Khamis, 22 Julai 2010

Mencari kehidupan hakiki

Pagi itu gua bangun dengan spirit baru. Lebih kurang jam enam pagi gua memulakan perjalanan dari Jengka dengan mulut berasap. Perut dah kenyang dan selesa selepas pekena nasi goreng telur dadar emak gua. Ada juga gua selit harapan supaya gua punya kenyang tahan sampai raya.

Pesan emak gua yang kabor jangan laju gua semat dalam-dalam sehingga tol Chenor. Gua sempai di tempat kerja baru gua ngam-ngam jam lapan. Tersengih-sengih tukar baju. Tak sia-sia gua pecut sampai pucat-pucat muka.

Menyambut ketibaan gua adalah satu makwe cun serta pepalih gebu. Dengan secara automatik raut wajah gua bertukar menjadi madu. Namun setelah berborak lebih kurang muka dah jadi tak berapa madu pasal gua dapat kesan yang makwe tu dah menikoh. Mungkin inilah yang dikatakan orang sebagai habis madu sepah dibuang. Terus menurun gua punya spirit.

***

Gua diperkenalkan kepada orang-orang yang patut gua kenal oleh bos gua. Tapi haram gua tak ingat kecuali dua nama. Misbah sama Arthis Syu'ari. Steady juga pemuda bernama Arthis Syu'ari ni. Selalu menghulur rokok berjenama gudang garam kepada gua. Gua dengan rasa malu terpaksa mengambil dengan tapak tangan terbuka.

***

Setelah puas berborak dan melihat orang membuat kerja, gua pun pulang ke rumah yang telah disediakan. Rumah memang barai gila. Rumah flat. Dalam ada lima, masuk gua jadi enam. Mujur jenis pandai bangun awal demeh tu. Rumah jangan kabor tikar getah, getah paip pun tak ada. Namun gua optimis. Rumah kat Klang itu hari lagi macam setan. Ini tahan malam-malam tak banyak nyamuk. Tersengih-sengih tidur tak pakai baju.

Dari sudut hiburan lagi barai. Betul-betul ada satu speaker saja yang mana boleh disambung terus ke talipon berjenama Sony. Tapi apa gila playlist semua love-love punya lagu? Terpaksa la gua layan secara perlahan-lahan demi menjaga reputasi serta nama baik keluarga. Mujur time Maghrib ada demeh tu pasang selawat sama Surah Yasin. Menaik juga spirit nak pergi mandi.

Tapi bahan bacaan memang hancur. Ada tiga kesemuanya tak termasuk paper lama-lama. Buku nombor satu bertajuk Kembara Kail. Nombor dua pula adalah bertajuk Perlipurlara Maya Seram. Gua syak dah tentu lah itu buku seram. Tapi kulit luar tak seram langsung. Bengong pergi bubuh gambor labah-labah. Bahan bacaan nombor tiga adalah sejenis majalah berjudul Mama tahun dua ribu. Front cover dia gambor Mustapha Kamal sama Susan Menon. Gua perhati ketiga-tiga buku tersebut dengan hati berkecamuk. Sukar untuk membuat pilihan. Gua tenung punya tenung.

PAP!

Gua angkat majalah Mama tahun dua ribu.