Fatihah..
aku pong nak link blog ko gaks. mintak izin eh

poyotito's berkata... [Reply]

farah,
link saja. menda free

Daus berkata... [Reply]

gua sayu juga beb baca cerita lu ni tapi apa cerita kalau king dah letup..gua jadi nak tergelak..

al-fatihah.

182 berkata... [Reply]

beb lu copy cerita ni kat mana?
gua pernah baca la..

poyotito's berkata... [Reply]

daus,
king tu dah tahap kena bawak berubat dah tu.

182,
kisah benar ni woi!!!

poyotito's berkata... [Reply]

182 sekali lagi,
sekali baca gua rilek je ngan komen lu. dua kali baca rasa nak tapak aje muka lu kalau boleh!sumpah!

padelkopak berkata... [Reply]

nasib baik gua adik beradik ngam...syukur....alfatihah juga..

poyotito's berkata... [Reply]

bagusla camtu wei..
darah daging sendiri nak kelahi buat menda.

farhanna berkata... [Reply]

teringat pulak adik-adik dekat rumah.

wey, tersentuh.
alfatihah~~

nuyuljana berkata... [Reply]

takziah.

sedih baca.

mogobja berkata... [Reply]

smoge abg aok dlm kalangan org beriman :)amin ..