Isnin, 13 Julai 2009

Didada ini penuh dengan parut luka yang kau tinggalkan sebagai kenangan – Murad Costigan Jr. Bahagian Tiga

Makwe memandang tepat mata Murad. Entah apa yang difikirkan. Naik cemas juga Murad. Murad dah la jenis mudah jadi tak tentu arah kena tenung lama-lama. Akhirnya makwe bersuara.

“Saya kena pegang tangan awak la ni ye..??”, tanya makwe dengan nada penuh muslihat.

Ah sudah. Murad panik bercampur hairan. Itu hari kemain ‘ilebiu-ilebiu’ lagi dalam talipon. Ini hari apahal lain macam pula ni. Kata Murad dalam hati. Kepala ligat mencipta ayat. Buntu. Murad gagal untuk memberi jawapan terbaik. Lalu,

“Err..bukan pakwe makwe kena pegang tangan ke kalu jalan-jalan? Baru la romantik.”, jawab Murad berterabur sambil mengetis rokok di tangan.

“Siapa yang ajar awak camtu?”, tanya makwe lagi. Kali ini lagi serius dari tadi.

“Mana ada orang ajar. Saya tengok orang lain semua buat camtu apa. Takpalah kalau awak tak nak. Saya cuma nak pastikan awak selamat je.”, Murad tabur ayat dengan mata redup sambil memandang ke laut.

Makwe diam. Tak lama kemudian, makwe bersuara kembali.

“Habiskan rokok awak tu cepat sikit boleh tak..??”

Tanpa banyak soal Murad terus sedut rokok laju-laju macam hisap dalam tandas sekolah. Itu kalau dalam posisi duduk mencangkung bangun-bangun kompom tangkap otak.

“Hah. Moh kita..!”, Murad mengajak untuk kedua kalinya dengan asap rokok yang masih bersisa di mulut.

Kali ini Murad terus saja melangkah tanpa menghulur tangannya seperti tadi. Sudah cuak barangkali. Baru dua tiga tapak Murad merasakan ada tangan yang memaut tangannya dari belakang. Lembut. Murad senyum tanpa menoleh. Lalu tangan lembut itu Murad genggam kemas sampai bersilang-silang jari. Sekemas ikatan yang dibina kira-kira dua minggu sebelumnya hanya melalui medium telefon bimbit. Tak sia-sia pakai Nokia.

“Kalau tangan saya berpeluh kang kabor ye..? Bukan menda. Saya ni tak biasa pegang tangan pompuan.”, Murad berkata-kata dengan mata meliar usha port sedap. Entah ye tidak je Murad.

Makwe tersenyum dengar kata-kata Murad. Percaya atau tidak Murad sendiri tidak pasti. Apa yang pasti rokok Dunhill yang baru dihisapnya tadi tak berapa sedap sangat rasa dia. Kata orang kalau tak sedap tu rokok Langkawi.

***
“Merokok lagi..?? Awak ni tak sayang diri sendiri ke..??”, makwe tanya dengan muka separa garang tatkala melihat Murad cucuh rokok.

“Sayang memang la sayang tapi nak buat camana.. rokok ni dah sebati dengan saya”, jawab Murad sayu. Macam setan.

“Boleh tak awak jangan merokok hari ni.??”

“Tak boleh. Saya kalau tak hisap rokok..pernafasan saya jadi tak lancar, mata jadi kelabu, badan saya jadi lesu, silap-silap hidung boleh jadi berdarah tau.. Lagipun kalau saya tak hisap rokok ni siapa lagi nak hisap..?? Awak..??”, panjang lebar Murad menjawab dengan mulut berasap-asap sambil mata kejap ke muka makwe kejap ke muka orang lalu lalang. Bimbang juga terserempak kawan sekampung.

“Awak ni main-main la..”, balas makwe sambil berpaling ke arah lain. Kemudian senyap. Merajuk la konon-konon. Padahal jelas sangat nak bermanja.

Murad mengambil tindakan berdiam diri sambil menikmati hembusan demi hembusan asap yang keluar dari mulut beliau sendiri. Duduk tersandar pada batu, membiarkan diri dihembus angin laut sambil ditemani sang kekasih disisi. Peh. Suasana yang sudah cukup indah bagi Murad. Tidak perlu kata-kata. Tidak perlu pujuk rayu.

“Awak ni memang pesen tak reti memujuk ke..??”, makwe tanya Murad setelah sedar gamaknya yang rajuk buatannya tidak akan mendapat layanan setimpal. Atau mungkin sudah lenguh buat muka masam barangkali.

“Lorr.. awak merajuk ke tadi tu..?, Ok.Ok. Awak buat semula. Saya pujuk.”, Murad membalas dalam nada bersahaja.

“Benci..!!”

(Seperti biasa, dialog Murad memujuk makwe tidak dapat disiarkan kepada umum untuk menjaga kredibiliti watak.)

Makwe tersenyum kembali. Menampakkan giginya yang putih dan tersusun cantik.

***
Rancak betul Murad bersembang tengah hari tu. Membawak dari soal sekolah hinggalah ke hal ehwal rumahtangga. Biasalah budak-budak bercinta, mudah sangat mengarut. Mujur tak ‘papa mama’ je macam kutu-kutu bercinta lain.

Tengah sedap Murad berkongsi cerita tiba-tiba beliau rasa pehanya bergetar. Lama. Tanda ada orang talipon. Murad seluk poket jeans murah beliau. Di skrin telefon dengan jelas tertera satu nama yang sangat dekat di hati beliau. Pada zaman itu.

‘Siti Syarifah Mohd Jani’

Ah sudah. Murad kembali cemas.

Rabu, 1 Julai 2009

Ini zaman dulu punya cerita # 11 - Blues untuk senior.

Pada suatu malam minggu yang dingin, sepuluh tahun yang lalu, dimana gua dengan rakan sebaya gua yang lain sedang enak menikmati laksa yang emak gua tinggalkan sewaktu datang melawat gua pada siang harinya. Biasalah baru masuk asrama. Pantang dengar gua tak ada duit, laju saja datang bawak laksa sekali. Entah kenapa setiap kali emak gua datang melawat asyik bawa laksa sahaja.Tidak ada menu lain. Gua pun cenderung ajak kawan-kawan makan sekali. Emak gua pula memang dah tahu budak-budak asrama ni pesen kebulur lain macam sikit. Jadi dia telah buat lebih. Makan dengan kawan-kawan, katanya.

Tengah sedap gua menikmati laksa champion emak gua itu, tiba-tiba ada kutu sebaya gua datang dengan muka cemas.

“Wei Murad. Abang Halim panggil aok. Kat dorm G.”, kata kawan gua itu tercungap-cungap. Baru lepas berlari gamaknya.

“ah celake betul la. Time-time aku nak menghadap rezeki ni la nak panggil. Babi..!!”, balas gua panas dengan mulut penuh laksa.

Untuk pengetahuan, Halim itu adalah seorang pelajar tingkatan lima yang sangat celaka, bahlol, huduh dan tidak bertamadun . Namun bukan Halim saja yang begitu, boleh dikatakan lapan puluh peratus pelajar tingkatan lima tahun itu adalah babi bertopengkan manusia, bangsat dan juga Firaun. Dorm G pula adalah singkatan dorm gelap. Biasanya pelajar yang dipanggil ke situ akan keluar semula dengan muka merah bekas kena lempang, muka hangin, muka hairan dan paling tragis muka sedih dengan mata berair.

***
Masuk saja ke dorm ‘Gelap’ tersebut gua lihat ada lebih kurang 12 pelajar tingkatan lima didalam. Semua buat muka bengis. Macam babi. Bilik punyalah kecik sanggup duduk berhimpit ramai-ramai macam tu. Apa punya bangang. Gua berdiri steady tengah-tengah dengan muka berlagak.

“ Ko ni apahal lembap sangat bila orang panggil ha..??”, tanya salah seorang dari mereka.

“ Alaa..rilek la. Saya makan laksa tadi..itu pun belum habis lagi”, jawab gua ramah.

Pelepoww..!!

Jawapan ramah gua dibalas dengan satu cepukan dari belakang. Tepat singgah kepala gua. Kepala gua berangin. Darah naik kepala.

“Ko ni jawab elok-elok sikit boleh tak..?? eeii panas pulak aku..!!”, sound pula kutu yang cepuk gua dari belakang tersebut.

“lah..elok la tu. Nak elok macam mana lagi..”, balas gua lagi dengan suara kuat-kuat perlahan.

Pelepoww..!!

Satu lagi cepukan singgah di kepala gua. Kali ini dari tepi. Mujur tak kena telinga.
Kena kalu mau berdengung juga gua ingat tuh.

“Dah la tu wei, naya ke budok tu..”, Halim yang senyap dari tadi tiba-tiba bersuara.

“Aok tau menda sebab aok kena panggil..??”, sambung Halim lagi.

“Dok. Sebab menda..??”, soalan Halim gua balas dengan soalan.

“Koi dengor aok kurang hajor dengan Abang Amin betul dok..??”

“bile pulok..?? Mana ada.”, pantas gua menafikan.

Pelepoww..!!

“jangan nok menipu la bangsat..!!”, cepukan ketiga gua dapat. Gua taktau siapa punya kerja. Jenis pukul curi. Macam babi perangai. Dah la ikut sedap je panggil gua bangsat. Dia tak sedar dia yang bangsat.

Dipendekkan cerita, selepas menjawab lebih kurang kepala gua ditutup dengan baju. Baju tu dah la macam palat bau dia. Untuk sesi soal jawab saja entah berapa kali gua kena cepuk. Rata-rata semua pukul curi. Penakut. Bila dah siap kepala gua ditutup, bertalu-talu serangan singgah ke tubuh ‘kurus tapi tegap’ gua. Membawak dari kategori lempang, cedok, spike,siku hingga ke kategori jek semua gua rasa. Dah la gua tak nampak apa. Keras ke badan je la. Dari gua banyak menjawab sampai la gua senyap. Entah menda-menda punya soal siasat. Gua cakap betul kena, gua menipu kena, gua tak cakap apa-apa pun kena. Jenis saja-saja nak pukul budak junior. Entah menda salah gua sebenarnya. Gua ada terfikir juga mungkin motif perbuatan mereka semua atas dasar cemburu dengan rupa dan reputasi gua. Tapi dalam banyak-banyak gua kena pukul malam tu ada satu tu padu betul. Kalau mengikut firasat gua serangan itu berbentuk ‘jek’ berdasarkan pada kepaduan dia. Cemas bocor kepala gua terhantuk bucu locker.

Setelah hampir 15 minit gua dilanyak,

“Dah. Pergi balik..!! Ko jangan report ke Ustaz pulok. Kang kepala engko aku letup”, antara amaran dan ayat-ayat terakhir senior-senior bangang tersebut laungkan kepada gua. Hek eleh. Tau pulak takut.

Gua dengan pantas pecut balik bilik dengan badan remuk. Harapan gua hanya satu. Laksa gua masih belum habis.