Sabtu, 21 Ogos 2010

Ke awan biru

Satu petang yang hujannya renyai-renyai hampir dua tahun yang lalu, gua memandu pulang dari Klang ke Jengka. Malam nanti ada konsert Search - Ke Awan Biru dekat Bandar Pusat Jengka. Gua yang tak berapa clean petang tu memandu dengan riang sambil menyanyi-nyanyi. Lagu demi lagu yang keluar dari radio gua layan penuh perasaan. Keluar lagu orang putih, gua kasi pelan sikit suara. Malu juga dekat radio kalau salah nyanyi.

Hujan nampak macam dah nak berhenti tapi tak berhenti juga. Satu demi satu kereta gua potong dengan sombong dan garang. Untuk rekod, memang jarang-jarang kereta gua kena potong kalau lalu ikut Genting Sempah. Cuma ada la juga gua kena potong secara mengejut time tengah cucuh rokok dan juga cabut bulu hidung. Pesen licik serta pandai mengambil kesempatan. Tapi petang tu memang tak dapat. Semua kereta yang lembap serta mengada-mengada nak berada di laluan laju gua kasi high beam secara sopan. Kelam kabut masing-masing bagi signal ke tepi.

Lama-kelamaan pemanduan gua menjadi semakin fast and furios. Sampai berkerut-kerut dahi ketika mengambil selekoh. Kerut punya kerut tiba-tiba gua rasa kawalan kereta jadi serupa gampang. Tayar kereta jadi tak berapa nak lekat atas jalan. Kiri kanan kiri kanan ikut dan. Gua tekan brek dengan bersungguh-sungguh. Kereta berpusing.

PELEPOWWW..!!

***

Gua termenung tengok kereta tersadai tepi jalan dengan mata kuyu. Ke Awan Biru sungguh..!!

12 comments:

Rahimin Idris berkata... [Reply]

lu dah patut pakai driver sebenarnya..

Ahmad Azrin Aziz berkata... [Reply]

jenis bawak kereta ikut nafsu..

Si Kachak Suparjo berkata... [Reply]

Bawak kereta pesen budak baru dapat lesen P.

Macam selipar!

poyotito's berkata... [Reply]

koi nok kejor ke konsert Search petang tu woi..!!

patut search cover gua punya kerugian.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

aku nyaris2 berada ditempat kejadian...tapi hati ak x sdap time nak pegi. so ak cancel

Shima Ibrahim berkata... [Reply]

adohhhhh..!! mujur xde ape2. tajuk mcm awan dania, skali cite pasal eksiden. tu la..memotong secara sombong dan garang lagi..

jo berkata... [Reply]

kalo dah kena sekali, lain kali kena beringat..

Don Balon berkata... [Reply]

kuikui

k.e.r.i. berkata... [Reply]

kalau tak pernah tersadai tepi jalan, bukan driver sejati nama dia.

-MsGoodNite- berkata... [Reply]

ni mesti aok org jahat, pasal kalo aok hero mesti aok kalah dulu, menang kemudian..hahaha

SFAW berkata... [Reply]

:)

deus X machina berkata... [Reply]

woi cerita murad bila nak abis!!!!!