Rabu, 8 April 2009

Di dada ini penuh dengan parut luka yang kau tinggalkan sebagai kenangan # - Murad Costigan Jr. Bahagian Dua.

Tengah kucar-kacir Murad melayan debor, tiba-tiba saja Murad mendapat satu panggilan telefon. Murad menjeling skrin telefon dengan kadar debaran yang semakin melebihi paras terkawal. Dengan jelas tertera nama ‘Makwe’ di skrin. Laju saja Murad tekan butang ‘answer’.

“Awak ada kat belah mana..? Saya dah sampai ni..”

“Kat sini. Dekat kedai orang jual keychain ke apa entah ni”, jawab Murad lemah lembut.

“Camna saya nak tau awak yang mana..?”

“Ye tak ye juga. Baju putih jeans biru. Kurus tapi tegap.” Lancar saja Murad menyusun ayat. Macam cilakak..!!

“Hik..!!Hik..!! OK. Awak tunggu situ ye.”

Peh..!! itu jam debor Murad meningkat ke tahap kritikal habis. Berpeluh tapak tangan.
Tak tentu arah betul Murad masa tu. Dah serupa budak hisap ganja nak kena ‘urine test’. Tak sampai 5 minit Murad dapat lihat seorang Makwe menuju ke arah beliau dengan gaya jalan yang sebijik macam err.. pompuan. Seluar jeans, baju pesen labuh kaler putih, dan paling memikat hati Murad, bertudung. Sejuk saja mata memandang. Pakai sopan, aurat tutup, muka manis-manis buah. Dia ni dah gua rasa ni. Murad meneka sendiri dengan sedikit harapan.

Makin lama makwe tu makin dekat. Murad buat-buat rilek sambil menyamar taip mesej. Sekali Murad tengok balik makwe tu dah betul-betul depan Murad.

“ ’Abang’ Murad..?”

Murad menarik nafas panjang-panjang.

“Hmm..”,Murad angguk kepala sambil menghadiahkan senyuman yang paling madu.

“Berjumpa jugak kita”, balas makwe sambil menghadiahkan senyuman yang lagi madu dari senyuman Murad.

Murad hilang bicara. Hati berbunga-bunga. Kondisi hati Murad berada pada satu keadaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Kadar ‘debor’ menurun secara drastik. Dia dah jadi berat ke nak bersyukur.

“Lama dah ke sampai..?Maaf la buat awak menunggu.”

“Takpe je..Bukan lama sangat pun”, jawab Murad sambil merenung tepat mata makwe. Hek eleh kalu dengan makwe lambat seminggu pun takpe lu ni Murad..!!

“So, kita nak ke mana ni..?”

“err..bagitau awak nak ke mana. Saya bawak.”, jawab Murad konfiden padahal beliau bukan tahu jalan sangat. Harap nak ke Telok Chempedak sama Pantai Sepat saja yang paling solid di ingatan Murad masa tu.

Setelah bersembang lebih kurang, Murad mengambil keputusan untuk berdating di Telok Cempedak kerana pada perkiraan Murad dekat situ adalah ‘port’ paling solid untuk ‘leving kapel’ macam beliau dengan Makwe beliau berbual-bual. Takda modal nak bersembang kang boleh juga buat-buat termenung tengok laut.

“Jom lah..!! Motor saya ada kat sana..”, makwe mengajak.

Tanpa berlengah Murad terus berjalan seiringan dengan makwe menuju ke motor tanpa menoleh lagi. Meninggalkan Terminal Makmur dengan hati yang masih berbunga-bunga.

Sepanjang perjalanan menuju ke Telok Chempedak, Murad memandu pada kelajuan sederhana saja pasal bawak makwe. Bahaya katanya. Lagipun Murad memandu skuter jenama VS125 ke menda entah masa tu, corner lebih-lebih kang habis sangkut cover set.

Sampai saja Murad terus parking motor cantik-cantik. Taruk helmet baik-baik. Murad sisir balik rambut yang bersepai dek kerana helmet tadi pakai tangan. Mana mungkin Murad bersiar-siar bawak sikat. Duit pun tak bawak, inikan sikat. Setelah yakin dengan tahap penampilan beliau, Murad memandang muka si makwe, Murad kasi nyala rokok satu batang.

“Jom..!!”, kata Murad sambil menghulurkan tangan.

Makwe usha Murad atas bawah.

bersambung.

***

Nota: Gantinama perbualan untuk Murad dan makwe telah diubahsuai ikut sedap penulis bagi mengelakkan kata-kata hinaan selain menjaga kredibiliti watak.

33 comments:

k.e.r.i. berkata... [Reply]

tengok atas bawah sebab hisap rokok kah?
atau sebab hulur tangan kah?

Robert berkata... [Reply]

Kurus tapi tegap.
selamber!

bokbon berkata... [Reply]

makwe tengok atas bawah, dia ada jilat bibir tak?

gila bahaya, hahaha!

mieraaj berkata... [Reply]

haha kurus tapi tegap~
sambung cepat..sambung cepat!!!huhu

kecik berkata... [Reply]

poyotito oi,
gua nak kabor,

LU TERUS TERANG JE LA NI LU. JANGAN HIDUP DALAM PENAFIAN LAGI.

paham?

This is Mine berkata... [Reply]

aih....
keh bru nk lyn peasaan pasal Murad...
aok potong-tang-corner lak...

cepat2!!!

cepat sambung!!!

;P

~Cinta Cukulet~ berkata... [Reply]

uikss kenapa pandang atas bawah..debor ni debor..cepat sambung huhuhu

makwe berkata... [Reply]

ni aku lemah crite bersiri nih!
buat filem style bleh tak???
cpat sambungggggg

mrblind berkata... [Reply]

peh..murad..1st time pun dah nak pegang tangan..

alif-mikail berkata... [Reply]

peh! koi syak ni mesti poyotitos ni.. ahhaha

Darab Dua berkata... [Reply]

peh! baru jumpa 2 minit dh nk pegang tgn bagai! gua rotan juga murad ni!
hahaha

miSz.haNie berkata... [Reply]

tu hulur tgn yg ade rokok ke ape tuh..
DD..rotan jek bdk nih..
gatai dier nih..
hahahahaha

HazirahMahadzir berkata... [Reply]

lebih molek kiranya nama Murad itu diganti dengan Poyotito..baru tambah feel bak kata org putih2 nun..ngahaha~~

gua tampor jugak lu ni..bersambung je keje lu..dush2!

BudAk hijAu berkata... [Reply]

ala...bersambung pulak...cis!!

kes benar ke nie...? :D

Don Balon berkata... [Reply]

Ujung minggu depan sampei Jengka 19 koi turun bagi siku satu kali..
kalau aok takdok drumoh koi letok landmine bowoh pokok nyor depan rumoh aok..
menyaspense ke keje...

Fadh berkata... [Reply]

Don, koi wakil ke aok jek laa nyekeh kepala bdk separa normal nie. bagi 3-4 das ckup laa...lbih2 kang memor plak anak org...

Don Balon berkata... [Reply]

Tapi koi risa jugek nok menyiku budok poyotito ni..
kurus tapi tegap..
jawaknye nyinggoh ke tulang je la siku koi..
adoi...

Ahmad Azrin Aziz berkata... [Reply]

murad murad..

balqissy berkata... [Reply]

ahaha...cit ni feel bace :)
nway, salam.jemput singgah to my blog :P

Suka Bebel berkata... [Reply]

Cis!potong betul, aku baru rajin membaca di kala kesunyian melanda ni ko kasi sambung plak dah.huhu

@t00neY r00neY® berkata... [Reply]

pergh..berani betul makwe tuh dan percayakan murad...kalau gua mampos naik bas...

"Makwe menuju ke arah beliau dengan gaya jalan yang sebijik macam err.. pompuan."..jln macam err tuh...ape kah die pond?

Umie berkata... [Reply]

ehh atune, kalau pond apsal nak pakai tudung pulak...owh jap, aku rasa dia insaf kot..wakakaka

aku tensen sbnrnye nak follow drama2 bersiri nih... wei, kasi sambung arr... bikin putus urat debar aku je...huhuhu

cikin berkata... [Reply]

adoi laa.. bersambung lagi. raya taun bila nk abis ni? hahaha.

manje berkata... [Reply]

sambung lagi adeeiii... apa perkara berbangkit atau kejutan antara murad ngan awek tu?

tokmum berkata... [Reply]

ceah..nate murad gilo seks nih!!

wakakaka

Dzulkarnain Mohamad berkata... [Reply]

sampai dah nak masuk siri 3..
mahathir pun tak pernah buat perangai tulis n3 bersambung macam ni..

.farah. berkata... [Reply]

entah2 pelakon sebenar watak dlm citer ni adalah lu..aha..lu xah temberang la weii..ekekeke..

poyotito's berkata... [Reply]

ah kuat sangat buat serangan peribadi puak ni.
goyang pula gua nak jawab. Lu jangan bising-bising sangat beb. nanti masyarakat tahu.

siap ada nak siku gua tu yang gua debor.

gua nak pesan satu jer, lu jangan main-main sama Murad..!!

hahah

gua tak sempat reply komen woi..!!

orensangkuit berkata... [Reply]

saje je kan nak sambung2
wat depresss jer nunggu

Don Balon berkata... [Reply]

ha..jawak pun..
koi balik Gelangi malanc ni..
aok tunggu je la depan rumoh..kuikui

nana berkata... [Reply]

ahhhhh sambong lagi! lu betul la yob!

olin berkata... [Reply]

alaaa...sambung la pulak~

nuyuljana berkata... [Reply]

makwe pakai skuter vs125r?

mesti hot kan?

:D