Ahad, 22 Mac 2009

Di dada ini penuh dengan parut luka yang kau tinggalkan sebagai kenangan # - Murad Costigan Jr. Bahagian satu.

Suatu masa,sekitar penghujung musim 2003-2004 dulu, Murad ada berkenalan dengan satu makwe. Bibit perkenalan tercetus bila mana makwe tu SMS Murad. Diulangi, makwe tu SMS Murad. Mula-mula Murad tak layan juga pasal Murad ni start pakai talipon sampai sekarang memang tak kacip sangat dengan topup. Makwe tu SMS lagi. Penyudah dia Murad balas juga la bila dah ada kredit. Tak boleh jadi ni. Kata Murad la. Pada asasnya Murad memang pepalih malas nak layan pasal makwe tu punya jenama talian Maxis, Murad pulak berpegang pada Celcom. Peh..itu dah kira bertentang dengan hukum SMS tu pada perkiraan Murad. Ah bukan langsung Celcom. Murad pakai TmTouch masa tu beb. Ah pelupa rupanya Murad ni. Kena pulak zaman-zaman tu duit banyak habis ke beli rokok saja jadi memang sekali dapat topup nak kena berjimat-cermat. Tapi makwe punya pasal Murad layankan juga setelah makwe tersebut sudi menukar jenama talian talipon menjadi sama macam Murad juga. Makwe tu Murad haram taktau rupabentuk,asal usul, serta latarbelakang rekod jenayah beliau. Entah mana datangnya Murad hairan. Dia kabor dapat nombor talipon Murad dari kawan dia. Pada Murad itu memang ayat standard. Sampai ke sudah Murad taktau siapa kawan budak tu.

Mula-mula Murad bercadang nak berkawan runcit-runcit saja. Murad pun tak feel mana nak mengayat pasal khuatir akan latarbelakang serta identiti pihak lawan. “Kang kena budak-budak nak pekena gua tak ke haru..?”,Murad meneka sendiri.
Dalam pada tak feel tu pagi petang siang malam juga Murad berbalas SMS. Kredit takde Murad senyap. Bertitik tolak dengan SMS, dia dah jadi nak dengor suara pula. Bila takde kredit makwe tu talipon Murad. Bila ada kredit makwe tu juga talipon Murad. Murad sengih-sengih saja jawab talipon. Murad..Murad…
Bila dah berhubung secara dengar suara ni barulah Murad rasa ada keikhlasan dari dalam diri makwe tu. Cey..!! Suara pun boleh tahan manja juga kata Murad. Murad pun automatik jadi lemah-lembut saja suara. Bersembang pun senyap-senyap kalau boleh tak nak orang dengar. “Apa gila nak bagi ayat manis-manis cakap kuat-kuat?”, Kata Murad dengan penuh keyakinan.

Hari-hari yang Murad lalui lepas pada tu menjadi lain macam dari biasa. Serupa orang baru bercinta. Sebijik macam dalam TV. Ralit juga Murad melayan budak perempuan tu. Sampai ke makwe sendiri pun Murad lupa. Sampai ada satu kes makwe kegemaran Murad mengamuk-mengamuk pasal Murad terlupa nak wish birthday dia. Lu tau saja la orang perempuan.. Berdebor juga Murad menjawab call dia malam tu. Nasib baik Murad steady. Lama kelamaan berkawan dah jadi berat ke bercinta. Berborak pun dah bunyi macam berbaur tak senonoh saja. Kesudahan dia makwe tu ajak Murad dating. Murad tanpa bertanya perdapat ibubapa dulu terus setuju. Hilang akal ke apa nak keluor dengan makwe tanya persetujuan dulu..??

Hari yang dijanjikan pun tiba. Murad kelihatan ragu-ragu juga nak pergi pada awalnya. Dengan duit yang langsung tidak boleh dibuat modal untuk berpura-pura kaya Murad pergi jua. Setelah mengambilkira prinsip ‘lu ajak gua lu la payung’ Murad nekad. Sebelum pergi Murad prepare apa patut. Baik mental mahupun fizikal. Kuku Murad kasi potong. Muka kasi cleaning sikit pakai pencuci muka kawan-kawan. Mandi pun dah level-level orang pompuan. Memang lain macam Murad mandi itu hari. Siap menyanyi-nyanyi. Misai sama janggut Murad buang habis. Baru la nampak macam budak tingkatan empat..!! Dressing Murad runcit-runcit saja. Murad mana ada baju mahal-mahal lagi masa tu. Sekarang pun tak ada juga. Jadi Murad pekena baju jenama Levis brader beliau punya. Kaler putih dengan jeans murah-murah kaler biru. Pakai pulak Ray Ban kaler hitam beli dekat Temerloh. Murad melihat ke cermin untuk memastikan tahap penampilan beliau. Cilakak..!! Smart juga.

Sepanjang perjalanan ke lokasi dating iaitu Kuantan Murad tersengih-sengih berbalas SMS. Entah menda yang lucu sangat. Kalau tidur pun sopan saja pasal taknak rambut jadi bersepah. Murad naik bas saja pergi pasal Murad ni mana ada motor masa tu,kereta jauh sekali. Harap lesen saja B2,D. Sampai Terminal Makmur makwe tu belum sampai lagi. Murad berbalas SMS lagi. Makwe tu balas. Sekejap lagi ****** sampai. Via SMS. Itu jam debor Murad meningkat ke tahap tak tentu hala. Makwe-makwe Kuantan lalu lalang depan pun Murad jadi nervous tak tentu pasal.
Blind date pertama seumpamanya di dunia bagi Murad ni beb. Mau tak debor. Entah datang muka serupa penjenayah siapa tahu.

Bersambung…

30 comments:

This is Mine berkata... [Reply]

aaaa....

ala...cite bersambung ke??

nie la yg keh maleh nk baca crita2 bersambung nie~ x tentu arah dh jadinye... huhu~

HazirahMahadzir berkata... [Reply]

sambung cecepat sket eh!
nnt bulih gua up karangan ni utk paper BM gua time final nnt!
xD

~Cinta Cukulet~ berkata... [Reply]

hishh..saspen..saspen..sapa la awek tu yek

olin berkata... [Reply]

cte tahap siri2..mcm novel dlm magazine plak..hihi~~

nana berkata... [Reply]

ape ni?!! mrh ni.. mrh ni..

Darab Dua berkata... [Reply]

cilakak! tak in benar gua pesen nk menyambung nih!
cpat wehh!

one love berkata... [Reply]

hehehe blind date! memang menyeramkan :)

Dzulkarnain Mohamad berkata... [Reply]

misti meremang tengkuk murad..
kecewakah murad?..
adakah murad melarikan diri?..
adakah murad sebenarnya adalah penulis blog ini..?

cujen berkata... [Reply]

peh, pesal gua pun berdebo nak tunggu sambungan nie....

mrblind berkata... [Reply]

haram j..main sambung-sambung.ni tahun bila baru nak update ni..

miSz.haNie berkata... [Reply]

part ade sambungan ni yg maleh ni..
mkn tahun tuan blog ni nk up..
hahahah~~

susudalambotol berkata... [Reply]

ko pun dah ada telenovela gak? hehe.

chenta berkata... [Reply]

hampeh tul..gua punya dah sengih2 sorang2 baca crita tup tup bersambung!

tapi menghadap blind date memang cuakk+thrill,gua tau..

man_helang berkata... [Reply]

lu pon suke2 nak besambung gak ke...

biskutrajin berkata... [Reply]

pekataan 'besambung' 2 membuatkn ak panas.tgah bes2 bce neh..

Don Balon berkata... [Reply]

bikin gué penasaran sich..

gadiskecil berkata... [Reply]

eh..ceita ni mcm life akulah..huhu

Fadh berkata... [Reply]

Cilakak...bersambung plak...lu mmg bikin gua pana beb...baik lu sambung cepat2...klau x gua amuk satu jengka...

manje berkata... [Reply]

sambung la cpt... ni da mcm antiklimak nih huhu

cikin berkata... [Reply]

cesss.. baru je nak debor dah bersambung pulak.

kecik berkata... [Reply]

cakap je la ni lu.haha

@t00neY r00neY® berkata... [Reply]

murad²...
lasat la penangan sms nih...

[ l i m a c ] berkata... [Reply]

waaaa..
sila sambung cepat..bedebor!

Ahmad Azrin Aziz berkata... [Reply]

murad murad..

af [ R ] ed berkata... [Reply]

ni mesti part murad kene tipu ngn member sendri. kan kan...macam penah ku alami pengalaman ini. haha

tasikmerah berkata... [Reply]

cilakak. bersambung pulakkkkkk......




.

Gee berkata... [Reply]

ooooooo kalu ceta bab ne...mang konpem c murad jln kaki pulang...cos ...





errr....bersmbung

LediAgli berkata... [Reply]

tensen aku.. cepat la sabong

poyotito's berkata... [Reply]

sabor beb.

masa mencemburui gua ni.
serius.

nuyuljana berkata... [Reply]

nak tangkap dia punya sun,

aku baca dari bahagian satu.

hehe.