Khamis, 31 Disember 2009

Seperti dulu.

Tahun dua ribu sembilan lagi sikit je nak sampai ke penghujung. Cikgu gua masa sekolah dulu kabor inilah masanya kita nak check balik list azam tahun baru yang dibuat masa awal tahun. Tengok mana yang tercapai mana yang tidak. Ada kemajuan ke tak ada ke. Gua memang tak boleh nak check pasal list pun tak ada. Tapi gua ada juga fikir-fikir balik apa azam gua pada awal tahun dulu. Tak ada. Berenti merokok memang tak ada dalam rancangan.

Ini tahun adalah tahun yang biasa-biasa bagi gua seperti juga tahun sudah. Tak ada apa gua nak banggakan sangat dan tak ada apa juga untuk dimalukan. Semuanya biasa-biasa sahaja. Mana nak kena bekerja gua kerja. Mana nak kena enjoy, gua enjoy. Orang ajak lawan futsal gua pergi. Makwe talipon gua tak angkat. Bapak gua miss call, gua talipon balik.

Tapi satu perkara yang gua baru sedar, gua dah tak macam dulu. Gua dah tak rebel tak tentu pasal, tak sibuk ke hulu ke hilir mencari hiburan, tak menggelabah bila kedai tutup tak boleh nak beli topup, tak berdebar bila lalu road block dan juga dah tak rasa nak melempang bila tengok budak-budak main bising-bising depan rumah. Kawalan bola di dalam padang juga dah semakin baik dan kemas berbanding dua tiga tahun lepas. Shooting kaki kiri pun makin padu serta tepat.

Satu lagi perkara yang paling gua 'in' ialah bila mana tahun ni member-member gua, member-member emak gua, member-member bapak gua sibuk bertanya bila gua akan berkahwin. Pada mulanya memang gua tak hairan dengan pertanyaan-pertanyaan tersebut tapi bila mana makin ramai yang bertanya, gua jadi pelik. Gua tengok cermin muka gua sama saja serupa masa beli keropok dengan Cik Yah itu hari. Masih SPM kata Cik Yah. Namun setiap pertanyaan tersebut gua akan jawab secara tersengih sambil mulut berkata. “Kome..?? Mana tau lagi..Ingat nak naik haji dulu..”

Persoalan kahwin di mata gua adalah sesuatu yang besar dan penting. Mungkin sesetengah orang memandang berkahwin adalah permulaan sebuah kejayaan. Tapi ia juga boleh menjadi permulaan sebuah kegagalan. Jadi apa gila gua nak berkahwin dengan duit dalam akaun CIMB ada RM 112.50. Bank Simpanan Nasional ada la dalam tujuh puluh ringgit gua ingat. Itu hari ada Sijil Simpanan Premium seratus. Tapi gua dah tebus buat beli buah mempelam.

Ok dah. Gua nak pergi talipon tanya Siti Syarifah Mohd Jani. Kalau dia dah kaya, gua nak ajak dia kahwin.

Selamat Tahun Baru 2010. Semoga segalanya bertambah baik untuk anda semua dan juga saya.

Rabu, 30 September 2009

kemaruk

Selamat Hari Raya ke 11.
















ikhlas dari,
pototito's dan isteri.



wacha..!!

Isnin, 3 Ogos 2009

Sensitif

“Nak gunting pesen menda ni?,” tanya kawan gua merangkap tukang gunting peribadi gua. Gua memang tak berkenan nak gunting kat kedai gunting rambut. Takut smart sangat pula nanti. Lagipun gua tak berminat nak menghabiskan duit gua yang jarang ada banyak itu untuk tujuan sebegitu.

“Gunting je pesen menda pun ..jangan huduh sangat sudah la..,” balas gua pula. Gua memang percaya je pada kawan gua tu pasal beliau memang tak pernah lagi mengecewakan gua. Tapi hati rasa macam berat je nak gunting pasal masa gua baru balik itu hari ramai juga orang kampung ingat gua artis.Namun disebabkan emak gua tak berenti duk kabor rimas tengok rambut gua, gua akur. Lagipun gua bukan nak jadi artis.

Kawan gua itu dengan pantas terus menggunting rambut gua dengan bergaya dan profesional. Gua ada juga bagi cadangan suruh dia buka kedai tapi malang cadangan gua dipandang sepi. Bunyi rambut gua kena kerat rangup betul. Naik mengantuk gua. Ikut hati nak saja gua minta kawan gua tu gunting sambil gua berbaring. Tapi gua fikir-fikir balik macam tak senonoh pula kalau gua membuat permintaan sebegitu.

***

“ku ingat kamu..ku rindu kamu..wajahmu selalu terbayang..”, gua menyanyi-nyanyi merdu lagu Mas Idayu tanpa malu-malu depan cermin sambil menyapu minyak rambut jenama Revive di kepala. Entah kenapa gua nyanyi lagu Mas Idayu.

Sudah saja gua setting rambut gua jadi pacak-pacak macam dalam tibi, gua pun melangkah yakin menuju ke dapur. Emak gua tengah goreng bihun.

“Amacam mok..?”, tanya gua, “ smart dok..?”

“Boleh laa..”, balas emak gua. Ringkas tetapi sudah cukup untuk membuatkan gua hilang keyakinan diri.

“ ‘boleh laa’ je?”, kata gua kecewa, “ kabor la mok, smart ke dok ni..?”

“ smart dah..tapi bangun pagi payoh, kalo tak lagi smart.”, bijak emak gua bermain kata-kata.

“ alaa..kome bukan taknok bangun mok..tapi tu la, kome sensitive sikit dengan matahari pagi. Kalu tengah hari kome ok sikit.”, balas gua pula tersengih-sengih sambil teguk air Sunquick.

“ sensitip korok mu.”

Gua diam dan menerima kata-kata emak gua dengan hati terbuka sambil mengesat air Sunquick yang mengalir keluar ikut hidung.

Isnin, 13 Julai 2009

Didada ini penuh dengan parut luka yang kau tinggalkan sebagai kenangan – Murad Costigan Jr. Bahagian Tiga

Makwe memandang tepat mata Murad. Entah apa yang difikirkan. Naik cemas juga Murad. Murad dah la jenis mudah jadi tak tentu arah kena tenung lama-lama. Akhirnya makwe bersuara.

“Saya kena pegang tangan awak la ni ye..??”, tanya makwe dengan nada penuh muslihat.

Ah sudah. Murad panik bercampur hairan. Itu hari kemain ‘ilebiu-ilebiu’ lagi dalam talipon. Ini hari apahal lain macam pula ni. Kata Murad dalam hati. Kepala ligat mencipta ayat. Buntu. Murad gagal untuk memberi jawapan terbaik. Lalu,

“Err..bukan pakwe makwe kena pegang tangan ke kalu jalan-jalan? Baru la romantik.”, jawab Murad berterabur sambil mengetis rokok di tangan.

“Siapa yang ajar awak camtu?”, tanya makwe lagi. Kali ini lagi serius dari tadi.

“Mana ada orang ajar. Saya tengok orang lain semua buat camtu apa. Takpalah kalau awak tak nak. Saya cuma nak pastikan awak selamat je.”, Murad tabur ayat dengan mata redup sambil memandang ke laut.

Makwe diam. Tak lama kemudian, makwe bersuara kembali.

“Habiskan rokok awak tu cepat sikit boleh tak..??”

Tanpa banyak soal Murad terus sedut rokok laju-laju macam hisap dalam tandas sekolah. Itu kalau dalam posisi duduk mencangkung bangun-bangun kompom tangkap otak.

“Hah. Moh kita..!”, Murad mengajak untuk kedua kalinya dengan asap rokok yang masih bersisa di mulut.

Kali ini Murad terus saja melangkah tanpa menghulur tangannya seperti tadi. Sudah cuak barangkali. Baru dua tiga tapak Murad merasakan ada tangan yang memaut tangannya dari belakang. Lembut. Murad senyum tanpa menoleh. Lalu tangan lembut itu Murad genggam kemas sampai bersilang-silang jari. Sekemas ikatan yang dibina kira-kira dua minggu sebelumnya hanya melalui medium telefon bimbit. Tak sia-sia pakai Nokia.

“Kalau tangan saya berpeluh kang kabor ye..? Bukan menda. Saya ni tak biasa pegang tangan pompuan.”, Murad berkata-kata dengan mata meliar usha port sedap. Entah ye tidak je Murad.

Makwe tersenyum dengar kata-kata Murad. Percaya atau tidak Murad sendiri tidak pasti. Apa yang pasti rokok Dunhill yang baru dihisapnya tadi tak berapa sedap sangat rasa dia. Kata orang kalau tak sedap tu rokok Langkawi.

***
“Merokok lagi..?? Awak ni tak sayang diri sendiri ke..??”, makwe tanya dengan muka separa garang tatkala melihat Murad cucuh rokok.

“Sayang memang la sayang tapi nak buat camana.. rokok ni dah sebati dengan saya”, jawab Murad sayu. Macam setan.

“Boleh tak awak jangan merokok hari ni.??”

“Tak boleh. Saya kalau tak hisap rokok..pernafasan saya jadi tak lancar, mata jadi kelabu, badan saya jadi lesu, silap-silap hidung boleh jadi berdarah tau.. Lagipun kalau saya tak hisap rokok ni siapa lagi nak hisap..?? Awak..??”, panjang lebar Murad menjawab dengan mulut berasap-asap sambil mata kejap ke muka makwe kejap ke muka orang lalu lalang. Bimbang juga terserempak kawan sekampung.

“Awak ni main-main la..”, balas makwe sambil berpaling ke arah lain. Kemudian senyap. Merajuk la konon-konon. Padahal jelas sangat nak bermanja.

Murad mengambil tindakan berdiam diri sambil menikmati hembusan demi hembusan asap yang keluar dari mulut beliau sendiri. Duduk tersandar pada batu, membiarkan diri dihembus angin laut sambil ditemani sang kekasih disisi. Peh. Suasana yang sudah cukup indah bagi Murad. Tidak perlu kata-kata. Tidak perlu pujuk rayu.

“Awak ni memang pesen tak reti memujuk ke..??”, makwe tanya Murad setelah sedar gamaknya yang rajuk buatannya tidak akan mendapat layanan setimpal. Atau mungkin sudah lenguh buat muka masam barangkali.

“Lorr.. awak merajuk ke tadi tu..?, Ok.Ok. Awak buat semula. Saya pujuk.”, Murad membalas dalam nada bersahaja.

“Benci..!!”

(Seperti biasa, dialog Murad memujuk makwe tidak dapat disiarkan kepada umum untuk menjaga kredibiliti watak.)

Makwe tersenyum kembali. Menampakkan giginya yang putih dan tersusun cantik.

***
Rancak betul Murad bersembang tengah hari tu. Membawak dari soal sekolah hinggalah ke hal ehwal rumahtangga. Biasalah budak-budak bercinta, mudah sangat mengarut. Mujur tak ‘papa mama’ je macam kutu-kutu bercinta lain.

Tengah sedap Murad berkongsi cerita tiba-tiba beliau rasa pehanya bergetar. Lama. Tanda ada orang talipon. Murad seluk poket jeans murah beliau. Di skrin telefon dengan jelas tertera satu nama yang sangat dekat di hati beliau. Pada zaman itu.

‘Siti Syarifah Mohd Jani’

Ah sudah. Murad kembali cemas.

Rabu, 1 Julai 2009

Ini zaman dulu punya cerita # 11 - Blues untuk senior.

Pada suatu malam minggu yang dingin, sepuluh tahun yang lalu, dimana gua dengan rakan sebaya gua yang lain sedang enak menikmati laksa yang emak gua tinggalkan sewaktu datang melawat gua pada siang harinya. Biasalah baru masuk asrama. Pantang dengar gua tak ada duit, laju saja datang bawak laksa sekali. Entah kenapa setiap kali emak gua datang melawat asyik bawa laksa sahaja.Tidak ada menu lain. Gua pun cenderung ajak kawan-kawan makan sekali. Emak gua pula memang dah tahu budak-budak asrama ni pesen kebulur lain macam sikit. Jadi dia telah buat lebih. Makan dengan kawan-kawan, katanya.

Tengah sedap gua menikmati laksa champion emak gua itu, tiba-tiba ada kutu sebaya gua datang dengan muka cemas.

“Wei Murad. Abang Halim panggil aok. Kat dorm G.”, kata kawan gua itu tercungap-cungap. Baru lepas berlari gamaknya.

“ah celake betul la. Time-time aku nak menghadap rezeki ni la nak panggil. Babi..!!”, balas gua panas dengan mulut penuh laksa.

Untuk pengetahuan, Halim itu adalah seorang pelajar tingkatan lima yang sangat celaka, bahlol, huduh dan tidak bertamadun . Namun bukan Halim saja yang begitu, boleh dikatakan lapan puluh peratus pelajar tingkatan lima tahun itu adalah babi bertopengkan manusia, bangsat dan juga Firaun. Dorm G pula adalah singkatan dorm gelap. Biasanya pelajar yang dipanggil ke situ akan keluar semula dengan muka merah bekas kena lempang, muka hangin, muka hairan dan paling tragis muka sedih dengan mata berair.

***
Masuk saja ke dorm ‘Gelap’ tersebut gua lihat ada lebih kurang 12 pelajar tingkatan lima didalam. Semua buat muka bengis. Macam babi. Bilik punyalah kecik sanggup duduk berhimpit ramai-ramai macam tu. Apa punya bangang. Gua berdiri steady tengah-tengah dengan muka berlagak.

“ Ko ni apahal lembap sangat bila orang panggil ha..??”, tanya salah seorang dari mereka.

“ Alaa..rilek la. Saya makan laksa tadi..itu pun belum habis lagi”, jawab gua ramah.

Pelepoww..!!

Jawapan ramah gua dibalas dengan satu cepukan dari belakang. Tepat singgah kepala gua. Kepala gua berangin. Darah naik kepala.

“Ko ni jawab elok-elok sikit boleh tak..?? eeii panas pulak aku..!!”, sound pula kutu yang cepuk gua dari belakang tersebut.

“lah..elok la tu. Nak elok macam mana lagi..”, balas gua lagi dengan suara kuat-kuat perlahan.

Pelepoww..!!

Satu lagi cepukan singgah di kepala gua. Kali ini dari tepi. Mujur tak kena telinga.
Kena kalu mau berdengung juga gua ingat tuh.

“Dah la tu wei, naya ke budok tu..”, Halim yang senyap dari tadi tiba-tiba bersuara.

“Aok tau menda sebab aok kena panggil..??”, sambung Halim lagi.

“Dok. Sebab menda..??”, soalan Halim gua balas dengan soalan.

“Koi dengor aok kurang hajor dengan Abang Amin betul dok..??”

“bile pulok..?? Mana ada.”, pantas gua menafikan.

Pelepoww..!!

“jangan nok menipu la bangsat..!!”, cepukan ketiga gua dapat. Gua taktau siapa punya kerja. Jenis pukul curi. Macam babi perangai. Dah la ikut sedap je panggil gua bangsat. Dia tak sedar dia yang bangsat.

Dipendekkan cerita, selepas menjawab lebih kurang kepala gua ditutup dengan baju. Baju tu dah la macam palat bau dia. Untuk sesi soal jawab saja entah berapa kali gua kena cepuk. Rata-rata semua pukul curi. Penakut. Bila dah siap kepala gua ditutup, bertalu-talu serangan singgah ke tubuh ‘kurus tapi tegap’ gua. Membawak dari kategori lempang, cedok, spike,siku hingga ke kategori jek semua gua rasa. Dah la gua tak nampak apa. Keras ke badan je la. Dari gua banyak menjawab sampai la gua senyap. Entah menda-menda punya soal siasat. Gua cakap betul kena, gua menipu kena, gua tak cakap apa-apa pun kena. Jenis saja-saja nak pukul budak junior. Entah menda salah gua sebenarnya. Gua ada terfikir juga mungkin motif perbuatan mereka semua atas dasar cemburu dengan rupa dan reputasi gua. Tapi dalam banyak-banyak gua kena pukul malam tu ada satu tu padu betul. Kalau mengikut firasat gua serangan itu berbentuk ‘jek’ berdasarkan pada kepaduan dia. Cemas bocor kepala gua terhantuk bucu locker.

Setelah hampir 15 minit gua dilanyak,

“Dah. Pergi balik..!! Ko jangan report ke Ustaz pulok. Kang kepala engko aku letup”, antara amaran dan ayat-ayat terakhir senior-senior bangang tersebut laungkan kepada gua. Hek eleh. Tau pulak takut.

Gua dengan pantas pecut balik bilik dengan badan remuk. Harapan gua hanya satu. Laksa gua masih belum habis.

Khamis, 25 Jun 2009

Ini semua salah Ronaldo..!!

Malam itu Rashid resah semacam. Duduk tak kena. Baring tak kena. Menaip tak kena. Main game bola saja yang kena sikit. Itupun tak berapa kena juga pasal banyak kalah dari menang. Talipon bimbit Nokia beliau sudah berkali-kali diulang lihat. Seperti menanti sesuatu. Kemudian diletak kembali disebelah dompet diatas cpu komputernya yang sedikit berhabuk.

“ish..mana Majid tak talipon-talipon lagi ni..??, mesej pun tidak..”, Rashid bertanya sendirian. Sudah bosan menunggu agaknya.

***

“Bodddooo la mu ni Ronaldo..!!”, bentak Rashid pada Ronaldo tatkala depan gol pun bahan sepak ke atas. Agak padu juga perkataan ‘bodo’ yang keluar dari mulut Rashid. Marah betul gayanya.

Rashid kembali bermain. Permainannya semakin tidak menjadi dek kerana amarah yang semakin tidak terkawal. Perkataan-perkataan seperti babi, pundek, cibai, bahlol, dan banyak lagi yang tidak sedap didengar acapkali keluar dari mulut Rashid. Semuanya disebut dengan tone yang padu.. Kalaulah pemain-pemain Brazil mendengar kata-kata Rashid sudah tentu sebak dada mereka.

“Laju la sikit babi..!! Nak main bola sangat, berlari lembap.”, Rashid memaki hamun sambil menekan kuat keyboard. Sampai pedih-pedih jari. Kali ini Adriano pula menjadi sasaran. Meluap-luap rasa marah Rashid. Itu jam kalau makwe talipon ajak sembang pastu tak paham bahasa pula memang cerah harapan menerima nasib yang sama seperti Adriano.

Tiba-tiba,

KRING..!!KRING..!!

“Hah..! Hello!! Ade takdek..??Babi. Lembap gila engka ni”, baran Rashid masih belum reda. Garang saja dia bertanya Majid.

“Alaa..rilek la Rashid. Ada ni ha. Engka datang umah aku skang. Jangan lupa beli Dunhill sekali.”, Majid membalas. Jelas ada sedikit goyang dalam nada suara beliau. Menda Majid bukan tak kenal dengan Rashid. Malah Majid sudah masak benar dengan perangai Rashid yang mulut macam setan itu. Harap nama saja Rashid. Perangai tak sama langsung macam Uji Rashid.

“Ok. Roger and out.”, Rashid cergas mematikan panggilan. Dalam marah-marah Rashid masih tidak lupa pada kod dan etika dia dan rakan karibnya itu.

***
“Beli kat kedai awek itu hari la, boleh ngurat sepam”, kata Rashid dalam hati ketika dalam perjalanan ke rumah Majid. Sejuk betul malam tu, menyucuk-nyucuk ke pundi kencing tatkala memandu laju.

***
Rashid menuju ke peti sejuk besar kedai tersebut. Beliau angkat air cincau dua tin. Tapi airnya tak sejuk juga, harap peti saja besor. Rashid pergi pula ke bahagian roti-roti. Rashid angkat roti kelapa sebungkus lalu terus menuju ke kaunter.

“Bagi Dunhill 14 Satu.”, merdu saja suara Rashid ketika membuat order. Jauh betul beza masa jawab panggilan Majid tadi. Sambil tu Rashid letak air cincau dan roti kelapa atas meja.

“Berapa semua ye..??”, Rashid bertanya sambil kepala fikir ayat ngurat terbaik. Tangan sibuk menyeluk pouch bag dipinggang.

Tiba-tiba Rashid rasa semacam. Dompetnya macam tak ada. Apa yang ada hanya pisau lipat, lighter, talipon bimbit dan juga duit syiling. Itupun tak sampai seringgit. Rashid masih mencari-cari. Dalam poket seluar tak ada. Dalam poket baju lagi la tak ada. Dah menda baju pun tak ada poket. Rashid resah.

“Semua sepuluh ringgit tiga posen”, awek kedai bersuara.

“Err..kalau saya tak jadi beli boleh tak..?? Dompet saya tertinggal kat rumah la..”, Rashid berkata dengan muka kelat habis. Ayat mengurat dalam kepala Rashid hilang entah ke mana.

***

Rashid pecut ke rumah Majid dengan mulut meracau-racau sepanjang jalan.

Selasa, 2 Jun 2009

Sumpah beb..!! Gua mana ada pakai susuk..!!

Pada suatu tengah hari yang sangat tengah hari, gua dengan berkain pelikat dan berbaju Liverpool meluncur laju sambil mulut menyanyi-nyanyi lagu 'Cintaku Sampai Ke Euthopia' menuju ke sebuah kedai menjual air tebu, air nenas, laksa dan juga keropok.

“Cik Yah, bagi keropok dua ringgit.”

“Dua ringgit..??Nanti kejap. Aok punya pasal Cik Yah goreng lain. Baru sedap makan panas-panas dok?“, balas Cik Yah bersahaja. Strategi orang meniaga.

Gua senyum. Apa gila time camtu nak buat muka garang.

“Aok habis dah ke sekolah..??”, tanya Cik Yah sambil memasukkan keropok ke dalam kuali yang memang sedia panas. Saja tak nak bagi gua rasa menunggu lama la tu.

“Ha’ah. Habis dah..”,jawab gua ringkas dengan mata meliar usha makwe-makwe sekolah menengah balik sekolah.

Rancak juga gua bersembang, dari perihal adik gua yang darjah enam tu membawak ke soal kerja.Tengah rancak gua bersembang, kebetulan ada satu kutu lalu.

“Dia ni pemalas ni. Mak dia dah tolong cari kerja pun tak nak kerja lagi.”, kata Cik Yah merujuk kepada kutu yang lalu tu dalam nada mengumpat. Sampai muncung-muncung mulut.

“Nak buat camana, dia berasa muda lagi. Esok terasa nak kahwin menggelupur la cari kerja tu”, gua jawab lebih kurang.

“Aok umur berapa dah..?? Tahun ni 18 la dok..??”, Cik Yah tiba-tiba tanya gua.

“Hish..!! 18 menda, kome ni dah dua puluh lebih la Cik Yah..!!”, jawab gua dengan wajah berseri-seri.

***

Dalam perjalanan pulang gua sambung balik menyanyi lagu 'Cintaku Sampai Ke Euthopia' dengan hati riang. Cemas cemas lagi sedap dari penyanyi asal.

Nota: Keropok Cik Yah sedap betul hari tu.

Rabu, 27 Mei 2009

Harapan seorang kutu

Menjelang pertemuan Barcelona menentang Manchester United,ada banyak perkara yang gua benar-benar ingin lihat pada perlawanan pagi karang. Ini bukan main-main punya harapan. Jadi gua telah menyenaraikan perkara-perkara tersebut.


1) Ronaldo pengsan terhantuk kepala dengan pengadil.

2) Rooney diserang sawan seawal minit ke tiga.

3) Van Der Sar jadi bangang selepas kepala terhantuk tiang gol.

4) Berbatov diserang gout secara tiba-tiba.

5) Vidic terseliuh tersepak kaki sendiri.

6) Ferdinand jadi bangang tanpa sebab.

Gua rasa cukuplah sekadar itu sahaja. Cumanya kat sini gua nak pesan kat Messi, Iniesta, Henry, Eto'o, Pique, dan semua pemain Barcelona, lu orang rilek je beb. Main macam gua kabor. Gua akan sokong lu orang pagi karang secara live dari Jengka.

Jumaat, 15 Mei 2009

Bapak gua memang tip top orangnya..!!

Ini hari adalah hari ke sembilan gua menjalani gaya hidup enjoy secara berterusan setelah gua tamat perkhidmatan sebagai pelajar. Dan sekarang gua berada di sebuah apartment terpencil di daerah Pasir Gudang. Secara teorinya, memang sedap juga melepak kat sini. Rumah sejuk, kipas laju, air paip pun kuat dia punya tekanan. Berbeza betul rumah yang gua sewa dekat Meru tempoh hari. Pepalih panas. Jenis time tengah hari memang tak boleh nak dibuat melepak. Kalau tidur lagi la, bangun-bangun dah serupa baru balik menoreh. Dia punya peluh yang keluar lagi banyak dari time gua kerja.

Itu belum kira risiko serangan makhluk halus lagi. Membawak daripada kategori makhluk halus pandai terbang sampai ke kategori makhluk halus bangang. Jenis air masak pun nak ceroboh. Air sirap tak apa la juga. Palat punya semut. Nyamuk pula bermaharajalela di segenap ruang. Tapi paling king dalam bilik air. Sampai kadang gua nak mandi pun boleh jadi bimbang.

Ok lah. Tak ada gunanya gua bercerita pasal rumah sewa di Meru itu.
Jadi kesimpulannya, walaupun gua baru saja sampai, gua dah sedap melepak kat sini.Makwe kedai makan tu pun dah tau nama gua. Tapi apahal baru dua hari gua menginap bapak gua dah talipon suruh balik..??

Kalau nak ajak tengok konsert Search tak apa la juga..!!


Nota: wei hasbullah, petang sabtu gua sampei.kot.

Rabu, 6 Mei 2009

hari-hari terakhir seorang student

Setelah sekian lama gua belajar bersungguh-sungguh secara ikut mood,dengan berakhirnya final presentation gua yang bersepah siang tadi, gua akhirnya bergelar,




penganggur.



Ok. Sekarang gua nak tanya, tempat kerja lu orang ada nak pakai bos tak?



Nota: Seperti biasa, gua doakan Ronaldo patah pinggang pijak dek Almunia pagi karang. Paling koman pun kaki tergeliat kena rembat dek Fabregas.

Sabtu, 2 Mei 2009

Hilang akal # 2

Buat pertama kalinya dalam tempoh 14 bulan,


gua stress..!!


Update: Gua sudah tidak stress lagi. Mana musim dah stress-stress ni..!!

Rabu, 15 April 2009

Siri lepak brader-brader


*Standard bos-bos saja lepak gaya bebas camni..!!

Beginilah keadaan hari-hari gua di kilang boiler ni. Ada kerja gua buat kerja. Tak ada kerja gua lepak. Ada kerja tapi gua malas nak buat, gua pekena lepak juga. Baru la standard bos-bos..!! Kerja kuat-kuat sangat buat apa. Prinsip gua mudah, lu nak gua kerja lebih, lu bayar lebih..!! ah macam sombong pula bunyinya gua ni.

Nota: Gua akan menamatkan sesi praktikal sambil berlakon gua di kilang ini minggu depan. Jadi minggu depan memang gua nak kena berlakon secara 'all out'. Baru la sedap supervisor nak kasi markah..!!

Rabu, 8 April 2009

Di dada ini penuh dengan parut luka yang kau tinggalkan sebagai kenangan # - Murad Costigan Jr. Bahagian Dua.

Tengah kucar-kacir Murad melayan debor, tiba-tiba saja Murad mendapat satu panggilan telefon. Murad menjeling skrin telefon dengan kadar debaran yang semakin melebihi paras terkawal. Dengan jelas tertera nama ‘Makwe’ di skrin. Laju saja Murad tekan butang ‘answer’.

“Awak ada kat belah mana..? Saya dah sampai ni..”

“Kat sini. Dekat kedai orang jual keychain ke apa entah ni”, jawab Murad lemah lembut.

“Camna saya nak tau awak yang mana..?”

“Ye tak ye juga. Baju putih jeans biru. Kurus tapi tegap.” Lancar saja Murad menyusun ayat. Macam cilakak..!!

“Hik..!!Hik..!! OK. Awak tunggu situ ye.”

Peh..!! itu jam debor Murad meningkat ke tahap kritikal habis. Berpeluh tapak tangan.
Tak tentu arah betul Murad masa tu. Dah serupa budak hisap ganja nak kena ‘urine test’. Tak sampai 5 minit Murad dapat lihat seorang Makwe menuju ke arah beliau dengan gaya jalan yang sebijik macam err.. pompuan. Seluar jeans, baju pesen labuh kaler putih, dan paling memikat hati Murad, bertudung. Sejuk saja mata memandang. Pakai sopan, aurat tutup, muka manis-manis buah. Dia ni dah gua rasa ni. Murad meneka sendiri dengan sedikit harapan.

Makin lama makwe tu makin dekat. Murad buat-buat rilek sambil menyamar taip mesej. Sekali Murad tengok balik makwe tu dah betul-betul depan Murad.

“ ’Abang’ Murad..?”

Murad menarik nafas panjang-panjang.

“Hmm..”,Murad angguk kepala sambil menghadiahkan senyuman yang paling madu.

“Berjumpa jugak kita”, balas makwe sambil menghadiahkan senyuman yang lagi madu dari senyuman Murad.

Murad hilang bicara. Hati berbunga-bunga. Kondisi hati Murad berada pada satu keadaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Kadar ‘debor’ menurun secara drastik. Dia dah jadi berat ke nak bersyukur.

“Lama dah ke sampai..?Maaf la buat awak menunggu.”

“Takpe je..Bukan lama sangat pun”, jawab Murad sambil merenung tepat mata makwe. Hek eleh kalu dengan makwe lambat seminggu pun takpe lu ni Murad..!!

“So, kita nak ke mana ni..?”

“err..bagitau awak nak ke mana. Saya bawak.”, jawab Murad konfiden padahal beliau bukan tahu jalan sangat. Harap nak ke Telok Chempedak sama Pantai Sepat saja yang paling solid di ingatan Murad masa tu.

Setelah bersembang lebih kurang, Murad mengambil keputusan untuk berdating di Telok Cempedak kerana pada perkiraan Murad dekat situ adalah ‘port’ paling solid untuk ‘leving kapel’ macam beliau dengan Makwe beliau berbual-bual. Takda modal nak bersembang kang boleh juga buat-buat termenung tengok laut.

“Jom lah..!! Motor saya ada kat sana..”, makwe mengajak.

Tanpa berlengah Murad terus berjalan seiringan dengan makwe menuju ke motor tanpa menoleh lagi. Meninggalkan Terminal Makmur dengan hati yang masih berbunga-bunga.

Sepanjang perjalanan menuju ke Telok Chempedak, Murad memandu pada kelajuan sederhana saja pasal bawak makwe. Bahaya katanya. Lagipun Murad memandu skuter jenama VS125 ke menda entah masa tu, corner lebih-lebih kang habis sangkut cover set.

Sampai saja Murad terus parking motor cantik-cantik. Taruk helmet baik-baik. Murad sisir balik rambut yang bersepai dek kerana helmet tadi pakai tangan. Mana mungkin Murad bersiar-siar bawak sikat. Duit pun tak bawak, inikan sikat. Setelah yakin dengan tahap penampilan beliau, Murad memandang muka si makwe, Murad kasi nyala rokok satu batang.

“Jom..!!”, kata Murad sambil menghulurkan tangan.

Makwe usha Murad atas bawah.

bersambung.

***

Nota: Gantinama perbualan untuk Murad dan makwe telah diubahsuai ikut sedap penulis bagi mengelakkan kata-kata hinaan selain menjaga kredibiliti watak.

Ahad, 29 Mac 2009

Ini zaman dulu punya cerita # 10 - Main Bola

2001.

Masa ini gua baru berumur belasan tahun lagi tak salah gua. Gua bersekolah asrama lagi masa tu. Walaupun gua masih belasan tahun tapi gua dengan bola sepak dah masuk kategori kacip. Entah macam mana ada satu petang tu asmara junior jadi huru hara. Gua yang baru balik fardhu ain pun turut sama terbabit jadi huru hara juga.

Apa cerita woi
..??

Petang ni Pak Ya buat selection bola dekat padang belakang bandor baru”, jawab satu kutu tingkatan dua. Siapa nak wakil sekolah pergi la.

Mendengar saja berita yang sebegitu rupa. Gua jadi auto semangat. Semangat Ronaldo dan Azman Adnan bersilih ganti meresap ke dalam jiwa gua.

“ ini hari dunia akan tahu siapa Ronaldo yang sebenarnya..!!”, kata gua sambil menyepak batu di tepi jalan. Memang stylo habis.

Sampai sahaja, gua terus memilih untuk beraksi di posisi midfield. Sesuai dengan rupa dan skill gua yang persis err.. kaka.

Ok lah. Dipendekkan cerita. Gua terpilih untuk mewakili sekolah. Tersengih-sengih balik jalan kaki menuju ke asrama. Sedih juga gua tengok muka kutu-kutu yang tak dapat. Ah tu la lu kuat sangat belajar Matematik.

Disebabkan hari perlawanan dah dekat jadi Pak Ya membuat keputusan untuk menggandakan training menjadi dua sessi. Pagi dan petang. Dia punya training memang tak senonoh. Cemas-cemas pitam gua dikerjakan. Bola tak dapat juga.
Training punya training, hari kejohanan pun tiba. Gua haram tak berdebor masa ni. Dengan jersi sekolah bagi, kasut but bola pinjam kawan punya, kata azimat makwe gua semat dalam hati, gua masuk padang. Gua rasa macam semua orang tengok gua. Itu jam gua terdengar tuduhan-tuduhan rambang orang menuduh gua pemain import dari Italy. Agak-agak la.

Di awal perlawanan permainan agak seimbang. Kedua –dua pasukan saling berbalas serangan. Suara penonton (makwe) membangkitkan semangat Ronaldo gua. Itu jam gua main memang tak ingat dunia. Tak lama selepas itu jaringan demi jaringan dihasilkan. Baru je gol sebijik, dah tambah lagi. Memang solid habis pasukan. Dengan badan sekor-sekor macam setan size, lari macam Usain Bolt, taktikal yang menjadi-jadi, memang mudah je menjaringkan gol.

Pritt..!!!Pritt..!!

Perlawanan tamat. Kesudahannya dia 12 gol berjaya dijaringkan. Satu dari pasukan gua dan sebelas dari pasukan lawan.

Komen para pemain.

“Ah ni semua makwe tu la punya pasal. Gua tengah sedap bawak bola duk jerit-jerit nama gua apahal..??”
,Hasbullah. (Striker)

“ budak-budak diorang ini antara dua je aku ingat ni. Kalau tak dadah, pukau.”, Hafizuddin. (Sayap kiri)

“Cilakak..!! training sampai hitam-hitam muka. Kalu gua tau baik gua duduk dalam kelas belajar Nahu.”
, Gua.

Tahun-tahun selepas itu perkataan bola sepak dan wakil sekolah tidak lagi meniti dibibir gua.

Ahad, 22 Mac 2009

Di dada ini penuh dengan parut luka yang kau tinggalkan sebagai kenangan # - Murad Costigan Jr. Bahagian satu.

Suatu masa,sekitar penghujung musim 2003-2004 dulu, Murad ada berkenalan dengan satu makwe. Bibit perkenalan tercetus bila mana makwe tu SMS Murad. Diulangi, makwe tu SMS Murad. Mula-mula Murad tak layan juga pasal Murad ni start pakai talipon sampai sekarang memang tak kacip sangat dengan topup. Makwe tu SMS lagi. Penyudah dia Murad balas juga la bila dah ada kredit. Tak boleh jadi ni. Kata Murad la. Pada asasnya Murad memang pepalih malas nak layan pasal makwe tu punya jenama talian Maxis, Murad pulak berpegang pada Celcom. Peh..itu dah kira bertentang dengan hukum SMS tu pada perkiraan Murad. Ah bukan langsung Celcom. Murad pakai TmTouch masa tu beb. Ah pelupa rupanya Murad ni. Kena pulak zaman-zaman tu duit banyak habis ke beli rokok saja jadi memang sekali dapat topup nak kena berjimat-cermat. Tapi makwe punya pasal Murad layankan juga setelah makwe tersebut sudi menukar jenama talian talipon menjadi sama macam Murad juga. Makwe tu Murad haram taktau rupabentuk,asal usul, serta latarbelakang rekod jenayah beliau. Entah mana datangnya Murad hairan. Dia kabor dapat nombor talipon Murad dari kawan dia. Pada Murad itu memang ayat standard. Sampai ke sudah Murad taktau siapa kawan budak tu.

Mula-mula Murad bercadang nak berkawan runcit-runcit saja. Murad pun tak feel mana nak mengayat pasal khuatir akan latarbelakang serta identiti pihak lawan. “Kang kena budak-budak nak pekena gua tak ke haru..?”,Murad meneka sendiri.
Dalam pada tak feel tu pagi petang siang malam juga Murad berbalas SMS. Kredit takde Murad senyap. Bertitik tolak dengan SMS, dia dah jadi nak dengor suara pula. Bila takde kredit makwe tu talipon Murad. Bila ada kredit makwe tu juga talipon Murad. Murad sengih-sengih saja jawab talipon. Murad..Murad…
Bila dah berhubung secara dengar suara ni barulah Murad rasa ada keikhlasan dari dalam diri makwe tu. Cey..!! Suara pun boleh tahan manja juga kata Murad. Murad pun automatik jadi lemah-lembut saja suara. Bersembang pun senyap-senyap kalau boleh tak nak orang dengar. “Apa gila nak bagi ayat manis-manis cakap kuat-kuat?”, Kata Murad dengan penuh keyakinan.

Hari-hari yang Murad lalui lepas pada tu menjadi lain macam dari biasa. Serupa orang baru bercinta. Sebijik macam dalam TV. Ralit juga Murad melayan budak perempuan tu. Sampai ke makwe sendiri pun Murad lupa. Sampai ada satu kes makwe kegemaran Murad mengamuk-mengamuk pasal Murad terlupa nak wish birthday dia. Lu tau saja la orang perempuan.. Berdebor juga Murad menjawab call dia malam tu. Nasib baik Murad steady. Lama kelamaan berkawan dah jadi berat ke bercinta. Berborak pun dah bunyi macam berbaur tak senonoh saja. Kesudahan dia makwe tu ajak Murad dating. Murad tanpa bertanya perdapat ibubapa dulu terus setuju. Hilang akal ke apa nak keluor dengan makwe tanya persetujuan dulu..??

Hari yang dijanjikan pun tiba. Murad kelihatan ragu-ragu juga nak pergi pada awalnya. Dengan duit yang langsung tidak boleh dibuat modal untuk berpura-pura kaya Murad pergi jua. Setelah mengambilkira prinsip ‘lu ajak gua lu la payung’ Murad nekad. Sebelum pergi Murad prepare apa patut. Baik mental mahupun fizikal. Kuku Murad kasi potong. Muka kasi cleaning sikit pakai pencuci muka kawan-kawan. Mandi pun dah level-level orang pompuan. Memang lain macam Murad mandi itu hari. Siap menyanyi-nyanyi. Misai sama janggut Murad buang habis. Baru la nampak macam budak tingkatan empat..!! Dressing Murad runcit-runcit saja. Murad mana ada baju mahal-mahal lagi masa tu. Sekarang pun tak ada juga. Jadi Murad pekena baju jenama Levis brader beliau punya. Kaler putih dengan jeans murah-murah kaler biru. Pakai pulak Ray Ban kaler hitam beli dekat Temerloh. Murad melihat ke cermin untuk memastikan tahap penampilan beliau. Cilakak..!! Smart juga.

Sepanjang perjalanan ke lokasi dating iaitu Kuantan Murad tersengih-sengih berbalas SMS. Entah menda yang lucu sangat. Kalau tidur pun sopan saja pasal taknak rambut jadi bersepah. Murad naik bas saja pergi pasal Murad ni mana ada motor masa tu,kereta jauh sekali. Harap lesen saja B2,D. Sampai Terminal Makmur makwe tu belum sampai lagi. Murad berbalas SMS lagi. Makwe tu balas. Sekejap lagi ****** sampai. Via SMS. Itu jam debor Murad meningkat ke tahap tak tentu hala. Makwe-makwe Kuantan lalu lalang depan pun Murad jadi nervous tak tentu pasal.
Blind date pertama seumpamanya di dunia bagi Murad ni beb. Mau tak debor. Entah datang muka serupa penjenayah siapa tahu.

Bersambung…

Khamis, 12 Mac 2009

Gua ni tahun 1992 dah main masak-masak..!!

Sepanjang gua menjalani kehidupan di bumi Klang ni dah banyak kali gua menghadapi saat-saat sukar. Namun gua bersyukur. Gua tau itu semua hanya secebis dugaan dari Yang Maha Esa. Dengan keadaan kewangan yang kejap-kejap bengkrap, kejap-kejap bengkrap menyebabkan setiap hari minggu gua akan tersadai sahaja di rumah bermain game Box World dan menulis kadang-kadang. Ada duit pun gua tersadai juga. Apa gila gua nak bersiar-siar seorang diri? Kang kena cabul ke apa kang siapa yang nak bertanggungjawab..??

Ada satu hari cuti tu gua bangun awal. Sekitar pukul 11.30 pagi. Entah kenapa perut gua lapar betul. Dia punya lapar level nak berbuka puasa. Menyucuk-nyucuk. Gua jenguk ke dapur. Ada beras, bawang kecik, kentang dan bahan-bahan lain. Semua kategori tak boleh dibuat lauk. Gua bukak pintu belakang. Mana tahu orang rumah belakang nak payung nasik goreng ke briyani gam ke mana la tahu. Hampa. Gua start kereta menuju ke kedai berhampiran. Dengan penampilan gua yang tak enak dipandang gua masuk kedai. Melihat-lihat area sayur dan ikan-ikan. “Beli sayur bagus juga ni..”,gua berkira-kira dalam hati. Lapan minit kemudian gua keluar dari kedai dengan sebungkus air batu dan juga telur 5 biji. "Nanti lain minggu lah makan sayur…",kata gua lagi dalam hati sambil berlalu.

Dipendekkan cerita gua pun mula memasak. Starting gua masak nasik dulu. Sementara nak tunggu nasik masak gua mengadap kompiter dulu sambil kupas kentang sama bawang dan juga tembikai susu untuk dibuat dessert. Ah mana ada tembikai susunya. Gua tipu aje tu. Nasik dah masak elok gua goreng kentang pulak. Elok tak elok mana juga. Gua makan belah atas saja. Haha..!! Kentang tu pun satu, nak tunggu dia masak tu..peh..!! pepalih lama. Naik lenguh juga gua. Dia punya lama tu gua ingat kalau basuh baju cara manual dapat juga 4,5 helai termasuk boxer.

Usai saja gua siap masak semua menu sekali dengan air anggur gua pun mula menjamah satu persatu hasil masakan gua. Gua cubit nasik, ok walaupun tak sesolid emak gua masak. Gua try telur, ngam. Dia punya masin memang sedap-sedap dibibir kata orang. Gua try pulak kentang goreng. Senyap. Gua macam tak percaya. Gua ambik lagi satu. Rasa lagi.

Cilakak..!! rasa macam kentang kat KFC..!!

Rabu, 18 Februari 2009

Ini zaman dulu punya cerita # 8– Blues Untuk Razak.

Di awal kemasukan gua ke sekolah berasrama, gua kerapkali mengalami masalah mengantuk di dalam kelas yang melampau-lampau. Gua akan tidur di dalam kelas dengan kadar minimum 3 slot sehari. Itu minimum, tapi kadang datang dia punya tune, sampai membawa ke rubber set juga gua punya tidur. Sampai berjalur muka bila bangun. Ada cikgu pun gua bantai tidur, apatah lagi cikgu tak ada. Entah symptom apa yang gua alami masa tu gua pun tak tau. Tapi yang gua pasti bukan gua seorang mempunyai symptom begitu. Boleh dikatakan hampir separuh budak-budak kelas gua masa tu mengalami masalah yang sama. Baik lelaki mahupun perempuan sama sahaja.

Gua punya meja masa tu baris kedua tepi tingkap, dekat dengan suis kipas. Memang strategik kalau untuk tujuan usha makwe-makwe kelas sebelah dengan makwe-makwe tingkatan atas sikit lalu. Belakang gua semua makwe. Tapi lu tau je la baru tingkatan satu mana nak tip-top sangat budak-budak. Pakai bedak pun tak rata. Baju pulak jenis nak taruk nila pekat-pekat. Entah hapa tujuan gua taktau. Tapi kena yang comel, comel juga. Ikut hati memang gua nak ajak couple aje mana yang comel-comel tu. Nasib baik emak gua dah pesan datang sekolah belajar betul-betul. Jadi gua terpaksa tolak tepi cinta-cinta ni semua.

Depan gua ada dua kutu, Awie dengan Sazali ke apa tah nama budak sorang lagi tuh. Gua tak ingat pasal dia sekolah situ tingkatan satu je, naik tingkatan dua dah masuk matrik ke mrsm ke gua taktau. Awie ni walaupun badan dia dua kali saiz gua tapi dia tak tidur dalam kelas. Kalau tidur pun time ustazah tak ada. Mungkin sebab dia tak duduk asrama. Jadi dia terselamat dari mengalami masalah seperti gua. Gua ingat dia lepas tengok berita terus mak dia suruh tidur. Takpun lepas Isyak terus tidur. Gua ni prep aje dah sampai pukul 11. Nak minum malam lagi, nak sembang-sembang lagi. Nasib baik gua jenis pergi sekolah tak gosok baju. Takdela gua nak kena menunggu turn gosok baju macam kanak-kanak sebaya gua lain.Itu pun kadang ada senior suruh gosok baju diorang. Apa bangang tah gosok baju sendiri pun suruh orang. Pastu gua gosok lebih kurang lagi mau complaint. Pundek betul.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu gua punya mengantuk memang menjadi-jadi. Lepas satu slot, satu slot. Kejap tidur, kejap bangun. Tak hilang-hilang juga dia punya mengantuk. Nasib baik Awie bagi perlindungan yang baik kepada gua. Tenang je gua tidur belakang Awie.

Kring….!!Kring…!!

Loceng rehat berbunyi. Itu jam gua punya mengantuk hilang secara automatik. Gua tak tau kenapa. Gua syak gua memang ada chemistry dengan loceng rehat. Kat kantin gua makan secukupnya pasal pada pendapat gua perut yang kenyang menjana tenaga yang mencukupi untuk gua belajar.

Lepas rehat pembelajaran berjalan seperti biasa. Tepat jam 10.45 masuk satu cikgu. Razak nama dia. Dia ni pepalih garang. Lu bercakap time dia bercakap pun dah kira hebat. Sebagai budak tingkatan satu, gua gerun juga dengan dia ni. Disebabkan gua gerun, jadi gua fokus dengan sesi pembelajaran dia. Fokus punya fokus, tiba-tiba..

Pelepowww..!!!

Semua mata memandang gua. Pipi gua pedih. Muka gua rasa tebal semacam. Kepala gua berdengung. Mata gua berpinau. Songkok gua senget. Memang tak smart langsung.

“Biadap punya budak!!Memang base degil ni! Saya cukup pantang ada murid tidur bila saya mengajar!”,Razak.

Membawak ke balik gua malu nak pandang belakang.

NotauntukRazak: hek eleh..!! gua terlelap sekejap pun mau kira ka? Gampit..!!!

***

TAG CINTA

Barangkali ni la tag tahun lepas pertama gua jawab untuk season 2009 ni.Tag pasal cinta ni beb. Soalan semua stok segan je gua nak jawab. Ini semua lu punya pasal la orensangkuit!

1. Berapa Kali Anda Benar Benar Jatuh Cinta? Dan Siapa Paling Meninggalkan Kesan Dalam Hati Anda?
Banyak kali sangat beb! Senang kira macam nil ah, asal nampak solid je dimata gua kompom gua jatuh cinta. Linda Hashim dan Siti Syarifah Mohd Jani untuk soalan kedua.gua taktau kenapa.

2. Siapa Dan Berapa Lama?

Siti Syarifah Mohd Jani. Dari tingkatan 3 sampai 2004. Gua nak kabor sayang sangat tu tak juga. Cumanya antara yang gua kenal, perempuan ni je la yang akan gua balas Sms dia hatta gua tengah makan nasik.

3. Kenangan Paling Manis/Romantik Anda Dengan Mereka? Kenapa?

Entah hapa yang manis sangat tentang percintaan-percintaan gua. tapi setiap kali gua keluor ngan makwe pun manis beb. Dia punya manis kadang sampai susah gua nak tidur malam.

4. Kenangan Duka Anda Dengan Mereka? Kenapa?

Duka? Takda kot. Takat kelahi sikit-sikit tu tak masuk kategori duka lagi gua rasa..

5. Perkara Terbaik Yang Anda Pernah Lakukan Pada Mereka?
Entahlah. Tapi seingat gua, gua memang buat yang terbaik aje untuk diorang. Peh…kelas juga jawapan gua ni kadang-kadang.

6. Perkara Tak Elok Anda Pernah Lakukan Pada Mereka?

Ada satu awek tu, Ayu(nama sebenar)nama dia, gua tinggal mcm tu je. Memang tak steady langsung. Naya ke budak tuh. Gua ingat lu tanya Perkara Tak Elok Anda Pernah Lakukan ‘Bersama’ Mereka tadi. Cuak juga nak jawab..

7. Jika Di Beri Pilihan Dari Kisah Cinta Anda, Siapa Yang Anda Inginkan?

Saya dah tak mengharapkan siapa-siapa. Saya cuma serahkan pada takdir.

8) Anda Berjaya Mendapatkan Beliau?

Honestly, gua ada juga try ayat balik sepam, tapi macam berat ke failed je. Gua give up on the spot. Malas gua nak ayat lebih-lebih..

9. Jika Dia Berada Di Hadapan Mata Anda Sekarang, Apakah Yang Anda Ingin Katakan?

“take off your clothes”. haha!

10. Bilakah Kali Terakhir Anda Menangis Kerana Cinta?

Gua tak pernah. Buat orang menangis pernah.

Quote: “sakit akibat putus cinta tu ibarat kena lepuk atas dahi je. Lu nak kena lepuk?”, -poyotito’s pytt Abdullah-.

Ahad, 11 Januari 2009

kembali ke jalan yang lurus

gua betul haram taktau nak taip apa sekarang. dah seminggu lebih gua lepak kat klang ni baru hari ni gua jumpa sumber internet. gua pelik pasal kat sini kedai snooker lagi banyak dari kedai internet. cilakak!
ok. untuk pengetahuan lu, gua sekarang sedang menjalani ibadah praktikal di sebuah kilang boiler kat kapar. mula2 gua ingat diorang nak payung meja sekali dengan pc berinternet. tapi haram.. gua terpaksa melepak di merata2 port sementara menunggu pukul 6 petang.pastu lagi,hari-hari diorang suruh gua buat kerja bukan2. penyudah dia sekejap2 gua hilang, dah nak masuk time rehat baru gua bekerja keras sampai berpeluh sikit2.. baru la orang ingat gua kerja betul2...

ah gua nak balik lah. esok gua nak kena berlakon rajin lagi.
***

nota: link lu orang semua gua ter'remove' itu hari. entah apa yang gua nak buat itu hari gua pun lupa.nanti ada internet free ke apa ke gua taruk balik. harap maklum.