Selasa, 28 Oktober 2008

nota kecik dari jauh

gua mengalami ketagih nak menaip.
tapi takde arah budak2 kat cc kampung gua ni pehh serupa tak pernah tengok orang menaip.jadi gua sangat malu nak menaip
ini pun gua taip secara turbo.

Sabtu, 25 Oktober 2008

di dada ini penuh dengan parut luka yang kau tinggalkan sebagai kenangan


ini gambor saya dengan dengan adik saya baru siap mesin rumput belakang rumah. adik saya ni gila babi degil macam setan. dia selalu bertengkar dengan kakak saya. menangis-nangis kakak saya dibuatnya.dengan emak saya pun dia ni susah nak dengar cakap. tapi dengan saya tidak pula.kalau saya suruh buat kerja mesti dia buat. saya saja taruk gambar ni sebab hari ni saya nak balik kampung. saya rasa mesti emak bapak saya rindukan saya. start lepas raya hari tu sampai hari ni haram satu kali pun saya tak talipon tanya kabor.padahal benda bukanlah susah pun.

amacam?bahasa gua ada nampak macam anak yang soleh tak?

Jumaat, 24 Oktober 2008

ini zaman dulu punya cerita # 6 - tragedi

dulu belakang rumah gua ada satu pokok nangka. pokok nangka tu betul punya besar. kira memang port faveret gua la tuh kalau main nyorok-nyorok. pokok tu kerengga tak banyak, tapi semut hitam kecik memang berkampung situ. peh!memang solid nyorok situ. menangis2 la budak cari tak jumpa. ada satu kes gua nyorok punya nyorok budak-budak tak jumpa.lama beb!sampai naik bosan gua tunggu.ini tak boleh jadi ni.bisik gua dalam hati.
gua turun balik pastu pergi la depan kat halaman rumah gua sambil mengendap. takut orang nampak la kononnya. hendap punya hendap tu dia steady je budak-budak tengah main roundes.. babi! gua rasa nak mengamuk je itu jam.

tapi bukan itu gua nak cerita sebenarnya.gua cuma nak kabor dari pokok tu la gua dengan kakak gua dapat buah nangka.itu je sebenarnya.jadi, ada la satu hari tu tengah sedap makan nangka,entah macam mana kakak gua dapat akal nak rebus biji nangka.gua on saja la masa tu. disebabkan kakak gua memang dah ada pengalaman rebus biji nangka sebelum tu jadi kami berdua buat sendiri je la semua benda.. kami berhajat nak masak kat luar rumah je pasal dalam rumah mak gua sibuk memasak ikan pedas ke menda entah.

gua pun ke sana ke mari menguruskan perkara-perkara yang berkaitan. kejap masuk ambik mancis, kejap kang cari getah nak buat punca hidupkan api,pastu masuk lagi ambik periuk,periuk tu kecik je brader.. kira memang saiz yang sesuai la untuk aktiviti merebus nangka. mak gua itu jam dah tanya macam-macam.disebabkan gua budak lagi gua jujur je la kabor nak rebus biji nangka..

"HAH!jangan nak main api la tengah-tengah panas ni lang....!",mak gua melarang.

"ala..takde mendanye..kak tam ada..!",jawab gua sambil pecut ke luar rumah.

lepas api berjaya dihidupkan, kakak gua pun taruk la periuk yang dah dibubuh air dan biji nangka tu atas api. gua itu jam dah tersengih bila mana air dah start memanas. sambil menunggu tu sambil bersembang. sembang menda gua memang tak ingatlah pasal benda dah lama sangat.tapi gua yakin masa tu gua haram tak tau yang ramai pemimpin negara kita sebenarnya bukanlah pandai sangat. yang gua tau pukul 4 petang memang ada cerita sedap dekat TV.

borak punya borak air pun menggelegak. peh gua dah jadi seronok lain macam. macamlah tak pernah makan biji nangka. gua pun duduk mencangkung dengan posisi tumit tak jejak tanah.sambil menjengket lah maknanya. dengan posisi macam tu gua mengacau biji nangka dalam periuk.lenguh duk macam tu gua pun cuba nak bangun. baru je nak bangun tiba-tiba kaki gua terpijak tudung periuk ke menda entah.gua jadi off balance, gua tersungkur ke depan, itu jam...

DUSH!!

"alang!!!!",kakak gua spontan termenjerit.

kepala gua ngam-ngam landing dalam periuk.betul punya ngam,sikit pun tak miss. periuk terbalik. biji nangka berterabur. gua menggelupur pedih kepala.gua menjerit-jerit sambil guling-guling atas tanah.habis kotor baju. dia punya pedih jangan kabor la brader... akak gua berlari entah ke mana. kejap kang dia datang balik bawak air dalam baldi. tanpa banyak cakap dia terus jirus atas kepala gua. peh..!

tak lama lepas tu bapak gua bawak pergi hospital. kat hospital kepala gua kena cukur. kalau tak lambat baik.doktor la kabor. gua mana tahu. entah berapa hari gua duk hospital gua lupa. yang gua ingat keluor hospital kepala gua dah macam hapa entah. buruk kemain. malu pepalih gua nak pergi tadika...
nasib baik la gua mempunyai seorang emak yang tip top.

bersambung..
***

Moral: toksah la nak melawan cakap emak mahupun bapak.

Khamis, 23 Oktober 2008

berlawan dengan ular sawa bersaiz sederhana- season finale

ok!sekarang gua sambung.
sedikit info: kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi,hari ahad.

Matt Damon dah jadi jakun lain macam.Maklumlah Matt orang kampung,jadi ular sawa memang tak menakutkan Matt. sebenarnya Matt bukanlah berani sangat tapi pengalaman masa kecik membawak ke besar membuatkan Matt tidak takut sangat pada ular. tapi kalau ular berbisa Matt takut juga.. sambil kepala keluar ikut tingkap Matt Damon lantas mengusha sekali lagi,kali ni nak tengok ke mana pulak dah ular tu nak pergi.

"wei!!besar tu bai!takkan nak bior?",Matt tanya dalam bahasa melayu.

"kita U turn la satu kali tengok apa jadi..",Matt sambung lagi.

"HOH!molek!!u turn!u turn!", murad setuju cadangan Matt. yang lain semua diam. diam tanda setuju la gamaknya.

Tanpa banyak cakap Matt membuat pusingan U dengan bersungguh-sungguh. sampai cemas berbunyi tayar. peh!itu nampak dek Ahmad Idham cerah harapan Matt nak berlakon Impak Minima.tapi Matt dah fikir kalau berlakon nanti Matt nak Baizura Kahar jadi heroin.

"habis takkan nak tengok je?,baik kita tangkap bai!",sapa entah bagi cadangan. Matt tersengih. sebenarnya Matt dah berkira-kira nak tangkap ular tu dari tadi lagi.
Matt senyap sekejap.

"gua takde hal beb!tapi kang gua kena belit lu nak tolong tak?",Matt cuba menduga semangat setiakawan masing-masing.

"ah!mesti la aku tolong, gile!!",Murad gua syak bersuara.

"itu macam takpa!",Matt pecut secepat mungkin ke tempat kejadian.

sampai je terus Matt parking kereta tepi jalan serupa berhenti tengok orang eksiden. dengan gaya macam bagus Matt terus cari ular tu.entah setan menda merasuk Matt. peh!ada! dah lepas seberang sana pulak. Matt dan kawan2 terus hambat ular bawak ke tepi jalan. tengah jalan kang sia-sia Matt pula kena langgar. sebelum pada tu Matt dah stenbai kayu nak pepah ular tu kalau melawan. Matt pun cuba la nak tekan kepala ular tu dengan kayu. ular tu melawan. berdebor dada Matt sekejap. susah betul nak stop kan ular tu brader..

ular masuk longkang besar. Matt dan kawan2 tarik keluar balik. tarik sorang haram tak pergi brader..dua orang baru jalan. cilakak!!kuat juga ular ni. desis Matt dalam hati. dah dapat keluar longkang balik,Matt tekan kepala sang ular dengan kayu.

"HAH!lu pegang kayu ni!gua nak cekup kepala dia ni!",Matt dah jadi makin sungguh2 nak tangkap.

Matt dengan perasan kebal selamber je nak cekup. masa tu Matt haram tak fikir bahana yang menanti.baru nak cekup, pelepoww!!!
sang ular membenam taring kat lengan Matt.

"ARGH!!!!sakit sial!! pundek!!cibai!!tolong woii!!!", Matt menjerit dan mencarut pelbagai gaya sekuat hati. mau terjaga orang-orang rumah flat depan tempat kejadian. keadaan jadi tak terkawal. Matt tersentak. peluh dingin mula menitik kat dahi.
sang ular mencengkam sekuat hati, Matt mengerah segala kudrat yang ada nak bukak mulut ular tu balik. Matt guna tangan kiri nak bukak mulut ular.berjaya tapi cilakak ibu jari tangan kiri Matt pulak digigitnya. Matt sentap tangan kiri kuat2 sambil tangan kanan pegang leher ular tersebut. nah..!terbelah ibu jari. tajam oo gigi dia..

Matt terlepas dari bahana. darah membuak2 keluar dari tempat luka digigit ular. Tangan Matt kebas,sakit,sengal semua ada itu jam. tak lama lepas tu Matt suruh kawan dia sorang pergi balik rumah ambik guni ke hapa ke nak bubuh sang ular. apa gila nak pegang je..tangan dah la sakit. tapi tengah duk sakit-sakit tu ada hati lagi Matt nak cucuh rokok sendiri..

dipendekkan cerita ular tersebut berjaya ditangkap. setel semua Matt terus pecut pergi Hospital Kajang pasal tangan Matt dah sakit gila babi. lagi pun darah dah keluar banyak, kang pengsan susah juga..

masuk wad emrgency Matt kena cocok 2 kali. peh...naik pucat muka Matt itu jam.kamu tau-tau je la Matt ni macam mana orangnya.. Nurse yang cocok Matt tu baik betul orangnya. tapi dia dah berumur la. pangkat makcik dah kalau dengan Matt. tapi Matt panggil dia 'Kak'. saja bagi dia rasa muda sikit..
sebelum kena cocok,nurse tu cuci dulu luka Matt.peh!3 batang gigi ular dapat dari luka Matt.elok je gigi tu dicabut Matt dah jadi lega sikit. kalau tak bukan main sakit lagi. setel je semua doktor kabor Matt terpaksa ditahan di wad pasal takut ada komplikasi bla..bla..bla..menda tah doktor tu kabor Matt tak berapa dengor sangat dah masa tuh.

lepas kena ECG, amik darah sampai 2 bekas,kena cocok lagi satu kali kat wad,pastu kena menda tah lagi Matt didapati boleh balik tengah hari esoknya.

kesimpulan daripada kejadian ni dapat Matt simpulkan, masuk wad seronok juga rupanya kalau makwe nurse ramai yang sudi menemani..

HO HO!
***

noteMattDamon: Matt menyesal juga sikit-sikit dek kerana tindakan bongok beliau.

Rabu, 22 Oktober 2008

berlawan dengar ular sawa bersaiz sederhana.

sesudah puas bermain lucky ball di kajang, Matt Damon dan kawan-kawannya bergegas pulang. Matt boleh tahan puas jugala pasal ada menang.kawan-kawan beliau memang sahih hangin la pasal kalah. kalau ketawa pun,tawa dalam tangisan orang kabor. jadi dalam perjalanan pulang mereka yang berlima kesemuanya bersembang la pung pang pung pang dalam kereta sementara nak menyampai ke rumah. Matt dan kawan dia lagi sorang paling banyak cakap pasal ada menang. tengah Matt sedap bersembang tiba-tiba pandangan Matt tertancap pada satu objek atas jalan raya,tapi Matt tak nampak jelas sangat. samar-samar je.dah sampai dekat Matt cargas mengelak objek atas jalan tu persis Tuo Hai mengelak taik lembu atas jalan..

"woi!ular ni beb!!!",Matt Damon bersuara seakan jakun tak pernah tengok ular.

peh!!!mengantukk betul dah mata gua ni brader..
apa ubat tah doktor ni bagi,nanti malam lah gua sambung.-penulis-

note:jangan lah maki saya..

Selasa, 21 Oktober 2008

ni la orang tua kabor takde kerja cari kerja






note: makwe trainee tu comel beb!
note 2: gua tak dapat menaip panjang disebabkan lenguh.
harap maklum.

Isnin, 20 Oktober 2008

serius

gua nak tanya betul ke ular sawa memang takde bisa?
ke ada juga sikit-sikit?

Jumaat, 17 Oktober 2008

hilang akal # 2

disebabkan gua dapat sumbangan maki hamun yang agak memberangsangkan pada entri semalam jadi gua sambung balik. gua sebenarnya memang nak tulis habis semalam tapi gua tak dapat disebabkan masalah peribadi.harap maklum. HA HA!

7) gua biasa tidur pakai baju tapi bangun pagi biasanya gua dah separuh bogel. entah bila gua tanggal baju gua sendiri musykil.eh!entah-entah ada hantu spesis makwe tanggal baju gua nak rogol gua?

8) kepala gua pernah masuk dalam periuk panas masa tadika. masa tu gua dengan kakak gua rebus biji nangka dalam periuk.akibat pada tu gua terpaksa berimej botak licin ke sekolah tadika..peh malu jangan kabor la..
nanti gua cerita secara detail.

9) gua pernah berlumba motor pakai kain pelekat je. siap superman bagai. mujur tak accident malam tuh.tapi malangnya gua tewas sebab motor tak berapa tip top masa tu.

10) gua ni jenis yang boleh mengawal mimpi.maksudnya gua cepat sedar yang gua bermimpi.gua tak terjaga dari tidur,cuma gua sedar gua hanya bermimpi.jadi bila gua dah tau gua hanya sedang bermimpi siap la gua control bagi solid mimpi gua tu. kena pulak dalam mimpi tu ada makwe... siap la...

11)berat badan gua tidak pernah melebihi 55 kilo. start dari tingkatan tiga sampai sekarang berat gua hanya berubah-ubah di dalam range 50 ke 55.jenuh gua timbang brader..

12)gua tak geli pegang lintah atau ular, tapi kalau katak memang gua tak berani nak pegang. pijak gua berani la..

13)gua tak kisah langsung kalau ke mana-mana seorang diri. tak kira dekat atau jauh. tapi gua goyang nak lalu sorang-sorang dekat port yang ramai makwe bersidai.

14) gua tak boleh minum teh tarik. kalau soya tu memang tak boleh masuk lansung.tapi teh tarik gua bukan tak minum,gua cuma tak boleh. gua akan mengalami sakit perut yang macam setan kalau pekena teh tarik. tapi main dengan gian jarang-jarang gua pekena juga.. gamble aje la..

15) gua pernah berdarah kepala kena baling batu dek makwe masa kecik. tapi disebabkan gua steady,gua haram tak menangis. gua cuma pecut balik rumah kabor ke mak gua..
HA HA!

16) walaupun gua berasal dari kampung, gua haram tak berminat dengan aktiviti memancing. gua hanya akan follow budak2 pergi memancing bila mana port yang dituju tu adalah port yang berstatus boleh mandi. bukan menda,tak dapat ikan kang boleh juga tiruk. setakat mancing kolam mampus gua tak ikut..


hah!ambik!gua siap bagi bonus satu.
amacam?
***

note: lu orang pun buat la satu wei.
malu la gua membirah sorang-sorang..

Khamis, 16 Oktober 2008

hilang akal

disebabkan gua ni memang berahi bercerita dan juga dah tak berapa nak ada akal dah sekarang, jadi gua nak layan tag dari brader ni. sebenarnya gua haram tak kena tag pun. tapi disebabkan gua birah dan mengada-ngada, gua tag diri gua sendiri. dia kabor nak 15 weird things. tengah gua bosan tahap babi laut ni baik gua start menaip.
gua kira tak salah nak berkongsi cerita bukan?

1) gua mengalami masalah susah tidur. dan bila dah tidur gua jadi susah pulak nak bangun. jika ada petua yang senang dan boleh diharap sila kabor.

2) gua ni jenis yang haram tak peramah lalu orangnya..tapi bila gua dah start ngam dengan seseorang tu..hah!siap!tadah telinga je la dengar gua bercerita.
kat dunia internet jangan buat kira la brader..

3) gua memang berbakat bab-bab berbetah. tak kira la orang tua ke muda, kalau gua rasa gua betul memang gua akan betah habis-habisan.memang gua berjiwa pembangkang gamaknya..

4) gua takut jarum. ini memang betul punya takut. gua boleh rilek depan TV sambil makan nasik tengok cerita pancung kepala,robek perut,kerat kaki,medik TV, dan juga adegan rogol beramai-ramai.
tapi part orang kena suntik jarum kompom gua tutup mata takpun buat2 taip mesej.

5) gua ni badan memang kurus je beb! tapi dulu setiap kali ada kes-kes kelahi di tempat gua belajar kerap kali juga budak-budak panggil suruh setel. peh!steady gila. gua memang berbakat jadi leader lah gua syak.. memang ngam lah dengan maksud nama gua, hamba yang memimpin..

6) gua bukan kidal. tapi yang peliknya setiap kali gua drive kereta, mesti gua guna tangan kiri kalu nak masuk ataupun tukor gear.


ah!kompiter ni memang dasar palat betul la..

Selasa, 14 Oktober 2008

harta bertimbun-timbun kalau hati tak bahagia pun tak guna brader..

Buat pengetahuan semua gua dah duduk depan kompiter ni dari pukul 12 tadi sampai sekarang. kejap duduk biasa, kejap berlunjur, kejap mencangkung, kejap melepet sampai sakit pinggang-pinggang dan paling tragis sekali gua sampai duduk bertimpuh serupa makcik-makcik siang bawang. camni lah gua bila dah ngadap kompiter.tak kira kompiter berinternet ke tidak.

dia bila dah lama mengadap fokus jadi lain,dia dah lebih ke termenung. tiba-tiba gua jadi terfikir camana kalau tiba-tiba gua jadi kaya. contoh la gua kemas-kemas rumah tengok-tengok dalam stor ada 15 guni berisi duit. kat guni tu pulak terang-terang tulis nama gua siap cop halal sekali. kira-kira semua ada 300 juta.hah! time tu gua ingat mau jem kepalahotak gua nak buat apa duit banyak-banyak gitu..
jadi gua dah fikir siap-siap..

mula-mula gua ingat nak payung kat bapak gua BMW X3 tuh sebijik. barulah solid bapak gua nak keluor dating dengan mak gua ke, nak ke masjid ke, lepak simpang minum teh ke, takda pun senang la beliau nak usha2 ladang sawit beliau.. mak gua pulak gua nak payung satu pasar malam kat beliau. bukan menda, mak gua ni memang gemor betul membeli belah kat pasar malam tu.. kena hari jumaat je manis je muka pergi ayat bapak gua kabor nak beli sate. barang kemas tak payah la gua ingat pasal kang orang kampung ingat mak gua nak menunjuk-nunjuk pula... bawak pergi haji? itu takyah kabor pun gua kompom buat punya...

adik beradik gua pulak,kalu kak long gua, gua nak bagi toyota caldina la, dia satu laki dia satu. sedap sikit dia nak ulang alik pergi sekolah. abang gua yang paling tua tu pulak gua ingat nak payung la BMW model paling terkini sekali.pastu gua suruh dia berenti kerja. ini tidak kerja punya pasal nak balik kampung pun susah. akak gua yang no tiga tu pulak gua nak belikan dia Honda Jazz satu. bukan menda, beli keta mahal2 kang orang ingat dia kerja makan rasuah pula.. akak gua yang atas pada gua tu gua ingat nak payung hospital je lah kat dia sebijik suruh dia manage. sesuai la gamaknya dgn kursus management hospital yang dia belajor tu..

ok.sekarang adik gua pulak. adik pompuan gua yg sorg tu gua taktau nak payung apa ke dia, pasal kerja dia memasak dengan bersms dengan pakwe je. nak payung dapur sebijik bunyi macam tak senonoh pula. jadi payung handphone berkamera 5 bijik pun dah solid gua rasa.. adik laki gua ada 2 orang. dua2 gua nak payung RXZ catelyzer sekali dengan helmet dan peralatan keselamatan paling canggih sekali.dah menda dua-dua teringin benor gayanya nak jadi mat rempit. tapi setiap kali adik gua keluor merempit, gua akan pasang escort depan belakang. barula keselamatan adik gua terjamin brader...
tak lupa juga adik pompuan bongsu gua. yang ni gua nak belikan TV 150 inci. suka sangat tengok kartun dengan cerita indon je gayanya..

itu baru adik beradik.rumah orang tua gua plak gua nak renovate bagi jadi 12 tingkat. tingkat lain gua taktau lagi nak buat apa. tapi tingkat atas sekali gua nak taruk set karaoke, home theatre dengan meja snooker 5 bijik. takyahlah gua keluar malam2 pergi lucky ball dengan kawan2 lagi. bapak gua pun dah tak bising gua balik lambat malam-malam. satu lagi gua ingat nak taruk teleskop ke apa namanya benda tu kat tepi tingkap. boleh juga gua teropong bintang malam2 serupa dalam cerita smallville tu...

last sekali gua. gua ingat itu jam jugak gua balik kampung.lepak kampung je sambil jaga mak bapak gua. pastu beli buku agama dan beribadat banyak2. ye la duit berkoyan-koyan kalu tak beribadat pun tak guna brader...
hah!amacam??agak-agak kalu bapak gua baca ni apa jadi??

oh!cemas-cemas gua lupa. lu orang semua pun gua ingat nak bagi juga la setengah juta sorang. bukan menda,duit banyak2 bukan boleh bawak masuk kubur...

ok.cukuplah setakat ini saja.balance duit tu nantilah gua pikir nak buat apa.gua nak pergi buat semayang hajat dulu ni.
****

note: gua memang tabik sapa baca benda ni sampai habis.
HA HA!

Ahad, 12 Oktober 2008

ini zaman dulu punya cerita # 5 - quotes yang gua takkan lupa

dulu time zaman sekolah menengah gua banyak betul kena sumpah dek cikgu. macam-macam jenis maki hamun gua dapat. tapi gua tak menaruh dendam. cuma sekadar gua tak boleh lupa.ini antara yang masih lekat kat palahotak gua.

"dengan perangai melawan cakap cikgu kamu ni,saya rasa habis kuat pun dapat D je subjek bahasa melayu kamu ni,". - puan ghazani,cikgu Bahasa Melayu gua masa tingkatan 5.
gua haram tak ambik port apa dia kabor. takdenya gua nak balik rumah study sungguh-sungguh semata-mata nak tunjuk kat dia gua boleh score. tapi dengan perangai gua sama macam tu at last gua dapat B3 untuk SPM. kalau dapat A1 mau gua tepek kat dahi dia result SPM gua beb!

"awak ni dah macam anak saya dah..jangan la buat masalah lagi,ada masalah peribadi cerita kat saya, jangan seksa diri sendiri..saya rasa nak menangis tengok awak banyak kena sebat dekat perhimpunan.berubah ye..," - ada satu ustazah kabor kat gua dalam satu temubual peribadi dalam bilik guru pompuan.
PEH!yang ni memang solid habis. ustazah tu dah la muda lagi masa tu,comel satu hal. cair gua sekejap.
yang ni je la sejuk telinga sikit dengor. hok lain bikin panas je.

"hish kamu ni nak jadi apa?nak jadi samseng? macam ni sampai bila pun kamu takkan berjaya!", - ustazah rohana yang gua cerita itu hari.
"ho la!!", - gua jawab balik.
gua pegang kata-kata lu sampai hari ni beb!

"hoi!!kamu ingat kamu tu siapa??mak bapak kamu tak ajar cara hormat orang tua? dah taknak sekolah sini meh ikut saya naik pejabat.ambik surat berenti.", - Meran, cikgu geografi gua.
dia datang maki hamun dan ugut gua lepas nampak gua bergurau(yang agak kasar dimata dia la kot)dengan makcik dewan makan. padahal makcik dewan makan tu siap boleh gelak2 je layan gua. pendek kata dia dah anggap gua ni anak dia dah.Meran tu plak lebih-lebih.
tak tau hujung pangkal tak payah la nak sound-sound orang woi!!!!

"dalam sekolah ni saya ada 3 orang yang paling saya benci. pertama,(dia sebut nama gua), nombor dua ahmad hafizuddin, nombor tiga hafiz suliman,". -warden gua masa gua sekolah asrama.
hek eleh..lu nak kira benci lu,dah orang benci lu tak tau berapa ramai plak wei!!!


ah!malas pulak gua nak sambung lagi.
tiba-tiba jadi panas pulak kepala gua ni.

Jumaat, 10 Oktober 2008

ini zaman dulu punya cerita # 4 - bapak gua, kereta dan raya

seperti yang gua bagitau dulu, gua dah pandai bawak kereta start enam tahun lepas. jadi bila dah gila stereng ni memang motor gua dah tak pandang sangat time2 beraya ni.. mana mewah pergi beraya jauh2 naik motor beb! kena pulak ke rumah makwe. kalau naik kereta tu boleh juga up saham gua depan mak makwe gua beb! kena pulak datang naik kereta berjenama sikit, heh manis je muka mak mertua jemput naik..

untuk pengetahuan kereta yang gua selalu lenjan tu bukan kereta bapak gua. bapak gua pakai kereta lain berjenama Pajero. sedap nak langgar bumper laju-laju katanya. kereta tu tinggalan arwah brader gua yang gua cerita tempoh hari. sebelum pada tu gua duk lenjan toyota KE30 je.. KE30 tu betul punya berat stereng dia bai! tapi sekarang kereta tu bapak gua dah pass kat adik dia..

gua ni jenis bawak kereta memang tak reti slow. dalam kampung je gua berhemah sikit. pasal kalu laju-laju kang mula la ada je yang bawak mulut kat bapak gua. cilakak betul! keluar je jengka memang berceret tayar gua kerjakan. maklumlah darah muda.. tapi gua kat kampung je la dapat kereta pun. bapak gua tak bagi gua pakai terus.
tak harap katanya.. kena pulak rekod accident gua memang dah banyak. tapi accident motor la. kereta setakat ni ok lagi, cuma ada satu kali tu gua terwheelie kat jalan nak ke pasar malam kampung gua tu ada la.bajet pro la nak u turn jalan sempit camtu. reverse punya reverse dah terlebih pula, terjungkit belah depan nasib baik tak terus terjun ke ladang sawit orang bawah tu. malu jangan cakap la itu jam. orang penuh keliling tolong tahan kereta tak bagi bergerak. gua dalam kereta, sampai naik keras kaki tekan brek bai!ikut hati memang gua malu nak hadap masyarakat dah lepas tu...

ok!berbalik kepada cerita tadi, gua lenjan punya lenjan. cuti pun habis. gua pun balik semula ke tempat belajar gua. kat tempat belajar gua semua berjalan lancar. takda masalah, cuma masalah kekurangan awek je.. sampai la satu hari tu gua balik kampung semula.. sedang elok je gua sampai, tak sempat gua gua nak baring-baring dulu ke apa ke, mak gua terus cakap,

"aok buat menda ke kereta tu,lang?, ayah bising kabor bunyi macam-macam."

peh!gua baru sampai bai,gua jadi panas, dan disebabkan dulu gua memang tak senonoh budaknya, gua jawab balik dengan nada suara tak puas hati.

"buat mendanya, kome bawok je la!!, takpa!!lepas ni kome tak bawok dah keta tu!!"

gua pun start motor terus pecut pergi simpang pekena karaoke.

pagi esoknya, bapak gua sound gua pulak. mak gua dah cerita gamaknya peristiwa malam tu kat bapak gua.

"tu la dianya!orang tegur sikit melenting!"

gua diam je. panas belum reda lagi.

hari berganti hari, bulan berganti bulan. gua tak bawak langsung kereta tu. bapak gua pun haram nak pelawa gua pakai kereta tu balik. jadi asal nak ke bandor je gua tumpang naik motor member gua. kereta memang gua tak usik langsung. ego la konon. gua bertahan sampai satu masa, dah nak masuk raya haji. ah sudah!camana nak beraya ni. gua jadi panik. beraya naik motor je la kali ni..gua berkira-kira dalam hati.

gua pagi raya tu memang takde feel betul nak beraya. mujur la raya haji, kena raya puasa? dalam takde feel tu gua dah plan juga mana nak pergi. balik je semayang raya, siap aje salam2 kat rumah, gua pun stenbai la nak merayau. tiba-tiba,

"alang! nah kunci kereta, bawak elok2! jangan balik tengah2 malam sudah!", kata bapak gua sambil hulur kunci keta.

gua jadi hura hara. antara ego dan keinginan. gua teragak-agak nak ambik ke tidak kunci tu. gua tenung muka bapak gua. penyudah dia,

"hmmm..,"gua sambut kunci tu dengan muka tak berapa nak sengih.

dapat je kunci gua terus pecut ke kereta. kalau tadi depan bapak gua muka macam nak bergaduh, tapi apa cerita dalam kereta gua jadi tersengih aje sepanjang jalan?

***

Rabu, 8 Oktober 2008

cerita raya saya # 2

disebabkan ini bulan raya, jadi gua masih nak bercerita tentang raya. untuk saja-saja nak bagitau lu orang semua, raya baru ni gua beraya kat Jengka. tahun-tahun sebelum tu memanjang raya kat kedah je, kampung bapak gua.tok dan nenek gua belah mak gua kat Jengka 3 dah lama takde. jadi mak dan bapak gua tak perlulah kecoh2 pasal giliran nak balik kampung siapa. memang tiap kali raya puasa je raya kat kedah. raya kat kedah tu betul punya tak best. bukan pasal apa, kawan-kawan tak berapa nak ada. kalau pagi raya tu dan la 3 bijik rumah gua beraya pastu dah balik rumah join bapak gua tidur depan tv.. ada sesetengah kes raya pertama orang sibuk beraya, gua pergi mandi air terjun Lata Bayu berdua dengan adik gua apahal?

tahun ni kalu ikutkan bapak gua nak balik juga, tapi oleh sebab kakak gua 30hb pun kerja lagi jadi plannning cancelled. raya kat jengka je. peh..memang solid raya kat jengka ni beb! memang macam-macam aktiviti berunsur enjoy yang dapat gua sertai. kalau dah enjoy namanya memang tak lari dari aspek pembaziran wang. tapi enjoy punya pasal apadahal. kalau kat kedah tu aktiviti paling best sekali cuma meletupkan pokok pisang nenek gua dengan mercun je.. bersepai batang pisang gua adik beradik kerjakan.

kat jengka tu pulak gua memang tak pernah terlibat langsung dengan acara takbir dari rumah ke rumah tu.. eh!entah ada ke tidak acara tu baru-baru ni gua pun tak tau. yang gua tau malam raya gua dah merayap entah ke mana. mak gua nak mintak tolong beli gas memasak pun dah tak boleh.

enjoy punya enjoy dah dekat pagi baru gua balik rumah. banyak betul aktiviti malam tu. pastu pagi raya tu mula lah liat nak bangun. mata bukan main pedih lagi nak bukak. pedih tak pedih pun gua bangun juga. bukan apa, gua ni memang berahi betul pergi semayang raya. kat situ la paling solid sekali nak bersembang dengan member yang lama tak nampak muka.mana yang kerja kilang balik, yang turun naik turun naik KL cari kerja balik, yang kerja gaji baru dua ribu sembang macam gaji lima belas ribu balik, mana kerja cikgu, technician, askar, polisco, dan yang mana dapat cuti la senang kira semua balik. peh itu jam pelbagai jenis sembang dan letup boleh dengar beb! sembang punya sembang orang dah nak start semayang pun masing-masing rilek-rilek je atas motor sambil hisap rokok sedap masing-masing. habis je orang khutbah, semua pun kucar kacir start motor nak balik! gampang!hala balik laju je..

disebabkan perut gua kebulur gua pun sama terjebak nak balik cepat.
elok je sampai rumah mak gua tanya,

" sempat dok semayang?"

"huh! masjid penuh...", gua jawab dengan nada menyamar kecewa.
***