Rabu, 15 April 2009

Siri lepak brader-brader


*Standard bos-bos saja lepak gaya bebas camni..!!

Beginilah keadaan hari-hari gua di kilang boiler ni. Ada kerja gua buat kerja. Tak ada kerja gua lepak. Ada kerja tapi gua malas nak buat, gua pekena lepak juga. Baru la standard bos-bos..!! Kerja kuat-kuat sangat buat apa. Prinsip gua mudah, lu nak gua kerja lebih, lu bayar lebih..!! ah macam sombong pula bunyinya gua ni.

Nota: Gua akan menamatkan sesi praktikal sambil berlakon gua di kilang ini minggu depan. Jadi minggu depan memang gua nak kena berlakon secara 'all out'. Baru la sedap supervisor nak kasi markah..!!

Rabu, 8 April 2009

Di dada ini penuh dengan parut luka yang kau tinggalkan sebagai kenangan # - Murad Costigan Jr. Bahagian Dua.

Tengah kucar-kacir Murad melayan debor, tiba-tiba saja Murad mendapat satu panggilan telefon. Murad menjeling skrin telefon dengan kadar debaran yang semakin melebihi paras terkawal. Dengan jelas tertera nama ‘Makwe’ di skrin. Laju saja Murad tekan butang ‘answer’.

“Awak ada kat belah mana..? Saya dah sampai ni..”

“Kat sini. Dekat kedai orang jual keychain ke apa entah ni”, jawab Murad lemah lembut.

“Camna saya nak tau awak yang mana..?”

“Ye tak ye juga. Baju putih jeans biru. Kurus tapi tegap.” Lancar saja Murad menyusun ayat. Macam cilakak..!!

“Hik..!!Hik..!! OK. Awak tunggu situ ye.”

Peh..!! itu jam debor Murad meningkat ke tahap kritikal habis. Berpeluh tapak tangan.
Tak tentu arah betul Murad masa tu. Dah serupa budak hisap ganja nak kena ‘urine test’. Tak sampai 5 minit Murad dapat lihat seorang Makwe menuju ke arah beliau dengan gaya jalan yang sebijik macam err.. pompuan. Seluar jeans, baju pesen labuh kaler putih, dan paling memikat hati Murad, bertudung. Sejuk saja mata memandang. Pakai sopan, aurat tutup, muka manis-manis buah. Dia ni dah gua rasa ni. Murad meneka sendiri dengan sedikit harapan.

Makin lama makwe tu makin dekat. Murad buat-buat rilek sambil menyamar taip mesej. Sekali Murad tengok balik makwe tu dah betul-betul depan Murad.

“ ’Abang’ Murad..?”

Murad menarik nafas panjang-panjang.

“Hmm..”,Murad angguk kepala sambil menghadiahkan senyuman yang paling madu.

“Berjumpa jugak kita”, balas makwe sambil menghadiahkan senyuman yang lagi madu dari senyuman Murad.

Murad hilang bicara. Hati berbunga-bunga. Kondisi hati Murad berada pada satu keadaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Kadar ‘debor’ menurun secara drastik. Dia dah jadi berat ke nak bersyukur.

“Lama dah ke sampai..?Maaf la buat awak menunggu.”

“Takpe je..Bukan lama sangat pun”, jawab Murad sambil merenung tepat mata makwe. Hek eleh kalu dengan makwe lambat seminggu pun takpe lu ni Murad..!!

“So, kita nak ke mana ni..?”

“err..bagitau awak nak ke mana. Saya bawak.”, jawab Murad konfiden padahal beliau bukan tahu jalan sangat. Harap nak ke Telok Chempedak sama Pantai Sepat saja yang paling solid di ingatan Murad masa tu.

Setelah bersembang lebih kurang, Murad mengambil keputusan untuk berdating di Telok Cempedak kerana pada perkiraan Murad dekat situ adalah ‘port’ paling solid untuk ‘leving kapel’ macam beliau dengan Makwe beliau berbual-bual. Takda modal nak bersembang kang boleh juga buat-buat termenung tengok laut.

“Jom lah..!! Motor saya ada kat sana..”, makwe mengajak.

Tanpa berlengah Murad terus berjalan seiringan dengan makwe menuju ke motor tanpa menoleh lagi. Meninggalkan Terminal Makmur dengan hati yang masih berbunga-bunga.

Sepanjang perjalanan menuju ke Telok Chempedak, Murad memandu pada kelajuan sederhana saja pasal bawak makwe. Bahaya katanya. Lagipun Murad memandu skuter jenama VS125 ke menda entah masa tu, corner lebih-lebih kang habis sangkut cover set.

Sampai saja Murad terus parking motor cantik-cantik. Taruk helmet baik-baik. Murad sisir balik rambut yang bersepai dek kerana helmet tadi pakai tangan. Mana mungkin Murad bersiar-siar bawak sikat. Duit pun tak bawak, inikan sikat. Setelah yakin dengan tahap penampilan beliau, Murad memandang muka si makwe, Murad kasi nyala rokok satu batang.

“Jom..!!”, kata Murad sambil menghulurkan tangan.

Makwe usha Murad atas bawah.

bersambung.

***

Nota: Gantinama perbualan untuk Murad dan makwe telah diubahsuai ikut sedap penulis bagi mengelakkan kata-kata hinaan selain menjaga kredibiliti watak.