Ahad, 23 November 2008

tag-tag juga ibubapa jangan dilupa

gua kena tag dek afred nih. peh! ini baru satu.bertambun lagi menunggu.ada beberapa lagi tag gua dapat kesan. wajib ke banyak2 tu wei?? gua syak lu orang nak mendera gua nih.. gua buat yang ni dulu pasal yang nih pendek je gayanya.

[1] Do you think you're hot?
hot kemenda la gua ni..

[2]Upload your favourite picture of you!


[3]Why do you like that picture.
sebab smart. haha

[4] When is your last time you ate pizza.
tahun lepas gamaknya.. gua dengan pizza memang tak kacip.

[5] The last song you listened to?
Izinkan selamanya namamu di hati - EYE
pheww!!!gua malu tulis ni beb!

[6] What are you doing right now beside this?
cucuh rokok lepas sebatang sebatang dan menaip sambil berdebor pasal dah lambat ni wehhh

[7]What name would you prefer beside yours.
de souza, mungkin.

People I tag.
[1] rahimin
[2] dzul
[3] farah
[4] tokmum
[5] dani izwan zainol

[8]Who is number 1?
budak jerantut.selebriti beb dia nih.takkan lu tak kenal?

[9] Number 3 is having relationship with?
dengan pakwe dia. mana la gua tahu siapa hahaha

[10] Say something about number 5.
dia tag gua suruh taruk gambor hok seksi. apa gila? gua bukan gadis.

[11]How about number 4?
peminat (video) maria ozawa.haha

[12] Who is number 2?
dzulkarnain nama dia. blog dia banyak cerita pesen angker. tapi letup hujung2. cilakak betul!tak percaya lu pergi tengok.

***
nota: dah.gua nak balik ni.mengamuk bapak gua ni kang. esok2 gua datang balik jenguk blog you all.(peh!you all.)

Khamis, 20 November 2008

serius # 2

Assalamualaikum

Dengan penuh kesyukuran,setepak sireh, sejambak mawar, bla..bla..bla.., sejug sirap, dan sekeping kad jemputan gua hulurkan kat lu orang semua, Tuan,puan,makcik pakcik, gadis-gadis,brader-brader, member-member semua, dan seme2 la mana ada ke majlis kahwin saya,

poyotito's Abdullah dan pasangan saya, Meisa Kuroki la siapa lagi.

dialamat

poyotito's
Jengka 18,pahang.


mana free dan nak makan free dijemput datang.
semua boleh datang tidak mengira jantina.
makwe dialu-alukan.

***

nota: kenduri kahwin kakak gua 22hb 11 ni beb!
mana senang datang la jengka.
diulangi makwe dialu-alukan.
gua serius jemput demeh ni wei.

Jumaat, 14 November 2008

bapak saya seorang yang tip top

terus terang cakap gua kat rumah memang lebih ngam dengan mak gua. dengan bapak gua ngam juga tapi tak solid sangat dia punya relationship pasal bapak gua ni garang beb! satu yang gua nampak bapak gua ni perfectionist orangnya.gua ni pulak berat ke receptionist. mana ngam. ada silap sikit je siap la berdarah telinga.. gua bukan nak cakap apa la, semenjak gua dewasa ni dia punya percent kena marah kalu balik rumah meningkat kepada 60 peratus. maknanya 10 kali gua balik rumah,6 kali gua kena marah. gua cakap betul ni.gua pun baghal juga,ada aje silapnya. kalau bapak gua marah masa tengah makan habislah makan sambil menangis la kakak-kakak dan adik perempuan gua. yang laki steady saja makan buat tak reti.

tapi yang gua hairan bapak gua nih memang berahi marah gua. macam seronok pula dia marah-marah gua.lagi gua buat tak reti lagi padu ayat bapak gua bagi. menangis? tak. gua ingat lagi last sekali gua kena penampor dengan bapak gua. masa tu gua darjah enam. balik sekolah tu gua lumba basikal dengan member gua. memang sakan gua mencilok itu jam. maklumlah budak baru keluor pagar sekolah. kiri kanan kiri kanan pelepow!! gua langgar sorang budak. patah gigi dia brader.. sebenarnya bukan gua langgar dia, dia yang berlari lintas jalan ikut dan. pesen tak tengok iklan jalanraya kat tv.

budak pompuan tu menangis. ah cilakak!tak boleh jadi ni. gua berkata dalam hati. tanpa banyak cakap gua terus pecut balik rumah. sampai rumah gua buat rilek2 je tengok tv. tak lama pastu ada bapak budak tu datang rumah gua. gua jadi debor lain macam. serupa tengah tunggu turn nak kena cucuk BCG. lepas slow talk lebih kurang bapak gua panggil gua. pelepowww!!! gua kena tampor. "bakpe tak kabor aok langgor orang?"bapak gua lempang gua depan bapak budak tu. berpinau mata gua cakap lu..memang padu. malam tu jangan kabor nak makan nasik, nak tengok tv pun tak lalu brader..

itu darjah enam punya cerita. sedangkan kena tampor pun gua tak menangis ini pulak kena marah. tapi gua sikit tak benci bapak gua. gua rilek je balik tadah telinga. tapi bukan tadah kosong la brader. time kena marah tu gua fikir ke makwe. terus jadi tak berapa nak kecik hati. apa gila dengan bapak sendiri pun nak kecik hati? kang bapak gua kecik hati balik kat gua tak ke susah tuh?

esok gua akan balik kampung. gua akan bercuti selama sebulan lebih. jadi sebulan lebih juga gua akan duduk di rumah. lu doakan saja gua jadi budak baik kat rumah. budak baik yang tak lagi menyakitkan hati bapak sendiri.
***
nah!layan lagu ni.
Ville Valo & Natalia Avelon - Summer Wine

Isnin, 10 November 2008

kari kepala anjing haram dimakan begitu saja

kosong.
kepala hotak gua 'rasa macam kosong'. kejap2 termenung,kejap2 termenung. gua macam depress tapi tak. dah lama gua tak into scene depress2 ni. nak kabor hepi, tak hepi mana juga. yang gua tau gua tak berapa nak gembira dengan keadaan gua sekarang.
gua syak ini semua sebab gua dah lupa gua ni manusia je atas bumi ni..

satu.
semenjak gua pulang dari kampung tempoh hari gua rasa malas nak update blog.
entah kenapa gua dah rasa macam bosan. bak kata king dia berat ke takde feel. itu hari kemain ketagih lagi.yang baru ni pun gua saja sambung sebab dah tulis sikit.
gua syak ini karma. tapi karma pesen menda gitu?

dua.
disebabkan oleh jadual makan ubat gua yang bersepai dan tidak teratur, jadi sekarang tangan gua dah jadi sakit balik. tak dan masuk seminggu ubat dah taktau mana duduk.
balik kampung esok gua nak pergi urut.

tiga.
gua berkenan betul dengan satu G SHOCK tu. RM1 je harga dia gua tengok..gua dah up RM2. harap2 takdelah orang bid.
err..sapa tau camana dah nak membayor kat mylelong tuh? haram takde nombor akaun pun situ..

Khamis, 6 November 2008

ini zaman dulu punya cerita # 7- motor berlawan dengan kambing

zaman gua sekolah dulu,gua gemor betul merayau, pantang dapat motor. kena brader gua yang paling tua tu bawak balik kriss dia.peh! masa tu dapat Modenas Kriss kira orait dah. kena pulak motor pun dah siap make up cantik2.lagi peh! cakap lu..
kat rumah gua tu masa tu ada 2 bijik motor.satu Yamaha 100 sport,satu lagi Yamaha kap pesen lama.dua-dua tak solid kalau nak bawak makwe. solid tak solid merata-rata juga Yamaha tu gua redah. pergi mandi sungai, melepak kat simpang, pergi kebun durian orang, tengok budak berlumba kat Gunung Senyum, pergi public phone talipon makwe malam-malam, dan juga ke masjid seminggu sekali.

ada satu kali makwe ajak gua datang rumah dia. kenduri kakak katanya. muka memang manis habis je ayat gua. gua memang lemah kalu buat muka manis depan gua. gua jadi auto setuju. apa gila cuti sekolah duduk rumah baca buku? mana enjoy. gua dah la stress duduk asrama. bila masa gua stress gua pun tak tau.

hari yang dijanjikan pun tiba.gua bangun awal hari tu. biasa lepas semayang subuh gua memang henjut tido balik sampai tengah hari.kadang tak tentu juga,semuanya bergantung kepada prestasi perut gua. apa gila perut kebulur lagi mau tidur? tapi hari tu gua steady. gua tak tidur balik. lepas bahan nasik sepinggan sama teh O gua bahan gi tengok TV. peh layan juga tengok kartun pagi-pagi rupanya. tak dan habis cerita gua dah terlena depan TV. sedar balik dah cerita lain. "ah!basuh motor lah!" kata gua dalam hati. tengah sedap gua basuh motor, mak gua datang kat gua. baru siap jemur kain agaknya..

"aok nok ke mana basuh motor pagi-pagi ni lang?"

cilakak!gua jadi berdebor. mak gua macam tau je gua nak merayap tak tentu hala.

"mana ada gi mana.melepak rumah budak2 ni je..",gua tipu mak gua. base tak senonoh sungguh. habis kalau kabor nak pergi Triang kompom mak gua tak bagi. point dia polis dan keselamatan gua.

"hoh molek!pada melepak tu meh tolong mok cari lidi.alang pun bukan selalu ada..,"mak gua.

ah sudah!potong betul. habis camana gua nak pergi rumah makwe ni?gua jadi haru sungguh time tu. dengan berat hati pagi tu lepas siap basuh motor,gua follow emak gua.kat ladang hati gua jadi tak tenteram. siat lidi pun tak berapa ikhlas. pesen buat kerja muka macam nak bergaduh. tapi buat laju pasal nak cepat. pedih tangan2. lama gua kat ladang tu, hari pun meninggi.. gua dah serabut satu macam. gua dah plan dengan kawan-kawan pukul 11 nak gerak. gua ajak balik mak gua taknak. baru sikit katanya. macam-macam gua ayat haram mak gua takmau juga..
ayat punya ayat penyudah dia gua balik sorang-sorang jalan kaki. dah menda datang jalan kaki balik pun jalan kaki juga la. gua kabor ke mak gua gua ada hal penting gila babi.padahal nak pergi rumah makwe. cilakak!tipu lagi situ.

naik atas rumah gua terus mandi dengan kelajuan cahaya. pakai cantik-cantik pastu terus menuju ke port(rumah hanapi). dah ada semua mana yang nak follow kami pun jalan. kitorang pergi 5 bijik motor. sekor pun takde lesen. dah menda baru tingkatan 4 mana nak ada lesen. gua lalu ikut Chenor. ikut Temerloh jauh brader..tapi ikut Chenor tu jalan kampung. budak-budak ni bukan buat kira sangat jalan kampung ke apa. semua bahan merembat secara membabi buta. gila! buatnya ada budak2 main tengah jalan kompom bersepai kena tibai..

sampai satu kampung, ada sekumpulan kambing bersembang rilek-rilek tengah jalan. gua ni memang pesen tak boleh tengok binatang, mula la datang idea bukan-bukan nak pedajal. itu jam gua kasi slow sikit motor, sampai je tepi kambing tu.. pelepoww!! gua terajang pinggang kambing tu. peh kucar kacir gua handle motor sampai terbabas masuk semak. nasib baik tak bahan ke pokok getah.
itu jam cuak juga gua brader..

kitorang sambung jalan lagi, peh ada kambing lagi rupanya. hah!lu jaga!! desis gua dalam hati. macam berdendam pulak. tengah gua fikir mana satu gua nak attack.. pelepow!!! member gua dah terajang kambing tu dengan kelajuan motor yang tak sesuai. diorang naik berdua. entah macam mana dia jatuh dari motor tapi bangle yang dia pakai tersangkut dekat motor tapi member yang bawak motor tu haram tak brek. peh gua agak ada 30 meter jugak member tu kena seret. habis luka kaki. gila gua itu jam nak pecah perut gelak. gua syak kambing tu pun sakit perut gelak tengok kejadian tu.

"bakpe aok tak brek peyol??,"mangsa.

"aku mana tau aok jatuh!,"peyol.

"bodo!"
***

Nota: Tunggang dengan cermat, ingat Tuhan.