Rabu, 24 September 2008

ini malam gua ingat nak pergi terawih la..

pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk 24 haribulan september.
maknanya dah 24 hari juga kita semua berpuasa. bagi yang berpuasa la.
maknanya juga lagi 6 hari saja lagi nak menyambut aidilfitri yang menjanjikan seribu satu makna dan juga kuih-muih serta aneka juadah yang solid-solid semuanya.
tapi sebagai seorang dewasa gua rasa kemeriahan aidilfitri tidak lagi semeriah zaman gua kanak-kanak dulu. kalau dulu kecik2 gua dapat duit raya, sekarang gua pula kena bagi duit raya. walaupun gua ni bukan spesis yang berduit sangat, gua akan pastikan juga adik-adik serta anak buah gua mendapat suntikan duit raya yang secukupnya. gila mana boleh tahan pagi raya kena hanjing2 dek adik-adik gua pasal tak bagi duit raya?

walaupun blog gua ni biasanya menghidangkan entri-entri yang berpotensi untuk membuat lu orang semua ketawa ataupun paling koman sekalipun tersengih, namun hakikatnya hidup gua di bulan puasa ni bukanlah begitu menggembirakan. banyak perkara2 sadis menimpa gua dalam tempoh 2 minggu gua berpuasa ni.kejadian-kejadian yang menyebabkan gua mencarut,memaki hamun, dan juga menyumpah seranah siang-siang hari. tapi setelah dimuhasabah balik gua anggap ini semua ujian Tuhan terhadap hambaNya sahaja..

gua sebenarnya nak tulis entri lain pagi ni tapi kompiter pinjaman ni macam sial la pula, monitor dia kejap off kejap nyala ni apa cerita brader.. naik berpinau mata gua beb! kompiter gua jangan tanya kenapa. nanti lepas raya gua cerita. skang ni nak cerita menda kejap-kejap maki hamun kompiter?cakap banyak pun tak guna, ini hari gua nak balik kampung. satu keputusan yang bakal buat gua kembali menjadi manusia normal dan juga akan membuatkan hati gua jadi tenang semula. tidak seperti sekarang.

jadi sebelum gua balik siang karang gua nak memohon maaf dan juga mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang kepada semua yang membaca blog ini dan gua juga ingin mengucapkan selamat berpuasa hingga ke maghrib.

***
nota:kepada sesiapa yang nak datang beraya rumah gua, sila datang raya kedua atau seterusnya pasal raya pertama gua kompom pergi beraya rumah awek2 punya.

HA HA!


update: 'awek2' pada pemahaman gua hanyalah merujuk kepada perempuan2. awek tidak sama maksud dengan kekasih dan teman wanita.
sekian terima kasih.

Sabtu, 20 September 2008

fakta dan tag

gua kena tag buat kali ke dua. itu hari oleh selebriti blog ni. skang ni oleh budak bercinta ni pulak.macam biasa la tak layan kang gua takut kena tuduh sombong pula. jadi gua layan.

7 Fakta ringkas mengenai gua :

1) gua tak minum soya, tapi kalau nasik gua makan.

2) gua sangat meminati subjek pendidikan jasmani ketika di sekolah rendah.

3) gua selalu main bola, tapi sampai hari ni gua haram tak terer2 pun..

4) gua mempunyai pengalaman memandu kereta selama 6 tahun. 2 dengan lesen dan 4 tahun tanpa lesen.

5) gua dah reti ada makwe start darjah enam.nama dia roslinda jamian. itu hari rumah dia terbakor. kesian dia.

6) gua tak pernah dan tak berminat langsung nak pergi pergi clubbing. betul brader..gua lebih suka duduk rumah basuh pinggan.

7) badan gua kurus tapi sasa.


gua tak nak tag sapa2.
***

update: gua tiba-tiba teringin pula nak tag orang.
jadi gua tag weeya, kusutkusut, atune,amaradona(idola letup gua) redz, don balon, dzul, rahimin, hajime dan semua yang baca entri ni.biar padan muka lu orang semua.ni tag berkelompok nama dia. kalau rajin layan la woi!! tag ini takda tarikh luput ataupun masuk angin.
tapi pada siapa yang malas nak layan tu,takda arah la kan...

ini zaman dulu punya cerita # 2

Dulu masa saya tingkatan tiga, saya ada jatuh hati sama satu makwe. Nama dia Siti Syarifah Mohd Jani. Saya memang suka betul pada dia. Badan kurus, kulit tak cerah sangat, lemah lembut saja orangnya. Berjalan serupa nak rebah saja tiup dek angin. Suka betul saya perhati gelagat dia. Jangan kata dapat bercakap, dia pandang saya pun saya jadi berdebor lain macam.

Masa tingkatan tiga tu dia sekelas dengan saya. Sebelum tu haram tak perasan dia kelas mana. Yang saya tahu masa tingkatan tiga tu saya kerap conteng conteng kitab dia. Saya punya la pemalu time tu, jadi itu je laa cara yang ada untuk mendekati beliau. Lagi satu dia ni pandai orangnya, saya ni asal periksa je nombor dua puluh lebih. Tapi saya duduk kelas pandai jadi tak ada laa malu sangat. Malu pada dia je lah.

Saya tak mau pakai posmen posmen pasal nanti kalu tak dapat ayat beliau, saya juga yang malu. Dia selalu tinggal buku dalam laci meja dia. Lepas satu satu kitab dia saya conteng. Lepas kena conteng pun beliau masih tinggal lagi buku bawah meja. Base degil. Mula mula conteng bukan bukan saja. Tapi lama kelamaan dah berat ke mengayat pula. Tapi haram takda respon. Dia usha panas saja pada saya. Namun setelah sekian lama dia respon juga. Penat juga hari hari tulis 'ilebiu'. Saya jadi happy tahap dewa dewi. Lepas pada tu saya semangat betul nak pergi sekolah.

Dipendekkan cerita, hujung tahun tingkatan tiga, saya pun couple la sama dia. Namun disebabkan saya pemalu bukan main masa tu, jadi tak ada laa duduk bercinta je dalam kelas. Sekolah agama pula tu, memang bahaya couple couple ni. Kena tangkap nanti habis laa kena bersanding dekat perhimpunan. Mana nak letak muka brader..

Percintaan secara rahsia gua berjalan dengan lancar sehingga gua kena buang asrama kerana mengumpul pelbagai kesalahan asrama dan juga kesalahan kesalahan yang entah menda menda punya kesalahan. Tidak ada gunanya saya listkan disini. Buat malu saja.

Dipendekkan cerita sekali lagi, saya berkawan dengan dia sampai tahun 2004. Sepanjang tempoh tersebut memang banyak kali betul saya menduakan beliau. Saya ejas makwe lain pun pasal dia jauh dari saya. Kalu dia sentiasa ada disisi saya, saya tak buat macam gitu rasanya. Zaman tu tengah buas, jumpa makwe solid sikit mula laa lembik leher mengayat. cilake..

Lama kelamaan dah tak tahan agaknya dengan perangai saya, dia pun mintak lepaskan dia. Amboi, dah macam mintak cerai pula. Tapi sebab saya ego dah ada makwe lain masa tu saya pun terima saja dengan hati terbuka sambil kabor orait. Tapi malam tu saya jadi terkebil kebil bijik mata tak boleh tidur apahal?

***

Ralat: Ini hari adalah birthday beliau. Itu pasal cerita ini wujud.

Jumaat, 19 September 2008

laici kotak besar hanya RM2.90 di petronas!

itu hari gua ke hospital kuala lumpur. member gua ada appointment menda entah dengan doktor. disebabkan beliau sakit dan tak boleh drive jadi gua tolong la beliau. lagi pun gua ni dah diasuh supaya menjadi makhluk yang baik hati dan suka menolong orang.

nak dijadikan cerita, gua sampai Bangi semula dah tengah hari, dah dekat pukul 1 dah masa tu. tekak jangan cakap la dia punya kering.puasa, stended la. gua singgah la petronas dekat rumah gua tu pasal member gua suruh bubuh minyak. siap je bubuh minyak member gua tu suruh beli air laici kotak besar pulak.ya kawan-kawan!beliau tak puasa. tapi beliau sakit, jangan la salah faham. oleh kerana beliau sakit dan kena makan ubat, jadi gua tolerate la tolong beli..

gua takde la malu sangat nak beli pasal tahun lepas gua dah biasa beli2 time tengah hari bulan2 puasa.tapi itu tahun lepas, tahun ni gua mesti mau full beb!berbalik kepada cerita tadi. jadi gua buat muka biasa-biasa je ambik air kotak laici tu pastu taruk kat kaunter.
peh..itu jam awek-awek petronas tu dah sok sek sok sek mengumpat sesama mereka sambil gelak-gelak.. gua jadi malu. dah la ada sorang budak baru tu memang gua berkenan. muka manis-manis je..aurat pun tutup, cakap pun lemah lembut je.tapi disebabkan gua miskin aje sepanjang tahun gua jadi takde feel nak usha dia.topup pun kadang miss camana nanti gua nak berbalas sms dengan dia? jadi hari-hari tengok aje laa muka dia sambil berimaginasi bukan-bukan..

berbalik semula kepada cerita tadi, awek-awek situ peh kemain prasangka buruk lagi kat gua. iya la beli air pukul 1 takkan nak simpan berbuka kot. memang kena tuduhan rambang la gua kan? tanpa cakap banyak gua pun hulur RM5. sambil ambik balance awek muka manis tu tersengih2 je. peh..sakit pulak hati gua itu jam.

"tak puasa ye?",kata awek muka manis tu kat gua sambil hulur balance.

"hish!!!ni saya beli untuk orang rumah saya la!dia tak boleh puasa", gua jawab sambil buat muka paling serius.

nah!ternganga mulut masing-masing dengar jawapan gua.
***

ralat:dah terang2 gua selalu singgah petronas tu dengan member2 gua. bini apebendenye lagi woi?? yang sampai ternganga mulut tu apahal???
muka remaja cam gua ni takkan la dah kawen...

Khamis, 18 September 2008

sekilas sembang bersama kawan yang senonoh sikit

"lu apa nak jadi ni wei?"

"apahal pulak?"

"ye la, sembahyang tidak puasa tidak, ngongkek sana sini.."

sunyi.tiada jawapan.

"rilek la, Tuhan tu Maha Pengampun brader.. pintu taubat sentiasa terbuka.."

"rilek-rilek juga..dah kalu lu mati tak sempat bertaubat apa cerita brader..."

perbualan tamat.
***

Rabu, 17 September 2008

hari tu dalam sejarah: bersahur di kampung

cuti sabtu dan ahad baru-baru ni gua balik kampung.ye la bila mak gua dah hello tanya bila mau balik berbuka, apa lagi gua nak tunggu. sementelah pula lepak bangi ni memang banyak buat perkara sia-sia je. baik gua balik. lagipun mak gua hello2 tu rumput belakang rumah dah panjang la tu. haih!

balik berbuka kat rumah memang terbaik la kan? dengan lauk macam-macam jenis, kuih muih beraneka warna, air tebu ada, air kelapa ada, air carrot susu rasa tak berapa nak carrot pun ada.betul...memang syok habis buka puasa kat rumah ni. tapi bukan itu gua nak cerita sebenarnya.

pagi tu nak dekat pukul 5 mak gua kejut bangun sahur. peh..rabak juga nak bangun brader..tapi makan punya pasal gua bangun juga.tak makan kang mana nak cari tenaga nak mesin rumput? lauk pauk time sahur jangan buat kira la kat kampung ni, dah tahap lauk berbuka.air je foul, air sejuk takda.milo panas aje. tapi itu jam gua tak selera sangat pasal sebelum tidur gua dah tibai sepinggan sambil layan Planet of The Apes. entah menda-menda punya cerita.
selera tak selera pun habis juga sepinggan..

sudah je basuh tangan,gua pecut menuju ke bilik gua. biasa lah perut dah kenyang mesti mau cucuh rokok punya. balas 2,3 batang barulah solid pakej sahur gua. baru lah nasi tu dapat di proses dengan baik. heh!
gua masuk bilik. tutup pintu. gua ambik kotak dunhill 14 yang ada atas meja. eh!ringan lain macam ni.. gua jadi tak sedap hati. malam tadi ada lagi rasanya. gua bercakap dalam hati. gua goncang-goncang kotak dulu. kotak 14 biasanya ada terselit 2 batang tepi dia. tu yang kadang goncang-goncang takde bunyi. gua memang harap sangat la ada terselit tepi-tepi tu.memang dah abis sungguh gayanya ni. gua panik.
bukak je kotak tu,dengan tak semena-mena..

"woi!!yang engkau perabis rokok aku apahal?????"
"abis sekarang aku nak hisap apa perut kenyang2 ni? cuba kau cakap!
mana nak cari kedai jual rokok bukak pagi-pagi camni??"

gua sound adik gua yang dari tadi senyap tersengih2 sambil buat keluar asap ikut hidung.
Macam setan.
ikut hati memang gua nak lancarkan Tinju Maut Harimau Kumbang je..
***

Rabu, 10 September 2008

order-order juga brader..

petang tu cuaca memang terbaik. redup-redup sedap mata memandang. memang elok main bola cuaca sedang-sedang tu.
tapi bulan-bulan puasa ni sapa sanggup main? memang kena tuduh tak puasa la.
jadi gua ambik keputusan nak ke pasar ramadhan. mana syok petang-petang sekadar bersembang kat rumah. kena pulak pukul 4 baru bangun, kalu tak pergi 'param' memang rasa macam tak puasa je hari tu.

tapi tu la, dalam arena per'kutu'an ni, bukan semua kutu boleh harap. ada juga yang lebih rela mengadap Yahoo Messenger petang-petang. entah siapa yang online petang-petang puasa camtu gua pun tak tau. bila orang nak pergi je mula la kucar kacir order.

"wei! tapau nasik dengan air sedap kat gua sebungkus!", ada kutu order. sayup-sayup dengar dari tingkat atas.

"air sedap apa woi?", gua.

"alaa..sirap special macam budak ni beli semalam tu!
sirap apa tu.. err.. semenyih?"


"semenyih siput babi lu!! sirap selasih la setann!!",
***

Jumaat, 5 September 2008

sudah empat tahun brader..

seperti juga ramai manusia lain, gua juga ada abang.
ade orang cakap muka dia serupa Van Persie.
gua jadi hairan. apahal tak sama? apahal gua macam Johnny Depp?
brader gua tu betul punya ramai awek time sekolah.
entah ayat pasif ke ayat aktif dia gunapakai gua pun musykil.
kalu dalam laci tu bersepah gambor awek sama surat-surat.
awek dah la semua tip top.
berbulu je gua..

tapi silapnya dia tak ngam dengan gua.
makan tahun juga la kami tak bertegur.
selisih je buat tak nampak, selisih je buat muka ketat.
duduk sebilik tapi haram bersembang. masing-masing buat kepala sendiri.
kene baru lepas makan nasik rokok pulak habis sanggup keluar pegi kedai.haram tak nak mintak ngan gua.
betul tahap kritikal brader..
bercakap pun time raya dan juga time mak gua suruh panggil makan nasik.
lain-lain time memang tak dapat la jep!.
apa punca masalah ni gua tak dapat nak bagitau lantaran terlupa.

nak dijadikan cerita, ada la satu hari tu gua terdesak gua sms kat dia.
"allo brader!kome kat UM ni,ahad ni datang ah kome nak tumpang barang.baju berlambak2 ni. bawak kereta. bawak bakal akak ipar kome sekali!"
(peh..panjang sms gua..)

brader gua balas,
"tengoklah!aku hujung minggu sibuk biasanya"

hari ahad gua tunggu, tapi dia tak datang,gua jadi hampa.
cemas-cemas gua jadi kecik hati.nasib baik tak jadi.
tiga minggu lepas tu program pun habis, gua terus balik kampung.
sampai kat rumah gua tengok brader gua pun ada.
gua salam.
entah macam mana gua boleh TERbersembang ngan dia.

"ngape tak kabor balik hari ni?tidak, boleh balik sekali ngan aku!", dia tanya gua.

"ah!palat lah!hari tu taknak datang!
jenuh kome tunggu",gua sound takut2.

dah ada point gua pun sembang la pung pang pung pang.
tengah sedap bersembang gua tengok ada satu awek lalu kat dapur.
gua kat beranda luar masa tu.
woo!sapa punya awek tu??", gua tanya kuat-kuat saja bagi awek tu dengar.
"awek mende,sikit hari lagi jadi akak ipar aok tu!amacam?",dia jawab sambil panggil awek dia datang dekat. awek dia tu tip top juga orangnya.
kena pulak time dia senyum.
"peh..hidung pun serupa hidung aok siot..!",gua tabur ayat penyedap suasana.

start ari tu gua jadi ngam ngan brader gua tu.
jangankan rokok, tuala gua pun dia main sebat je.
gua pun sama juga. kadang siap boleh rilek bawak berjalan lagi rokok dia.
dulu kalau time bersembang kat dapur gua tersengih2 je dengor dia buat letup.
tapi lepas je ari tu, dia buat letup..gua up.
gua buat letup dia up.
tag team brader..mak gua sampai menggeleng kepala je tengok.
memang ngam betul masa tu.

sampai la satu hari, bulan ramadhan 2004,hari ke lima puasa.
gua kat terengganu masa tu.
gua dapat call dari bapak gua.gua ingat nak bagitau dia menang peraduan Teka Bola berita harian ke apa. sekali bapak gua suruh balik secepat mungkin. abang gua dah takde. eksiden on the way pergi kerja.

dengar je berita tu gua otomatik jadi bongok. gua jadi blur sekejap. gua rasa macam kepala gua dah takde darah.gua jadi tak tentu arah. dah normal balik gua cergas pecut balik kampung. dalam perjalanan, peh..menitik-nitik air mata gua mengalir.
gua bukan menangis sebab gua tak sempat mintak maaf ke apa.
gua menangis kerana dia abang gua.
abang yang tiada galang gantinya.

***

Al Fatihah.

***
Moral: toksah la kelahi adik beradik.
mana tengah kelahi tu gi la setel cepat. gua cakap betul ni brader..

Rabu, 3 September 2008

rentetan puasa dan merdeka

hari jumaat lepas, syarikat bekalan air selangor (SYABAS) datang rumah sewa gua. gua tak tau bila masa orang syabas tu datang. tau-tau je bekalan air dah kena potong. apa barang merdeka 51 tahun rumah gua takde air ni syabas? ingin saya tekankan di sini air kena potong kerana ada kesilapan teknikal. ah! kesilapan teknikal mendenye?bende memang takde orang pegi bayar. memang lah kena potong. orang syabas ni pun satu hal kalu bab potong memotong ni bukan main ikut masa lagi.

itu jam memang darurat, kutu-kutu semua mana ada rancangan nak keluar semua jadi hura hara,mana nak mandi lagi,nak merdeka lagi, puasa lagi, basuh baju lagi,mana nak mandi hadas lagi, kena sakit perut tengah2 malam? sendiri pecut la pergi petronas sana.baju-baju bertambun tepi mesin basuh, pinggan mangkuk berterabur kat sinki,sudu nak pakai pun main lap je. betul punya darurat.

malam mula-mula gua steady kencing siap-siap kat petronas lepas beli rokok. botol kosong gua dah stenbai senang nak tapau air paip situ. alah takkan petronas tu kedekut sangat sampai air paip pun nak berkira. gua pun mula-mula ada juga plan nak keluar tengok apa jadi malam merdeka tahun ni, tapi dah air pun takde gua jadi takde feel. gua duduk melangut je kat rumah. dari pagi bawak ke malam gua steady je duduk rumah. apa pun takdak! masuk hari ketiga air takde lagi. syabas cuti siapa lagi nak bagi ada air balik?lepak punya lepak ada berita esok dah start puasa. peh..muka masing2 betul punya sedih. apahal nak kena puasa pun sedih?

sedih tak sedih dengar sahur kucar kacir juga bangun sekor2. disebabkan air takda apa pun takda semua pergi sahur kat restoran Azura sana. biasala hari pertama ni memang wajib sahur, tarik feel dulu kata orang. sudah je sahur masing2 balas dengan dunhill sampai 3,4 batang sorang. serupa lah malam karang dah tak boleh hisap.
balik rumah ada yang terus sambung tido, ada yang bersembang, ada yang layan friendster. apa kes layan friendster pagi2?
gua macam biasa bukak blog orang, komen sepam dua pastu agak mata dah kecik gua pun tido. gua sedar2 dah dekat2 pukul 3.gua tempat ke 4 la gua ingat kalu kategori siapa bangun dulu. peh..masyuk betul tido cuti umum camtu. satu apa pun tak jalan. gua bangun gosok gigi, basuh muka lebih kurang pakai air dalam botol. air takda lagi.harap maklum.

membawak ke petang semua dah bangun, lepas basuh muka lebih kurang masing-masing start motor menuju ke pasar ramadhan yang berhampiran. kat rumah, gua dengan ada kutu sorang dua dah kucar kacir search 'waktu berbuka'.sebelum ni haram ambik tahu.skali tengok, 7.20. bukan main tak puas hati lagi masing2. lambat sangat katanya. turun bawah, TV yang gambar kelabu satu apa pun tak nampak ada suara saja pun jadi diorang buat pedoman waktu berbuka. lama ngadap TV akhirnya ada suara orang azan.tv brapa gua tak tau. itu jam semua otomatik jadi tersenyum2 je..sambil bertukar juadah berbuka dengan kutu lain.
jadi, genaplah satu hari puasa.

***

sembahyang ke mana,apa ke mana, jadi apebende yang puasa?