Khamis, 12 Mac 2009

Gua ni tahun 1992 dah main masak-masak..!!

Sepanjang gua menjalani kehidupan di bumi Klang ni dah banyak kali gua menghadapi saat-saat sukar. Namun gua bersyukur. Gua tau itu semua hanya secebis dugaan dari Yang Maha Esa. Dengan keadaan kewangan yang kejap-kejap bengkrap, kejap-kejap bengkrap menyebabkan setiap hari minggu gua akan tersadai sahaja di rumah bermain game Box World dan menulis kadang-kadang. Ada duit pun gua tersadai juga. Apa gila gua nak bersiar-siar seorang diri? Kang kena cabul ke apa kang siapa yang nak bertanggungjawab..??

Ada satu hari cuti tu gua bangun awal. Sekitar pukul 11.30 pagi. Entah kenapa perut gua lapar betul. Dia punya lapar level nak berbuka puasa. Menyucuk-nyucuk. Gua jenguk ke dapur. Ada beras, bawang kecik, kentang dan bahan-bahan lain. Semua kategori tak boleh dibuat lauk. Gua bukak pintu belakang. Mana tahu orang rumah belakang nak payung nasik goreng ke briyani gam ke mana la tahu. Hampa. Gua start kereta menuju ke kedai berhampiran. Dengan penampilan gua yang tak enak dipandang gua masuk kedai. Melihat-lihat area sayur dan ikan-ikan. “Beli sayur bagus juga ni..”,gua berkira-kira dalam hati. Lapan minit kemudian gua keluar dari kedai dengan sebungkus air batu dan juga telur 5 biji. "Nanti lain minggu lah makan sayur…",kata gua lagi dalam hati sambil berlalu.

Dipendekkan cerita gua pun mula memasak. Starting gua masak nasik dulu. Sementara nak tunggu nasik masak gua mengadap kompiter dulu sambil kupas kentang sama bawang dan juga tembikai susu untuk dibuat dessert. Ah mana ada tembikai susunya. Gua tipu aje tu. Nasik dah masak elok gua goreng kentang pulak. Elok tak elok mana juga. Gua makan belah atas saja. Haha..!! Kentang tu pun satu, nak tunggu dia masak tu..peh..!! pepalih lama. Naik lenguh juga gua. Dia punya lama tu gua ingat kalau basuh baju cara manual dapat juga 4,5 helai termasuk boxer.

Usai saja gua siap masak semua menu sekali dengan air anggur gua pun mula menjamah satu persatu hasil masakan gua. Gua cubit nasik, ok walaupun tak sesolid emak gua masak. Gua try telur, ngam. Dia punya masin memang sedap-sedap dibibir kata orang. Gua try pulak kentang goreng. Senyap. Gua macam tak percaya. Gua ambik lagi satu. Rasa lagi.

Cilakak..!! rasa macam kentang kat KFC..!!

19 comments:

~Cinta Cukulet~ berkata... [Reply]

perghh dasyat tu...goreng kentsng rasa KFC..mak mentua tengok ni mesti meleleh air mata dgn air hingus

HazirahMahadzir berkata... [Reply]

tkde..gua pengsan bangun balik pun gua tk caye!

amacam??
kecik hati tk dgr statement gua??
lalalalalala~~
xD

kecik berkata... [Reply]

kentang kfc???

gua syak lu patut berguru dengan bangla2 kat meru tu,baru tambah sedap!

Dani Izwan zainol berkata... [Reply]

hahahaha..memang la oi!

Suka Bebel berkata... [Reply]

ye lah sangat rasa kentang kfc.tutup kedai la kfc pas ni.haha...bab bukak pintu tunggu jiran anta makanan tu aku biasa buat zaman blaja dulu dalam bulan posa.haha

cujen berkata... [Reply]

pembohongan terbesar abad ini...hohoho

mustno berkata... [Reply]

kentang kfc semalam nih..digoreng balik bersama kentang yang di kupas sendiri tu pasal la rsa kfc..
ahahaha

Ahmad Azrin Aziz berkata... [Reply]

:)

cikin berkata... [Reply]

kentang tu kalau lu celup dengan kuah sardin cap ayam, buleh rasa macam ayam kfc taw. hahaha.

Rajuna berkata... [Reply]

kentang kfc?
banyak msg.

ceh.

S.YanaZ berkata... [Reply]

Wehhh...mana duit bguni yg lu janjikannnn beb!

Cet.

Don Balon berkata... [Reply]

heh?
wat mender pulok di klang tu pollito?
Doh aok bukan warga DHL (daerah Hulu Langat) doh la?
malas kawan la gini.. kuikui

broken_nigina berkata... [Reply]

tumpang tanya..
kentang wedges tu ke kentang fries?

tasikmerah berkata... [Reply]

kalau lu menuntut ilmu tahap tinggi sikit lagi, kentang yg lu goreng tu bulih rasa ayam kepsi wo!

ha ha.


.

@t00neY r00neY® berkata... [Reply]

serius...
lu wat gua lapo

man_helang berkata... [Reply]

lu kalau nak membohong pun ingat2 la bro...gua selalu mkn kentang takdok pun rasa kfc...

BudAk hijAu berkata... [Reply]

awal ke 1130pg bang oi...???

LediAgli berkata... [Reply]

kau biar betul... samting rong dengan lidah kau ni

nuyuljana berkata... [Reply]

ahahahaha.

nice entry.