Jumaat, 15 Mei 2009

Bapak gua memang tip top orangnya..!!

Ini hari adalah hari ke sembilan gua menjalani gaya hidup enjoy secara berterusan setelah gua tamat perkhidmatan sebagai pelajar. Dan sekarang gua berada di sebuah apartment terpencil di daerah Pasir Gudang. Secara teorinya, memang sedap juga melepak kat sini. Rumah sejuk, kipas laju, air paip pun kuat dia punya tekanan. Berbeza betul rumah yang gua sewa dekat Meru tempoh hari. Pepalih panas. Jenis time tengah hari memang tak boleh nak dibuat melepak. Kalau tidur lagi la, bangun-bangun dah serupa baru balik menoreh. Dia punya peluh yang keluar lagi banyak dari time gua kerja.

Itu belum kira risiko serangan makhluk halus lagi. Membawak daripada kategori makhluk halus pandai terbang sampai ke kategori makhluk halus bangang. Jenis air masak pun nak ceroboh. Air sirap tak apa la juga. Palat punya semut. Nyamuk pula bermaharajalela di segenap ruang. Tapi paling king dalam bilik air. Sampai kadang gua nak mandi pun boleh jadi bimbang.

Ok lah. Tak ada gunanya gua bercerita pasal rumah sewa di Meru itu.
Jadi kesimpulannya, walaupun gua baru saja sampai, gua dah sedap melepak kat sini.Makwe kedai makan tu pun dah tau nama gua. Tapi apahal baru dua hari gua menginap bapak gua dah talipon suruh balik..??

Kalau nak ajak tengok konsert Search tak apa la juga..!!


Nota: wei hasbullah, petang sabtu gua sampei.kot.

19 comments:

~Cinta Cukulet~ berkata... [Reply]

alah..setakat nyamuk tu apa la sangat..libas dgn tangan mampus la dia...hahahaa



p/s : bapak aok rindu tu :p

af [ R ] ed berkata... [Reply]

bapak lu rindu la poyotito. dia nk manja manja sempena fathers day kot. he he

kecik berkata... [Reply]

ahaha. gua tak pernah dengar lagi org dok meru kate sane tu sejuk.

weh,bapak lu dah merindui lu. gua pun.ahaha.apalagas,sila la on fesbuk.gua nak lancarkan perang mengorat lu secara berjemaah ngan hazirah

HazirahMahadzir berkata... [Reply]

kata rockers..dgn nyamuk pun cari gaduh,apehal?
ahaha

ye,gua dan kecik akan melancarkan perang secara berirama..eh,berjemaah!
sila bersedia..ngehehe

nana berkata... [Reply]

lu dok pasir gudang ke? ke? ke?

@tune® berkata... [Reply]

salah tempat lu dok Meru tuh...
umah wa okey jer...

air sejuk da macam air terjun
udara nyaman
ekon ade...

lu salah umah nih...

S.YanaZ berkata... [Reply]

Wehhh...bapak lu yg lu panggil Hasbullah tuh???
Dem.

Fadh berkata... [Reply]

ha ha ha bapak aok suruh balik sbb ada org masuk minang aok he he he

Don Balon berkata... [Reply]

Balik loding weh....

Webmaster berkata... [Reply]

Salam wehhh...

Ayah aok nak ajok tengok ladang kot tu. Ladang dah semok. Bak kate lagu Putra Budok2 Temerloh. Ngape Bior Semok....

farah sr berkata... [Reply]

guna ridsect la braderr...
tak penat menampar

BudAk hijAu berkata... [Reply]

bapak lu rindu lu la 2...haih!

Bunga Binti Nordin berkata... [Reply]

makhluk halus bangang mmg selalu menyemak

mrblind berkata... [Reply]

gua syak lu kategori takut hantu ni..

tasikmerah berkata... [Reply]

gua pun syak ada org nak masuk minang lu la... ha ha.



.

balqissy berkata... [Reply]

atau bapak sudah mau hantar rombongn pinang? whoa~

macha_sezs berkata... [Reply]

hahaha.
bapak lu nak pegi konsert tu. xkan die nk pegi sorg2 ajal lu la tu...

abdullahjones berkata... [Reply]

:)

poyotito's berkata... [Reply]

Bukan langsung..!!

bapak gua suruh mesin rumput..!!