Sabtu, 5 Julai 2008

anjakan paradigma

dulu time kecik-kecik gua selalu jadi hero team gua.
main je la apebende pun.
tuju selipar? galah panjang? buaya duduk?
bak datang je. memang gua handal.
berebut-rebut budak2 nak team skali ngan gua.
macam-macam strategi diorang guna.
kadang-kadang sampai terpaksa berpolitik.
gila apa kecik-kecik dah pandai politik?
tapi itu time belajar gua A, periksa darjah 2 sampai darjah 6 memanjang dapat top 3.
no 1 awek, hidayah ke ape tah nama dia.
sampai ke sudah dia je no 1,hagham tak bagi chance.
hamun gua time tu.
lawa juga budaknya tapi umur baru peringkat darjah apajadah nak bercinta.
darjah satu gua dapat no 6 je.bodo lagi masa tu. culture shock gamaknya.
maklumla baru masuk sekolah. tapi pastu gua up.
bapak gua jangan cakap la dia punya bangga time gua amik hadiah tiap2 tahun.
gua biasa-biasa je..
itu pun berkat doa mak bapak gua dan teknik gua pergi sekolah pastu balik sekolah lempar beg ikut dan.
tau-tau esok pagi jenuh cari, kadang sampai lepas bawah katil.
memang rutin hidup gua time tu camtu je.
pagi pergi sekolah, petang fardhu ain, petang lagi main.
sabtu ahad jangan buat kira la.
memang pagi-pagi buta dah ada kaki tunggu kat laman ajak main guli la apa la.
"tak layan dragon ball ke diorang ni", getus gua dalam hati.
memang main je memanjang, malam time mengaji pun ada hati nak main lagi.
tapi asal periksa je no 2. skali je miss,dapat no 3.
upsr jangan tanya la berapa A.
orang tu bagi duit, orang ini bagi duit, sekolah bagi, yayasan apa tah bagi duit.
peh..bahagia juga time tu.
ok!cukuplah. kang gua takbur pula.
senang cerita memang gua top la kecik2 dulu.


tapi itu dulu..
sekarang ni apa cerita strength of material sampai 3 kali ambik?