Selasa, 7 September 2010

Sesuci lebaran

Tanpa intro dan ayat bukan-bukan, secara jujur dan ikhlas, gua di Separa Normal ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang kalau ikut kalendar jatuh pada hari jumaat ini kepada semua pembaca blog gua yang barai ini. Sebagai rakyat biasa gua juga disini ingin memohon ampun dan maaf andai gua ada kata bukan-bukan kat lu orang semua. Petang esok agak-agak siapa-siapa nak mengharung jem secara duet dengan gua sila standby di Genting Sempah pukul lima.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Ke awan biru

Satu petang yang hujannya renyai-renyai hampir dua tahun yang lalu, gua memandu pulang dari Klang ke Jengka. Malam nanti ada konsert Search - Ke Awan Biru dekat Bandar Pusat Jengka. Gua yang tak berapa clean petang tu memandu dengan riang sambil menyanyi-nyanyi. Lagu demi lagu yang keluar dari radio gua layan penuh perasaan. Keluar lagu orang putih, gua kasi pelan sikit suara. Malu juga dekat radio kalau salah nyanyi.

Hujan nampak macam dah nak berhenti tapi tak berhenti juga. Satu demi satu kereta gua potong dengan sombong dan garang. Untuk rekod, memang jarang-jarang kereta gua kena potong kalau lalu ikut Genting Sempah. Cuma ada la juga gua kena potong secara mengejut time tengah cucuh rokok dan juga cabut bulu hidung. Pesen licik serta pandai mengambil kesempatan. Tapi petang tu memang tak dapat. Semua kereta yang lembap serta mengada-mengada nak berada di laluan laju gua kasi high beam secara sopan. Kelam kabut masing-masing bagi signal ke tepi.

Lama-kelamaan pemanduan gua menjadi semakin fast and furios. Sampai berkerut-kerut dahi ketika mengambil selekoh. Kerut punya kerut tiba-tiba gua rasa kawalan kereta jadi serupa gampang. Tayar kereta jadi tak berapa nak lekat atas jalan. Kiri kanan kiri kanan ikut dan. Gua tekan brek dengan bersungguh-sungguh. Kereta berpusing.

PELEPOWWW..!!

***

Gua termenung tengok kereta tersadai tepi jalan dengan mata kuyu. Ke Awan Biru sungguh..!!

Khamis, 22 Julai 2010

Mencari kehidupan hakiki

Pagi itu gua bangun dengan spirit baru. Lebih kurang jam enam pagi gua memulakan perjalanan dari Jengka dengan mulut berasap. Perut dah kenyang dan selesa selepas pekena nasi goreng telur dadar emak gua. Ada juga gua selit harapan supaya gua punya kenyang tahan sampai raya.

Pesan emak gua yang kabor jangan laju gua semat dalam-dalam sehingga tol Chenor. Gua sempai di tempat kerja baru gua ngam-ngam jam lapan. Tersengih-sengih tukar baju. Tak sia-sia gua pecut sampai pucat-pucat muka.

Menyambut ketibaan gua adalah satu makwe cun serta pepalih gebu. Dengan secara automatik raut wajah gua bertukar menjadi madu. Namun setelah berborak lebih kurang muka dah jadi tak berapa madu pasal gua dapat kesan yang makwe tu dah menikoh. Mungkin inilah yang dikatakan orang sebagai habis madu sepah dibuang. Terus menurun gua punya spirit.

***

Gua diperkenalkan kepada orang-orang yang patut gua kenal oleh bos gua. Tapi haram gua tak ingat kecuali dua nama. Misbah sama Arthis Syu'ari. Steady juga pemuda bernama Arthis Syu'ari ni. Selalu menghulur rokok berjenama gudang garam kepada gua. Gua dengan rasa malu terpaksa mengambil dengan tapak tangan terbuka.

***

Setelah puas berborak dan melihat orang membuat kerja, gua pun pulang ke rumah yang telah disediakan. Rumah memang barai gila. Rumah flat. Dalam ada lima, masuk gua jadi enam. Mujur jenis pandai bangun awal demeh tu. Rumah jangan kabor tikar getah, getah paip pun tak ada. Namun gua optimis. Rumah kat Klang itu hari lagi macam setan. Ini tahan malam-malam tak banyak nyamuk. Tersengih-sengih tidur tak pakai baju.

Dari sudut hiburan lagi barai. Betul-betul ada satu speaker saja yang mana boleh disambung terus ke talipon berjenama Sony. Tapi apa gila playlist semua love-love punya lagu? Terpaksa la gua layan secara perlahan-lahan demi menjaga reputasi serta nama baik keluarga. Mujur time Maghrib ada demeh tu pasang selawat sama Surah Yasin. Menaik juga spirit nak pergi mandi.

Tapi bahan bacaan memang hancur. Ada tiga kesemuanya tak termasuk paper lama-lama. Buku nombor satu bertajuk Kembara Kail. Nombor dua pula adalah bertajuk Perlipurlara Maya Seram. Gua syak dah tentu lah itu buku seram. Tapi kulit luar tak seram langsung. Bengong pergi bubuh gambor labah-labah. Bahan bacaan nombor tiga adalah sejenis majalah berjudul Mama tahun dua ribu. Front cover dia gambor Mustapha Kamal sama Susan Menon. Gua perhati ketiga-tiga buku tersebut dengan hati berkecamuk. Sukar untuk membuat pilihan. Gua tenung punya tenung.

PAP!

Gua angkat majalah Mama tahun dua ribu.

Ahad, 20 Jun 2010

Emak saya memang tip top orangnya.

Gua semenjak berhenti kerja itu hari, macam-macam jenis kerjaya gua rasa nak ceburi. Membawak dari kerja rilek-rilek seperti kerja menjaga tol sehingga kepada kerjaya hari-hari merasmikan majlis seperti Adun. Semua sempat lalu di kepala hotak gua. Antara kerja-kerja tersebut ialah penulis skrip, penjual kereta, merompak kedai emas, jadi kuli buat kontrak, jual syabu, penulis novel, mengambil gambor orang kahwin, meniaga air tebu di pasar malam, dan juga menjadi artis.

Seperti kebiasaannya, gua akan borak-borak dulu dengan emak gua yang tip top itu. Gua tengok emak gua tengah steady goreng ikan pedas. Ikan pedas emak gua ni memang king. Dari kecik sampai badan jadi berketul-ketul gua makan, tak jemu-jemu. Tanpa cakap banyak gua tarik lagu Jamal Abdillah seround.

“Bila kekasih mengungkap tabir cinta..tiada terbatas dengan kata-kata… Dapatkah aku membalas dengan air mata.. Tanda syukur menerima.. Setelah sekian lama menghamba hidup pada dunia.. Seribu tahun takkan sama.. Sesaat bersatu dalam nyata.. Kerana kasih ku sanggup korbankan jasad dan nyawa…”

“Guane mok? Ade macam Jamal dok kome nyanyi?”, tanya gua yakin.

“Huh..!! Tak gaya lalu…”, jawab emak gua sambil lewa.

***
Gua berlari pergi stor motor di tepi rumah. Gua tumbuk punching bag bertalu-talu sampai bergegar stor. Frust betul gua dengan jawapan emak gua tu. Entah kat mana lagi yang tak kena tentang nyanyian gua. Penat mengerjakan punching bag sampai naik kering tekak gua naik atas rumah semula. Cari air peti.

***
“ Kalu gitu kome ingat nak jadi pelakon la mok..mok rase guane? Kemas doh dok?”,gua bersuara sambil merenung jauh ke kolam ikan belakang rumah. Ada duit esok gua nak bela ikan duyung 6 ekor.

“ Merepeeeek je awok ni. Nok berlakon jadi menda? Jadi jaga?”, balas emak gua tanpa memandang muka gua.

Gua berlari laju-laju turun tanah semula. Gua bagi satu tendangan loncat tepat-tepat di tengah-tengah punching bag. Terbelah dua punching bag. Habuk-habuk kayu berterabur. Hati gua puas. Gua nyala rokok satu batang sebagai tanda sayang yang tak berbelah bagi kepada makwe-makwe di luar sana.

Rabu, 5 Mei 2010

Ini zaman dulu punya cerita # 12 – Payung hikmat.

Pada satu tengah hari, gua pulang ke rumah dengan muka ‘down’ gila. Peluh menitik kat dahi, mata berkilat, jalan pandang lantai. Di tangan gua ada satu botol air mineral besar yang mana masa gua keluar rumah penuh dengan guli. Masa balik tinggal sebijik, itupun pasal nak simpan nak buat ‘penuju’. Tak guna punya Kamal Ariffin. Ekselen betul corak permainan beliau hari tersebut. Asal tuju kena, asal tuju kena. Kerap kali beliau tuju kena ‘kepala’. Cilakak.

Masuk saja ke rumah gua terus tala ke dapur cari air peti. ‘Timing’ gua memang ngam. Emak gua tengah bancuh sirap untuk makan tengah hari. Emak gua yang prihatin terus bertanya,

“hah! Baru nak balik? Menang ke kaloh hari ni?”

Gua menjawab soalan emak gua dengan satu pandangan pilu.

“Kaloh la tu….”, tambah kakak gua yang tua sikit dari gua tu tersengih-sengih. Kecik-kecik dah pandai jaga tepi kain orang.

“Diam la. Kome tumbuk awok kang!”

***
Selesai saja mengisi perut yang dari pagi memang kebulur gua terus tala ke tibi. Entah menda-menda cerita tibi masa tu. Tahu nak bercinta saja. Budak kecik pun tahu menyampah tengok. Memandangkan hobi gua time tengah hari adalah menonton tibi semata-mata, gua jadi hilang punca. Tak tau nak buat menda. Nak tidur gua tak boleh. Muka bongkak Kamal Ariffin terbayang-bayang di ruang mata. Rasa macam nak baling batu pun ada.

Gua lantas menuju ke beranda rumah sambil layan lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh. Beranda ni memang dah jadi sinonim dengan aktiviti termenung teringat ke makwe, merajuk tak nak makan nasik, dan juga aktiviti cucuh rokok. Kalau cucuh rokok time tu gua jamin mesti sedap. Nasib baik masa tu gua belum reti lagi. Harap bapak gua sorang saja baru reti. Gua masa tu cucuh mercun reti la. Tapi macam tak sopan pula kalu taruk mercun kat mulut lepas tu cucuh. Kapten Boleh pun tak buat macam tu. Sambil tu otak ligat berfikir apa nak buat. Tiba-tiba gua dapat satu akal baik punya bila terpandang satu payung elok tergantung dekat beranda rumah bapak gua tu.

Gua tengok langit, tengok tanah, tengok langit balik. Dada dah start berdebar. Gua berdiri atas penghadang beranda, kemudian gua kasi bukak payung elok-elok. Kemudian lagi, selepas mengambil nafas lebih kurang, berbekalkan semangat Jika Kau Fikirkan Kau Boleh dan payung kat tangan, gua terjun sambil lompat tinggi-tinggi. Memang bergaya habis.

PELEPOWW..!!

***

“Tak ada kerje sungguh laa..mudoh sangat percaya ke tibi! Habis patoh payung mok..”, kata emak gua sambil taruk minyak Afiat dekat buku lali gua.

“ Mana orang tau..Ingatkan jadi…”, Balas gua dengan muka berkerut. Dalam kepala terbayang Mat Karung Guni tersengih-sengih terjun bumbung bangunan pakai payung kaler hitam. Hati gua remuk. Jauh di sudut hati gua, gua memang cukup kecewa dengan sikap tibi yang suka mempermainkan hati dan perasaan kanak-kanak.

Jumaat, 30 April 2010

Update pertama gua untuk tahun 2010 (testing)

Di satu daerah terpencil di timur tanah air, tinggal seorang kutu bersama kutu-kutu sebaya yang lain. Mereka tinggal di sebuah apartment murah tetapi mempunyai kipas yang cukup laju selain bekalan air paip pada tekanan yang memuaskan. Hari-hari yang dilalui mereka cukup gembira. Tiada permasalahan dunia yang perlu mereka ambil tahu. Jauh dari keluarga membuatkan mereka liar dan bebas.
Tetapi malang, kerana mereka tidak sedar 'dadah-dadah' itu sedang meragut keupayaan mereka. Sedikit demi sedikit.