Rabu, 1 Julai 2009

Ini zaman dulu punya cerita # 11 - Blues untuk senior.

Pada suatu malam minggu yang dingin, sepuluh tahun yang lalu, dimana gua dengan rakan sebaya gua yang lain sedang enak menikmati laksa yang emak gua tinggalkan sewaktu datang melawat gua pada siang harinya. Biasalah baru masuk asrama. Pantang dengar gua tak ada duit, laju saja datang bawak laksa sekali. Entah kenapa setiap kali emak gua datang melawat asyik bawa laksa sahaja.Tidak ada menu lain. Gua pun cenderung ajak kawan-kawan makan sekali. Emak gua pula memang dah tahu budak-budak asrama ni pesen kebulur lain macam sikit. Jadi dia telah buat lebih. Makan dengan kawan-kawan, katanya.

Tengah sedap gua menikmati laksa champion emak gua itu, tiba-tiba ada kutu sebaya gua datang dengan muka cemas.

“Wei Murad. Abang Halim panggil aok. Kat dorm G.”, kata kawan gua itu tercungap-cungap. Baru lepas berlari gamaknya.

“ah celake betul la. Time-time aku nak menghadap rezeki ni la nak panggil. Babi..!!”, balas gua panas dengan mulut penuh laksa.

Untuk pengetahuan, Halim itu adalah seorang pelajar tingkatan lima yang sangat celaka, bahlol, huduh dan tidak bertamadun . Namun bukan Halim saja yang begitu, boleh dikatakan lapan puluh peratus pelajar tingkatan lima tahun itu adalah babi bertopengkan manusia, bangsat dan juga Firaun. Dorm G pula adalah singkatan dorm gelap. Biasanya pelajar yang dipanggil ke situ akan keluar semula dengan muka merah bekas kena lempang, muka hangin, muka hairan dan paling tragis muka sedih dengan mata berair.

***
Masuk saja ke dorm ‘Gelap’ tersebut gua lihat ada lebih kurang 12 pelajar tingkatan lima didalam. Semua buat muka bengis. Macam babi. Bilik punyalah kecik sanggup duduk berhimpit ramai-ramai macam tu. Apa punya bangang. Gua berdiri steady tengah-tengah dengan muka berlagak.

“ Ko ni apahal lembap sangat bila orang panggil ha..??”, tanya salah seorang dari mereka.

“ Alaa..rilek la. Saya makan laksa tadi..itu pun belum habis lagi”, jawab gua ramah.

Pelepoww..!!

Jawapan ramah gua dibalas dengan satu cepukan dari belakang. Tepat singgah kepala gua. Kepala gua berangin. Darah naik kepala.

“Ko ni jawab elok-elok sikit boleh tak..?? eeii panas pulak aku..!!”, sound pula kutu yang cepuk gua dari belakang tersebut.

“lah..elok la tu. Nak elok macam mana lagi..”, balas gua lagi dengan suara kuat-kuat perlahan.

Pelepoww..!!

Satu lagi cepukan singgah di kepala gua. Kali ini dari tepi. Mujur tak kena telinga.
Kena kalu mau berdengung juga gua ingat tuh.

“Dah la tu wei, naya ke budok tu..”, Halim yang senyap dari tadi tiba-tiba bersuara.

“Aok tau menda sebab aok kena panggil..??”, sambung Halim lagi.

“Dok. Sebab menda..??”, soalan Halim gua balas dengan soalan.

“Koi dengor aok kurang hajor dengan Abang Amin betul dok..??”

“bile pulok..?? Mana ada.”, pantas gua menafikan.

Pelepoww..!!

“jangan nok menipu la bangsat..!!”, cepukan ketiga gua dapat. Gua taktau siapa punya kerja. Jenis pukul curi. Macam babi perangai. Dah la ikut sedap je panggil gua bangsat. Dia tak sedar dia yang bangsat.

Dipendekkan cerita, selepas menjawab lebih kurang kepala gua ditutup dengan baju. Baju tu dah la macam palat bau dia. Untuk sesi soal jawab saja entah berapa kali gua kena cepuk. Rata-rata semua pukul curi. Penakut. Bila dah siap kepala gua ditutup, bertalu-talu serangan singgah ke tubuh ‘kurus tapi tegap’ gua. Membawak dari kategori lempang, cedok, spike,siku hingga ke kategori jek semua gua rasa. Dah la gua tak nampak apa. Keras ke badan je la. Dari gua banyak menjawab sampai la gua senyap. Entah menda-menda punya soal siasat. Gua cakap betul kena, gua menipu kena, gua tak cakap apa-apa pun kena. Jenis saja-saja nak pukul budak junior. Entah menda salah gua sebenarnya. Gua ada terfikir juga mungkin motif perbuatan mereka semua atas dasar cemburu dengan rupa dan reputasi gua. Tapi dalam banyak-banyak gua kena pukul malam tu ada satu tu padu betul. Kalau mengikut firasat gua serangan itu berbentuk ‘jek’ berdasarkan pada kepaduan dia. Cemas bocor kepala gua terhantuk bucu locker.

Setelah hampir 15 minit gua dilanyak,

“Dah. Pergi balik..!! Ko jangan report ke Ustaz pulok. Kang kepala engko aku letup”, antara amaran dan ayat-ayat terakhir senior-senior bangang tersebut laungkan kepada gua. Hek eleh. Tau pulak takut.

Gua dengan pantas pecut balik bilik dengan badan remuk. Harapan gua hanya satu. Laksa gua masih belum habis.

27 comments:

poyotito's berkata... [Reply]

First.









.

langkasuke berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
langkasuke berkata... [Reply]

cisss..
lu tak payah komen la..

mrblind berkata... [Reply]

lembik lu brader..hahaha

mir berkata... [Reply]

hoho
patut kurang normal pon
kpale kuat kena jek kecik2 dulu...

balqissy berkata... [Reply]

pergh~ leh report kat jais ni...

nuyuljana berkata... [Reply]

pesal senior kejam eh?

padahal blaja bangang gak.

haih.

Redz da Tsar berkata... [Reply]

ape kate kini ko gi serang senior yang mengepalai usaha membelasah ko tue... Dapat tetak ayam dia udah la...

poyotito's berkata... [Reply]

ikut hati gua nak santau aja semua2..!!

HazirahMahadzir berkata... [Reply]

cuba lu pegi duduk hostel pompuan,
mesti aman damai (kononnya)

ahaha`

orensangkuit berkata... [Reply]

huh sabo nya semata mata pasal laksa

Fadh berkata... [Reply]

lu rase don balon ader terlibat x? kui kui kui

Don Balon berkata... [Reply]

fadh..
aok jangan...
koi junior jentik pun koi tok pernoh.. :)
koi pun sokmo kena belasoh di SEMSAS dulu..
sebab tu memori koi dgn sekoloh tu majoritinya tak beshh.. :)

Poyotito,
memang sesuai amat aok gelor ke deme tu babi.
Koi tok pahanc umur doh lebih 15 tahun (baligh) pun bengong tokleh mmikir.. budok2 form1 baru BERPISOH DARI MOK AYOH..DOK ASARAMA TIBA2 KENA PELEMPANG APA SEMUA..
bingkei..

tasikmerah berkata... [Reply]

time lu jd senior lu balas dendam dok...?

Tanpa Nama berkata... [Reply]

geng2 bodoh je yg berani pukul bdk yg tak melawan ni
da tu ramai2 berani laa

@tune® berkata... [Reply]

kata tegap...
setakat lebih kurang 12 orang..apelah sagt kn??

laksa??
mesti ikan kembung power...

poyotito's berkata... [Reply]

cilakak. soalan berbentuk perangkap lu kasi gua ye tasik?

don, koi percaya handred persen kat aok..!! kalu Fadh koi taktau la. haha
memang babi sungguh demeh tu wei..!!

mujur la koi tegap.
haha

Laksa tu memang king of laksa beb..!!

biskutrajin berkata... [Reply]

aku x paham ar 'jek' 2 menatang apa...

laksa gak ko ingat...msti betoi2 power laksa mak ko 2..hehe

kecik berkata... [Reply]

abang poyotito
siapa yang buli you ni?
akakakak

S.YanaZ berkata... [Reply]

Dah tuh, laksa mcm mana?
Abih dok...?

Tanpa Nama berkata... [Reply]

er..
apa kata kamu anta santau kentut
kat senior ...atau anta sawan kentut berminyak ...

huh ..kenangan tem sekolah sangt memberangsangkan !

poyotito's berkata... [Reply]

biskut,
jenis terajang pakai tapak kaki.

kecik,
nak kena spike?

s.yanaz,
ada lagi. mujur betul.

tanpa nama,
betul beb. sampai terangsang gua kalu teringat.

lydiarayyan berkata... [Reply]

adeh....
skit tuu..

jo berkata... [Reply]

macam mak member gua..
asal datang bawak laksa..asal datang bawak laksa..asal bawak laksa datang..

gua la tukang sapu kasi habis..

sharamli berkata... [Reply]

tak0t laksa abeh ke xsaba nak mas0k bilik..dud0k atas katill.amek bantal tutup muka..nangeh panggil nma mak..jerit nak balik? bukan?

poyotito's berkata... [Reply]

cilakak.
jenis buat tuduhan rambang.

mana ada woi..!!

hai berkata... [Reply]

salam dik,
kalo kat sek.koi dulu,masa bbudak senior ambik result spm ,bukan takat bawak balik result,bawak balik sekali dengan bekas tapak kaki geng2 bebudak junior plak!