Ahad, 29 Mac 2009

Ini zaman dulu punya cerita # 10 - Main Bola

2001.

Masa ini gua baru berumur belasan tahun lagi tak salah gua. Gua bersekolah asrama lagi masa tu. Walaupun gua masih belasan tahun tapi gua dengan bola sepak dah masuk kategori kacip. Entah macam mana ada satu petang tu asmara junior jadi huru hara. Gua yang baru balik fardhu ain pun turut sama terbabit jadi huru hara juga.

Apa cerita woi
..??

Petang ni Pak Ya buat selection bola dekat padang belakang bandor baru”, jawab satu kutu tingkatan dua. Siapa nak wakil sekolah pergi la.

Mendengar saja berita yang sebegitu rupa. Gua jadi auto semangat. Semangat Ronaldo dan Azman Adnan bersilih ganti meresap ke dalam jiwa gua.

“ ini hari dunia akan tahu siapa Ronaldo yang sebenarnya..!!”, kata gua sambil menyepak batu di tepi jalan. Memang stylo habis.

Sampai sahaja, gua terus memilih untuk beraksi di posisi midfield. Sesuai dengan rupa dan skill gua yang persis err.. kaka.

Ok lah. Dipendekkan cerita. Gua terpilih untuk mewakili sekolah. Tersengih-sengih balik jalan kaki menuju ke asrama. Sedih juga gua tengok muka kutu-kutu yang tak dapat. Ah tu la lu kuat sangat belajar Matematik.

Disebabkan hari perlawanan dah dekat jadi Pak Ya membuat keputusan untuk menggandakan training menjadi dua sessi. Pagi dan petang. Dia punya training memang tak senonoh. Cemas-cemas pitam gua dikerjakan. Bola tak dapat juga.
Training punya training, hari kejohanan pun tiba. Gua haram tak berdebor masa ni. Dengan jersi sekolah bagi, kasut but bola pinjam kawan punya, kata azimat makwe gua semat dalam hati, gua masuk padang. Gua rasa macam semua orang tengok gua. Itu jam gua terdengar tuduhan-tuduhan rambang orang menuduh gua pemain import dari Italy. Agak-agak la.

Di awal perlawanan permainan agak seimbang. Kedua –dua pasukan saling berbalas serangan. Suara penonton (makwe) membangkitkan semangat Ronaldo gua. Itu jam gua main memang tak ingat dunia. Tak lama selepas itu jaringan demi jaringan dihasilkan. Baru je gol sebijik, dah tambah lagi. Memang solid habis pasukan. Dengan badan sekor-sekor macam setan size, lari macam Usain Bolt, taktikal yang menjadi-jadi, memang mudah je menjaringkan gol.

Pritt..!!!Pritt..!!

Perlawanan tamat. Kesudahannya dia 12 gol berjaya dijaringkan. Satu dari pasukan gua dan sebelas dari pasukan lawan.

Komen para pemain.

“Ah ni semua makwe tu la punya pasal. Gua tengah sedap bawak bola duk jerit-jerit nama gua apahal..??”
,Hasbullah. (Striker)

“ budak-budak diorang ini antara dua je aku ingat ni. Kalau tak dadah, pukau.”, Hafizuddin. (Sayap kiri)

“Cilakak..!! training sampai hitam-hitam muka. Kalu gua tau baik gua duduk dalam kelas belajar Nahu.”
, Gua.

Tahun-tahun selepas itu perkataan bola sepak dan wakil sekolah tidak lagi meniti dibibir gua.

23 comments:

padelkopak berkata... [Reply]

sukan bola sepak dan subjek nahu adalah dua cabang yang berbeza. namun, untuk menguasai kedua-duanya memerlukan tahap kesabaran dan pengorbanan yang sangat tinggi. itulah persamaannya. persis.

~lu ni boleh main ke idak ni?

~Cinta Cukulet~ berkata... [Reply]

betullah,baik ko gi belajar nahu..ada gak pekdahnya huhu

Darkk berkata... [Reply]

gua kecewa dengan makwe itu.

mulai skang, makwe dilarang masuk ke stadium bola.

@t00neY r00neY® berkata... [Reply]

ceh..
kire hebat satu gol..
tp mesti bukan lu yg score...
hihi

HazirahMahadzir berkata... [Reply]

"Itu jam gua terdengar tuduhan-tuduhan rambang orang menuduh gua pemain import dari Italy"

jap

gua nk pengsan


T__T


italy celah mana wehh??
ahahah

kecik berkata... [Reply]

Sampai sahaja, gua terus memilih untuk beraksi di posisi midfield. Sesuai dengan rupa dan skill gua yang persis err.. kaka.


azie,yang ni lagi tak boleh blah!!

sampai je gua kat part ni, gua terus pergi ke bahagian komen. gua tak mau baca lagi dah.muahahha

Fadh berkata... [Reply]

gua rasa kalau lu xmain gerenti menang sekolah lu ha ha ha

cujen berkata... [Reply]

“ ini hari dunia akan tahu siapa Ronaldo yang sebenarnya..!!”, kata gua sambil menyepak batu di tepi jalan. Memang stylo habis.

peh, kalau gua tgk lu masa tu konpem gua jatuh cinta..gua mmg suka pakwe yg stylo2 nie

mrblind berkata... [Reply]

peh..ronaldo, kaka..habis lu sebut..hahahhaa..gua pun ada kena jugak..tapi takde lah sampai sedozen.

nana berkata... [Reply]

gua tak dulik! gua nak dgr cite makwe blind date lu tu jugak! gua tanak football!!!!

liversoul berkata... [Reply]

lu main pakai seluar pendek ke bro?
tu pasal le kena titik 11-1...
ehehhehe

tasikmerah berkata... [Reply]

pesen lemah semangat yg gua tak gemor nih...


he he.


.

Don Balon berkata... [Reply]

aok lawan skoloh koi ke tu? SMJP ruless!! kaka

Umie berkata... [Reply]

aku setuju la ngan Nadh...kalau ko x main kompem pasukan ko bole menang... hohoho

cikin berkata... [Reply]

hoh 1-11?! lu main bola ke badminton ni? hahahhaa

chenta berkata... [Reply]

wakakakakakkaka...lawok2..tapi mana part 2 citer sebelum ni!!???

poyotito's berkata... [Reply]

rata-rata semua kondem gua.




cilakak..!!

PINATBATE berkata... [Reply]

lawak..lawak..
tersengih tahap kerang menang loteri makpinat depan laptop ni..

Robert berkata... [Reply]

1st time sampai blog nie..
sial kelakar abes..

*tagged*

anzai san berkata... [Reply]

haha...

poyotito idola ku!

alif-mikail berkata... [Reply]

ahaha..

training ke hapa..

poyotito's berkata... [Reply]

gua bukan terer pun weh..!!

haha.

fndrocka berkata... [Reply]

gampang lawak siut cerita ni.tp zaman tu mana ada kaka lg.