Rabu, 27 Ogos 2008

ini zaman dulu punya cerita

dulu time darjah 6 gua teringin sangat nak besor cepat.
nak masuk asrama. bukan apa, gua dengar abang2 gua punya sembang peh masyuk betul.
jadinya tamat pengajian darjah 6 gua terus masuk sekolah asrama.

minggu mula masuk dah macam2 jenis ragging gua kena.waaa..masyuk apakejadah camni.kata gua dalam hati. gua dah start nyesal. gua pulak jenis menjawab bukan2 time kena tanya.lain ditanya lain dijawab.ringan betul mulut gua time tuh. maunya tak jadi saspek utama. memang pantang nampak muka gua ada je nak dibuat.sampai ada setengah kes jerit2 panggil nama gua dari jauh.nasib baik gua tak kena nickname bukan2. nyamuk contohnya. gua punya la baik hati datang tersengih2. sekali nah suruh garu belakang je.tak ke pukimak namanya tu. betul hati panas gua time tu. nak melawan kang gua kecik lagi. gua maki belakang2 je laa..

ada satu petang tu betul punya penat. maklumlah main takraw petang tu perform betul la kata orang.memanjang menang je.asal lipat je masuk,asal lipat je masuk. kene pulak time awek2 lalu. peh menjadi2 hebatnya gua. format permainan main king(sapa kalah keluar),jadinya regu gua tak keluar2. tapi hari tu budak2 senior tak turun. kalu turun jangan kata menang,main pun tak dapat brader..

penat tak penat malam tu kena pegi prep juga. tak pegi memang cari jalan jadi lauk la gua. betul takut gua form 1 dulu. abes,muka senior sekor2 super palat. muka nak garang je masing2. hish!panas pulak gua.

dipendekkan cerita, malam tu gua tertidur. sebenarnya bukan malam tu je.malam lain pun selalu gua tidur juga.kalu tak tidur pun gua lebih gemar bersembang. tapi apahal malam tu diorang panas pulak tengok gua tidur time prep gua tak tau. gua kena panggil.senior yang panggil gua tu bengis betul muka dia. gua follow aje la masuk kelas form 5 study. nah!masing2 muka semua macam tengah cari idea. gua panik.
setelah pung pang pung pang kena maki ada sorang brader bangang bagi idea apa jenis denda nak bagi.betul punya palat idea dia.

"ish..rilek la bang..buat benda lain la.. malu la saya camtu,"gua cuba berdalih.

"melawan ngko ye!ko nak buat ni ke,ko nak jadi khadam aku sampai ujung tahun?," ada satu senior pukimak tanya gua serius.

peh..setahun!gila kejam.harap je sekolah agama puak ni. babi betul! setelah berdalih lebih kurang gua mengalah juga. gila apa nak jadi khadam. tanya Yusop Aslam pun dia tak nak.

tak lama lepas tu kedengaran,

"saya tidak akan tidur lagi!"

"saya tidak akan tidur lagi!"

"saya tidak akan tidur lagi!"

"saya tidak akan tidur lagi!"

"saya tidak akan tidur lagi!"

lepas satu kelas, sambung pulak kelas lain.
habis blok kelas lelaki. tapi denda pukimak ni belum berakhir.
gua takat budak2 laki hagham gua tak heran.
boleh tahan lenguh juga la satu kelas 5 kali jerit.
lenguh tu takpe la, tapi ni camana gua nak hadap kelas awek2 pulak lepas ni??
malu la gua pukimak!!!!!

Selasa, 26 Ogos 2008

rindu

malam tadi,gua karaoke kat Mines.
saja la habiskan duit kat karaoke pula.
takkan la kat snooker je. tak adil pula gua rasa.
betul punya sedap suara gua compare ngan Hasbullah Awang.
setelah abis 13 lagu member gua pun ajak balik.
on the way balik takde apa yang menarik.
gua drift2 camtu je.biasala hujan..

sampai aje bangi gua terus tala kereta ke charkuewtiaw seksyen 1. sedap betul orang kata charkuewtiaw kat situ. tapi gua tak order bendalah tu.
gua order nasi goreng ayam sama milo ais.
peh..setelah lama gua tak order milo, tiba2 gua ter'order' malam td.
betul punya kaw milo brader tu. naik mengantuk gua. sampai kecik mata gua tahan ngantuk. berborak pun dah tak berapa masuk. hati gua teringat ke tilam ngan gebor hikmat gua aje. cakap banyak tak guna, gua terus pecut balik rumah. jadinya gua tido awal malam tadi.
itu je la gua nak cerita.
nak cerita apa lagi baru bangun tido ni.


***

soalan:amacam tajuk entry gua?menarik?

Rabu, 20 Ogos 2008

ragging

entri dari budak kene ragging ini betul betul buat saya rasa nak menulis.
tapi oleh kerana saya kena balik petang ni dan saya jenis ambik masa yang lama kalu menulis jadinya saya delay dulu.

Isnin, 18 Ogos 2008

itu cerita betul punya seram

2 minggu lepas gua balik kampung gua,Jengka. gua sampai tu dah malam, pukul 9 lebih. ngam2 hari gua balik mak gua buat laksa pahang.peh..laksa tu dia punya masyuk..takat fast food semua tu pejam mata je kena tapau!betul brader.. kebetulan perut gua kebulur tahap dewa, tanpa buang masa gua terus santak,taruk sambal sampai merah kuah. mana kick makan laksa tak pedas beb! adik beradik gua pun ada yang balik, jadinya suasana makan tu boleh tahan meriah juga la. yang tua bahan yang kecik.yang kecik bahan yang tua. disebabkan gua yang paling gagah jadi gua terselamat jadi bahan. mak gua tersengih2 je usha perangai anak2 dia. bahan punya bahan entah camana boleh masuk topik mengigau.

"kome ngigau dok mok?",gua tanya mak gua.

"ntoh!tak tau pulok mok,dok kot!",mak gua mengeluarkan fakta.

gua memang setuju amat la dengan pendapat beliau pasal gua ni takde rekod lagi ngigau2 ni gua rasa.biasa la,insan berhati suci macam gua ni memang susah nak ngigau gua rasa. sudah je makan gua masuk bilik pekena dunhill 2 batang sambil2 layan adik gua main gitar.
untuk pengetahuan semua gua hanya reti 4 lagu sahaja, tu pun tak abis. ah!adik gua pun lebih kurang gua juga. duk main lagu unforgiven sampai ke sudah. dalam bilik gua tu takde PC apatah lagi internet,jadi aktiviti terbaik hanya bersembang,main gitar dan baca komik kepahlawanan lama2.
lepak punya lepak jam dah pukul 11.

"ah!tengok tv lah!",kata adik gua setelah bosan gamaknya duk main unforgiven je.

gua senyap. khatam je baca komik, gua terfikir, ah!tengok tv pun layan juga gua rasa ni.
sekali gi depan tv tercongok adik pompuan ngan adik laki gua tengah layan cerita.

"cerita mende?"

"cerita hantu..tak seram sangat.."

"boleh lah..!",kata gua sambil ambik kusyen. baru lah solid tengok cerita hantu sambil baring.

cerita tu pasal pompuan tgh pregnant cari laki dia hilang. entah apa tajuk dia gua taktau. starting gua tengok hagham tak seram,tapi lama kelamaan gua rasa lain macam. cilakak!seram juga wei!
sampai satu part..plop!..gelap. tiba-tiba keluar jerangkung tengah makan uri budak yang baru lahir tu. gua terasa macam gua dah termasuk dalam TV tu, gua tak tipu beb! gua tengok hantu tu makan uri budak tu depan mata gua. bukan main berselera lagi. sekali jerangkung tu pusing tengok gua! peh..buruk betul muka beliau. gua punya seram jangan buat kira la. jerangkung tu datang kat gua pelan2..gua nak lari tapi kaki gua keras, gua rasa badan gua berpeluh2,gua panik. hantu tu dah dekat sangat dengan gua. gua jadi takut gila babi.

"astarfirullahhalazim..astarfirullahhalazim..astarfirullahhalazim..", gua beristighfar tanpa henti. gua berharap hantu tu tak apa-apakan gua.

tiba-tiba gua terfikir, eh!apahal aku boleh masuk dalam TV ni?
gua bukak mata. tu dia adik2 gua ternganga mulut usha pelik kat gua.

"ngigau ke?", tanya adik laki gua tersengih2.

gua dengan muka berpeluh2 terus masuk bilik sambung tido.

***

on the way nak masuk bilik hati gua berkata-kata,
pukimakkk punya hantuuuuu!

Sabtu, 16 Ogos 2008

18SX

hari tu housemate gua bawak balik sebakul durian.
ada la dalam 30 bijik gua ingat.
entah mana punya kebun dia rembat gua tak tau.
sekali tanya member gua, dia cakap kebun tok dia dekat Nilai sana.
jadinya gua lega dan yakin durian tu dari sumber yang halal.
peh..gua dah tersengih2 usha itu durian.
itu jam lepas sorang,sorang kaki turun ke dapur.
cilakak!pantang ade bau makanan.
mana yang tengah main game turun, mana yang sibuk mesej ngan makwe stop kejap, mana yang berYahooMessenger kelam kabut invisible, mana yang leka main gitar tiba-tiba hilang tune, mana yang plan nak pegi dating cepat2 talipon makwe cakap kensel.
dari kejadian tersebut, dapat gua rumuskan bahawa durian dapat memupuk perpaduan ahli2 rumah.
tanpa fikir panjang gua ambik sebijik.
sekali kilas je, terbelah dua durian tersebut.
peh..memang terbaik betul isinya.
lain macam dia punya kuning.
bukak dah bukak, tunggu apa lagi.
gua pun mula la start makan.
lepas seulas,seulas gua makan.
bukan main layan lagi. sampai satu tahap gua terpaksa gunakan jurus makan durian dengan mata tertutup.
sambil makan sambil sembang. meriah betul.
serupa time bukak puasa pula gua rasa.
macam-macam cerita diorang bukak pasal durian.

"ni apa punya gred ni ha?,"gua tanya.
senyap.takde orang jawab.
tiba-tiba ada satu kutu bersuara..,

"ni gred 18sx la gua rasa."

***

Isnin, 11 Ogos 2008

hari ini dalam sejarah

buat ke sekian kalinya, komputer saya bertukar menjadi objek yang bodoh.
tengah duk sedap mengadap..
plop!!!dia restart tanpa gua pinta.
gua sambung balik buat kerja.
sambung punya sambung,
plop!!
gelap..
yg ada hanya tulisan kaler merah 'check signal cable'.
gua tekan punat on.
'tak idup la pulak..pantek laaaaaa,'bebel gua.
ckp bnyk tak guna,gua format satu kali tgok apa cerita.
sambil format sambil sembang ngan member gua.
kejap tekan next,kejap tekan f8,L dan bermacam2 butang lagi.
sampai satu part dia tny nak delete partition yg mana.
gua dengan mata tengok tak tgok ke skrin rilek je tekan apa butang tah tadi.
usai siap semua, gua pn nak install la apajadah yg nk pakai tanpa buang masa.
gua bukak my computer,bukak D..

wei pukimak!!!mana folder2 gua???

komen pihak terlibat.
'abis la riko tachibana gua dalam tu...,'

new beginning

sesungguhnya life saya amat kucar kacir sekarang.
tido tak ikut masa.mkn pn sama.
semayang?jangan ckp la.
hari jumaat rilek saja saya berYahooMessenger sana.
tapi hairan juga awek saya chat tu hagham tak tegur.
dah pukul 2 lebih baru saya teringat hari.apa nak jadi neh..
study jangan harap la. handout dah bertimbun, satu pun tak usha lagi.
apa ni?mana semangat azam baru saya hari tu ha?
ini mungkin kerana konsep 'enjoy selagi boleh enjoy' yang menjadi ikutan saya selama ini.
atau lebih realistik lagi..'enjoy sampai miskin'!nah...
kini saya sedar kawan2 yg betul2 boleh bawak kita ke jalan yg benar bukan senang nak jumpa.
kawan2 yang ajak ke pusat snooker ramai.
separuh dari loan bulan2 saya telah selamat saya habiskan di Q ball sana.
sekarang baru 11hb.mana nk byr sewa,internet, api,dan air lagi.
duit hujung bulan pulak la baru masuk.
apa cerita nak angkat Nike Shoe Sweet Classic AP kalu camni?