Ahad, 20 Jun 2010

Emak saya memang tip top orangnya.

Gua semenjak berhenti kerja itu hari, macam-macam jenis kerjaya gua rasa nak ceburi. Membawak dari kerja rilek-rilek seperti kerja menjaga tol sehingga kepada kerjaya hari-hari merasmikan majlis seperti Adun. Semua sempat lalu di kepala hotak gua. Antara kerja-kerja tersebut ialah penulis skrip, penjual kereta, merompak kedai emas, jadi kuli buat kontrak, jual syabu, penulis novel, mengambil gambor orang kahwin, meniaga air tebu di pasar malam, dan juga menjadi artis.

Seperti kebiasaannya, gua akan borak-borak dulu dengan emak gua yang tip top itu. Gua tengok emak gua tengah steady goreng ikan pedas. Ikan pedas emak gua ni memang king. Dari kecik sampai badan jadi berketul-ketul gua makan, tak jemu-jemu. Tanpa cakap banyak gua tarik lagu Jamal Abdillah seround.

“Bila kekasih mengungkap tabir cinta..tiada terbatas dengan kata-kata… Dapatkah aku membalas dengan air mata.. Tanda syukur menerima.. Setelah sekian lama menghamba hidup pada dunia.. Seribu tahun takkan sama.. Sesaat bersatu dalam nyata.. Kerana kasih ku sanggup korbankan jasad dan nyawa…”

“Guane mok? Ade macam Jamal dok kome nyanyi?”, tanya gua yakin.

“Huh..!! Tak gaya lalu…”, jawab emak gua sambil lewa.

***
Gua berlari pergi stor motor di tepi rumah. Gua tumbuk punching bag bertalu-talu sampai bergegar stor. Frust betul gua dengan jawapan emak gua tu. Entah kat mana lagi yang tak kena tentang nyanyian gua. Penat mengerjakan punching bag sampai naik kering tekak gua naik atas rumah semula. Cari air peti.

***
“ Kalu gitu kome ingat nak jadi pelakon la mok..mok rase guane? Kemas doh dok?”,gua bersuara sambil merenung jauh ke kolam ikan belakang rumah. Ada duit esok gua nak bela ikan duyung 6 ekor.

“ Merepeeeek je awok ni. Nok berlakon jadi menda? Jadi jaga?”, balas emak gua tanpa memandang muka gua.

Gua berlari laju-laju turun tanah semula. Gua bagi satu tendangan loncat tepat-tepat di tengah-tengah punching bag. Terbelah dua punching bag. Habuk-habuk kayu berterabur. Hati gua puas. Gua nyala rokok satu batang sebagai tanda sayang yang tak berbelah bagi kepada makwe-makwe di luar sana.

12 comments:

fndrocka berkata... [Reply]

asik main punching bag je..

elok dah jadi pengganti sapok biki

dzul berkata... [Reply]

hahaha, aok bela ikan duyung sangkar. banyok org nak guna buat belakon filem skang..kaya aok nnt.

HazirahMahadzir berkata... [Reply]

Merepeeeek je awok ni. Nok berlakon jadi menda? Jadi jaga?








padu sungguh ayat tu.

Don Balon berkata... [Reply]

Ingin koi berkenalan dengan mok aok.. nok belajor ayat2 power gitu kuikui

-azura- berkata... [Reply]

tak dpt belakon jadik jaga, jadik hang kebun pon okeh kut!

aku tolong rekemen, nak?

chenta berkata... [Reply]

ape ke namanya mak ko tu weh?memang tahap terbaek aje respon die..=p

jo berkata... [Reply]

fikir kerja macam-macam... ni kerja update belog ni sapa nak buat?

erm..not important for u to know ;) berkata... [Reply]

haha

pakcik kordi berkata... [Reply]

koi rase aok mmg berbakat jd penyanyi...rasa koi la...ke gone?

@tune® berkata... [Reply]

sungguh berterus terang emak kau...

mungkin die xmau kau melayang dgn cita² yg ntah mane² ntah

Gee berkata... [Reply]

mana ko mo cari anak ikan duyung tu poyotito...kalu ada bagi tau org cni...sa mo 10 ekow hehehee

.Gory. berkata... [Reply]

Molek doh gaye mok nengok aok ni jadi jaga. Scene jaga mati je la kek nye sesuai.