Ahad, 29 Mac 2009

Ini zaman dulu punya cerita # 10 - Main Bola

2001.

Masa ini gua baru berumur belasan tahun lagi tak salah gua. Gua bersekolah asrama lagi masa tu. Walaupun gua masih belasan tahun tapi gua dengan bola sepak dah masuk kategori kacip. Entah macam mana ada satu petang tu asmara junior jadi huru hara. Gua yang baru balik fardhu ain pun turut sama terbabit jadi huru hara juga.

Apa cerita woi
..??

Petang ni Pak Ya buat selection bola dekat padang belakang bandor baru”, jawab satu kutu tingkatan dua. Siapa nak wakil sekolah pergi la.

Mendengar saja berita yang sebegitu rupa. Gua jadi auto semangat. Semangat Ronaldo dan Azman Adnan bersilih ganti meresap ke dalam jiwa gua.

“ ini hari dunia akan tahu siapa Ronaldo yang sebenarnya..!!”, kata gua sambil menyepak batu di tepi jalan. Memang stylo habis.

Sampai sahaja, gua terus memilih untuk beraksi di posisi midfield. Sesuai dengan rupa dan skill gua yang persis err.. kaka.

Ok lah. Dipendekkan cerita. Gua terpilih untuk mewakili sekolah. Tersengih-sengih balik jalan kaki menuju ke asrama. Sedih juga gua tengok muka kutu-kutu yang tak dapat. Ah tu la lu kuat sangat belajar Matematik.

Disebabkan hari perlawanan dah dekat jadi Pak Ya membuat keputusan untuk menggandakan training menjadi dua sessi. Pagi dan petang. Dia punya training memang tak senonoh. Cemas-cemas pitam gua dikerjakan. Bola tak dapat juga.
Training punya training, hari kejohanan pun tiba. Gua haram tak berdebor masa ni. Dengan jersi sekolah bagi, kasut but bola pinjam kawan punya, kata azimat makwe gua semat dalam hati, gua masuk padang. Gua rasa macam semua orang tengok gua. Itu jam gua terdengar tuduhan-tuduhan rambang orang menuduh gua pemain import dari Italy. Agak-agak la.

Di awal perlawanan permainan agak seimbang. Kedua –dua pasukan saling berbalas serangan. Suara penonton (makwe) membangkitkan semangat Ronaldo gua. Itu jam gua main memang tak ingat dunia. Tak lama selepas itu jaringan demi jaringan dihasilkan. Baru je gol sebijik, dah tambah lagi. Memang solid habis pasukan. Dengan badan sekor-sekor macam setan size, lari macam Usain Bolt, taktikal yang menjadi-jadi, memang mudah je menjaringkan gol.

Pritt..!!!Pritt..!!

Perlawanan tamat. Kesudahannya dia 12 gol berjaya dijaringkan. Satu dari pasukan gua dan sebelas dari pasukan lawan.

Komen para pemain.

“Ah ni semua makwe tu la punya pasal. Gua tengah sedap bawak bola duk jerit-jerit nama gua apahal..??”
,Hasbullah. (Striker)

“ budak-budak diorang ini antara dua je aku ingat ni. Kalau tak dadah, pukau.”, Hafizuddin. (Sayap kiri)

“Cilakak..!! training sampai hitam-hitam muka. Kalu gua tau baik gua duduk dalam kelas belajar Nahu.”
, Gua.

Tahun-tahun selepas itu perkataan bola sepak dan wakil sekolah tidak lagi meniti dibibir gua.

Ahad, 22 Mac 2009

Di dada ini penuh dengan parut luka yang kau tinggalkan sebagai kenangan # - Murad Costigan Jr. Bahagian satu.

Suatu masa,sekitar penghujung musim 2003-2004 dulu, Murad ada berkenalan dengan satu makwe. Bibit perkenalan tercetus bila mana makwe tu SMS Murad. Diulangi, makwe tu SMS Murad. Mula-mula Murad tak layan juga pasal Murad ni start pakai talipon sampai sekarang memang tak kacip sangat dengan topup. Makwe tu SMS lagi. Penyudah dia Murad balas juga la bila dah ada kredit. Tak boleh jadi ni. Kata Murad la. Pada asasnya Murad memang pepalih malas nak layan pasal makwe tu punya jenama talian Maxis, Murad pulak berpegang pada Celcom. Peh..itu dah kira bertentang dengan hukum SMS tu pada perkiraan Murad. Ah bukan langsung Celcom. Murad pakai TmTouch masa tu beb. Ah pelupa rupanya Murad ni. Kena pulak zaman-zaman tu duit banyak habis ke beli rokok saja jadi memang sekali dapat topup nak kena berjimat-cermat. Tapi makwe punya pasal Murad layankan juga setelah makwe tersebut sudi menukar jenama talian talipon menjadi sama macam Murad juga. Makwe tu Murad haram taktau rupabentuk,asal usul, serta latarbelakang rekod jenayah beliau. Entah mana datangnya Murad hairan. Dia kabor dapat nombor talipon Murad dari kawan dia. Pada Murad itu memang ayat standard. Sampai ke sudah Murad taktau siapa kawan budak tu.

Mula-mula Murad bercadang nak berkawan runcit-runcit saja. Murad pun tak feel mana nak mengayat pasal khuatir akan latarbelakang serta identiti pihak lawan. “Kang kena budak-budak nak pekena gua tak ke haru..?”,Murad meneka sendiri.
Dalam pada tak feel tu pagi petang siang malam juga Murad berbalas SMS. Kredit takde Murad senyap. Bertitik tolak dengan SMS, dia dah jadi nak dengor suara pula. Bila takde kredit makwe tu talipon Murad. Bila ada kredit makwe tu juga talipon Murad. Murad sengih-sengih saja jawab talipon. Murad..Murad…
Bila dah berhubung secara dengar suara ni barulah Murad rasa ada keikhlasan dari dalam diri makwe tu. Cey..!! Suara pun boleh tahan manja juga kata Murad. Murad pun automatik jadi lemah-lembut saja suara. Bersembang pun senyap-senyap kalau boleh tak nak orang dengar. “Apa gila nak bagi ayat manis-manis cakap kuat-kuat?”, Kata Murad dengan penuh keyakinan.

Hari-hari yang Murad lalui lepas pada tu menjadi lain macam dari biasa. Serupa orang baru bercinta. Sebijik macam dalam TV. Ralit juga Murad melayan budak perempuan tu. Sampai ke makwe sendiri pun Murad lupa. Sampai ada satu kes makwe kegemaran Murad mengamuk-mengamuk pasal Murad terlupa nak wish birthday dia. Lu tau saja la orang perempuan.. Berdebor juga Murad menjawab call dia malam tu. Nasib baik Murad steady. Lama kelamaan berkawan dah jadi berat ke bercinta. Berborak pun dah bunyi macam berbaur tak senonoh saja. Kesudahan dia makwe tu ajak Murad dating. Murad tanpa bertanya perdapat ibubapa dulu terus setuju. Hilang akal ke apa nak keluor dengan makwe tanya persetujuan dulu..??

Hari yang dijanjikan pun tiba. Murad kelihatan ragu-ragu juga nak pergi pada awalnya. Dengan duit yang langsung tidak boleh dibuat modal untuk berpura-pura kaya Murad pergi jua. Setelah mengambilkira prinsip ‘lu ajak gua lu la payung’ Murad nekad. Sebelum pergi Murad prepare apa patut. Baik mental mahupun fizikal. Kuku Murad kasi potong. Muka kasi cleaning sikit pakai pencuci muka kawan-kawan. Mandi pun dah level-level orang pompuan. Memang lain macam Murad mandi itu hari. Siap menyanyi-nyanyi. Misai sama janggut Murad buang habis. Baru la nampak macam budak tingkatan empat..!! Dressing Murad runcit-runcit saja. Murad mana ada baju mahal-mahal lagi masa tu. Sekarang pun tak ada juga. Jadi Murad pekena baju jenama Levis brader beliau punya. Kaler putih dengan jeans murah-murah kaler biru. Pakai pulak Ray Ban kaler hitam beli dekat Temerloh. Murad melihat ke cermin untuk memastikan tahap penampilan beliau. Cilakak..!! Smart juga.

Sepanjang perjalanan ke lokasi dating iaitu Kuantan Murad tersengih-sengih berbalas SMS. Entah menda yang lucu sangat. Kalau tidur pun sopan saja pasal taknak rambut jadi bersepah. Murad naik bas saja pergi pasal Murad ni mana ada motor masa tu,kereta jauh sekali. Harap lesen saja B2,D. Sampai Terminal Makmur makwe tu belum sampai lagi. Murad berbalas SMS lagi. Makwe tu balas. Sekejap lagi ****** sampai. Via SMS. Itu jam debor Murad meningkat ke tahap tak tentu hala. Makwe-makwe Kuantan lalu lalang depan pun Murad jadi nervous tak tentu pasal.
Blind date pertama seumpamanya di dunia bagi Murad ni beb. Mau tak debor. Entah datang muka serupa penjenayah siapa tahu.

Bersambung…

Khamis, 12 Mac 2009

Gua ni tahun 1992 dah main masak-masak..!!

Sepanjang gua menjalani kehidupan di bumi Klang ni dah banyak kali gua menghadapi saat-saat sukar. Namun gua bersyukur. Gua tau itu semua hanya secebis dugaan dari Yang Maha Esa. Dengan keadaan kewangan yang kejap-kejap bengkrap, kejap-kejap bengkrap menyebabkan setiap hari minggu gua akan tersadai sahaja di rumah bermain game Box World dan menulis kadang-kadang. Ada duit pun gua tersadai juga. Apa gila gua nak bersiar-siar seorang diri? Kang kena cabul ke apa kang siapa yang nak bertanggungjawab..??

Ada satu hari cuti tu gua bangun awal. Sekitar pukul 11.30 pagi. Entah kenapa perut gua lapar betul. Dia punya lapar level nak berbuka puasa. Menyucuk-nyucuk. Gua jenguk ke dapur. Ada beras, bawang kecik, kentang dan bahan-bahan lain. Semua kategori tak boleh dibuat lauk. Gua bukak pintu belakang. Mana tahu orang rumah belakang nak payung nasik goreng ke briyani gam ke mana la tahu. Hampa. Gua start kereta menuju ke kedai berhampiran. Dengan penampilan gua yang tak enak dipandang gua masuk kedai. Melihat-lihat area sayur dan ikan-ikan. “Beli sayur bagus juga ni..”,gua berkira-kira dalam hati. Lapan minit kemudian gua keluar dari kedai dengan sebungkus air batu dan juga telur 5 biji. "Nanti lain minggu lah makan sayur…",kata gua lagi dalam hati sambil berlalu.

Dipendekkan cerita gua pun mula memasak. Starting gua masak nasik dulu. Sementara nak tunggu nasik masak gua mengadap kompiter dulu sambil kupas kentang sama bawang dan juga tembikai susu untuk dibuat dessert. Ah mana ada tembikai susunya. Gua tipu aje tu. Nasik dah masak elok gua goreng kentang pulak. Elok tak elok mana juga. Gua makan belah atas saja. Haha..!! Kentang tu pun satu, nak tunggu dia masak tu..peh..!! pepalih lama. Naik lenguh juga gua. Dia punya lama tu gua ingat kalau basuh baju cara manual dapat juga 4,5 helai termasuk boxer.

Usai saja gua siap masak semua menu sekali dengan air anggur gua pun mula menjamah satu persatu hasil masakan gua. Gua cubit nasik, ok walaupun tak sesolid emak gua masak. Gua try telur, ngam. Dia punya masin memang sedap-sedap dibibir kata orang. Gua try pulak kentang goreng. Senyap. Gua macam tak percaya. Gua ambik lagi satu. Rasa lagi.

Cilakak..!! rasa macam kentang kat KFC..!!