Isnin, 17 Januari 2011

Emak saya memang tip top orangnya # 2

Malam tu gua punya bosan memang mari, disebabkan gua baru kena marah dengan bapak gua, jadi nak keluar malam memang gua cuak. Muda-muda dah kena halau dari rumah memang tak steady. Jadi gua buat keputusan untuk duduk diam di rumah tanpa membuat dosa. Gua belek belek majalah Kereta satu persatu. Tersengih sengih juga berangan bawak makwe jalan jalan naik Nissan Skyline R34. Mesti makwe cubit cubit peha gua kalu bawak laju.

Selepas puas berfikir yang bukan-bukan, gua beralih ke scene berlawan bola di kompiter. Terus terang cakap gua dah tak lalu nak menang dengan adik gua tu. Jenis sayur sangat. Sembang lebat. Jenis main cari penalti serupa Manchester United. Jijik punya perangai. Nasib baik gua memang jenis handal. Handal tak handal kadang kadang naik emosi juga bila kena saiko. Cilakak betei. Naik serabut kepala hotak gua. Gua ni dah la ada tanggungjawab lain iaitu membalas sms makwe.

Bila dah pedih pedih ibu jari, gua pun beralih ke bidang yang lebih santai iaitu menonton televisyen. Terus terang cakap, kerja-kerja menonton televisyen ni memang satu kerja yang sedap dan steady jika dilakukan sambil baring. Ambik bantal, lipat dua, taruk belakang tengkuk. Peh. Memang selesa bukan main.

Malam tu cerita TV3 memang sedap, tersengih sengih gua layan. Sms makwe gua tak balas konon konon gua dah lelap. Esok pagi cakap dah tertidur. Setel. Cerita TV3 malam tu memang tip top, dia punya makwe memang cun dan pandai berlakon. Bukan serupa Pasah Sandha. Jenis berlakon menyakitkan hati orang. Perangai dah la macam setan. Gua dah lama simpan hajat nak letupkan mercun bola dalam mulut dia. Sampai hari ni tak dapat dapat.

Tengah sedap-sedap gua layan, tiba tiba adik gua yang bongsu suruh alih channel yang tayang cerita indon. Gila. Dari pagi bawak ke malam cerita indon, itu pasal suruh buat sirap pun barai lagi dia punya rasa. Gua sebagai abang yang garang dan tegas terus sound satu kali tanpa bagi muka sambil sorok remote celah kain pelikat. Kakak gua dan adik gua lagi satu tunjuk ibu jari pada adik bongsu gua tanda sedap. Buruk buruk muka adik gua merajuk. Gua pun sambung layan cerita TV3 dengan hati yang puas.

Dengan tidak semena mena emak gua datang dari dapur dengan sekole air milo bersama biskut kering. Gua mula rasa tak sedap hati. Emak gua taruk biskut kering sama air milo atas meja, dengan perlahan lahan emak gua mengalih pandangan ke arah peti televisyen.

"aik? mana Gerak Khas tadi? habis dah?"

"alaa mok ni, Gerak Khas sokmo, bukan sedak pun..", kata gua sayu sambil perlahan lahan mengeluarkan remote dari celahan kain pelikat.

"alih je laa..mok suka cerita dia.."

"BOOOO..!!!!", jerit adik bongsu gua tepat tepat depan muka gua lalu berlari masuk bilik. Terus terang cakap, kalu dan ke gua, memang kat situ jugak gua lepuk dia punya muka.

31 comments:

ashraf sahdan berkata... [Reply]

tiba-tiba gua rindu dekat arwah mak gua....

poyotito's berkata... [Reply]

sedekah Al Fatihah don.
gua tolong sedekah sama ni.
lepas subuh ni karang, banyak banyak doa.

Redz da Tsar berkata... [Reply]

Haha.. Baler...

Kekadang kesian jugok bile kena kaco dengan mok tengok Gerak Khas... kehkehkeh

poyotito's berkata... [Reply]

maunya tak, mok gua tu kalu dan mari dengan air milo tu maknanya dia nak tengok sampai habis la tu,

potong betul.

Emmett Russell berkata... [Reply]

yg part pasah sandha tu, same la mission kite. semoga berjaya!

fndrocka berkata... [Reply]

Oo..rupanya lu lah owner group 'kami benci gerak khas' kat facebook tu

Si Kachak Suparjo berkata... [Reply]

Mujurlah aok dengor kata mok aok.
Takde la nampak sangat pengisak ni pesen melawan mok.

h a n i e berkata... [Reply]

nasib lu tukar channel..kl x..kompem lu jd kembar remote tu..kena sumpahan..
hahahahha :P

poyotito's berkata... [Reply]

Emmet,
peh, nanti ada chance koi ajok aok sekali. kita letup gilir gilir
meriah sikit!

Fnd Rocka,
kah kah kah
bukan woi! koi like pun belum lagi!

Remy,
hehe
koi kalu sedor memang dengor cakap sikit, kalu dah lena je jadi lior

hanie,
ha ha
sekali gua tak tukor, selagi tu mok suruh alih, tak daya juga koi nok berdalih..

Bozu berkata... [Reply]

adik perempuan lu yang tengah belajar tu sihat?

mogobja berkata... [Reply]

jenis beteros terang awok ni.. hawt. keh3

Anisa Hang Tuah berkata... [Reply]

hai
cite indon sgt best okeii

jo berkata... [Reply]

pakwe2 pesen kuat menipu ni yg gua tak berapa berkenan ni..

Pa'tam berkata... [Reply]

dasar binatang juga. dgn makwe pun nak mnipu.

poyotito's berkata... [Reply]

Bozu,
sihat, sibuk ke talipon tu la macam biasa..

Mogobja,
keh keh keh
berterus terang ni sedak sebenornya

Anisa,
mesti aok selalu layan slot Lagenda kan?

Jo,
rilek la Jo, makwe bukan taktau gua tipu dia.
gua dah deal siap siap
keh keh keh

Pa'tam,
ini bila punya cerita ni woi,
sekarang saya dah tak binatang lagi.

Fadh berkata... [Reply]

ah lu nie jenis sembang jer lebat... Beli laa tv se lg hehehe

poyotito's berkata... [Reply]

Beli tv lagi satu tak boleh kelahi laa!!

Noraishikin Mohd Salleh berkata... [Reply]

terbaik la! gua rasa nak gelak guling-guling :p

k.e.r.i. berkata... [Reply]

ngan mok memang dokleh wak mende lah.
ngan ayoh gua berani lagi lah.
HAHA

nurain berkata... [Reply]

hahhaa..misali gak lu poyotito..kihkih..kalo aku dah tarik muke dah berebut remote dengan baoh.haish..mane taknye asek dok menengok berite je...lemah lutut~

pid berkata... [Reply]

emak gua pun memang tip-top orangnya. dalam mengconquer remote control la tapinya.

syed hafeez berkata... [Reply]

gua syak lu tengok rozita che' wan

-MsGoodNite- berkata... [Reply]

kalo cakak nama mok, mmg dokleh lawan. mmg tip top mok aok. mok koi pun tip top juga

hida.hadi berkata... [Reply]

part kene booo mmg menjatuhkan setandet- haishhh

broken_nigina berkata... [Reply]

rindu pulak nak tengok tv.

mea berkata... [Reply]

aok kem salam ke mok ye..
kabo menantu kem salam hahhaaa

bno.sabakbernam berkata... [Reply]

salam. dh link blog ni. tlg link jg blog kami. tk.
# suggest by: akudenanz.blogspot (ayh saya - nursyazalina)

DuniakuAbstrak berkata... [Reply]

beli tv lagi satu takde sape kacau dah nanti ..haha

deus X machina berkata... [Reply]

first

chenta berkata... [Reply]

ah beli tv lagi satu bape sen sangat. nak gaduh2 dengan mak tu yang priceless kan!!?

approve friend request aku bai!

Tanpa Nama berkata... [Reply]

asik citer pasal lu pnya mak je... citer la pasl lu pnya tekong plak... ak pon ada sejarah ngan lu pnya tekong kuikuikui....