Ahad, 30 Januari 2011

Hidup

Sebenarnya, seminggu dua ni kepala hotak saya macam dah penuh. Rasa macam dah tak berfungsi sangat. Penuh dengan pelbagai perkara yang saya fikir dan akhirnya buntu. Nak update status di facebook pun saya macam down. Baru baru ini saya entah macam mana,telah termuhasabah diri. Ya, tentang diri dan juga hidup saya.

Saya terfikir tentang diri saya yang barai ini. Liar dan tidak berperasaan. Betul, saya sudah lama tidak bersedih. Tidak kira apa permasalahan hidup yang saya lalui. Saya kekal dengan imej steady dan keras. Ini kerana pendapat peribadi saya mengatakan bersedih sedih atas apa jua masalah dan kesedihan adalah sesuatu yang merugikan. Bersedih disini bukanlah ertinya menangis. Murung, bermuram durja juga saya anggap ia di dalam kategori bersedih. Saya tidak suka orang yang meladeni rasa sedih secara beria kerana saya memegang kuat kata kata, 'hidup ini terlalu singkat untuk bersedih'. Sikit sikit cukuplah.

Telah lama saya buang perasaan sedih dari ruang hati saya, namun sedikit sebanyak ia masih bersisa di hati. Saya sebenarnya adalah seorang yang simple dan cepat terhibur. Saya tidak perlu keluar menghabiskan duit semata mata mahu mencari hiburan. Cukup sekadar duduk tersadai di rumah mengadap internet sudah cukup menghiburkan saya. Tak dapat broadband, via opera mini pun jadi. Saya tidak faham kenapa ada status bertemakan bosan di facebook. Dah tau bosan berkawanlah dengan orang. Jangan jadi kera sumbang.

Sebenarnya lagi, saya terfikir tentang hidup saya. Entah berapa banyak masa saya dibazirkan dengan kerja yang sia sia. Satu ketika dulu, terlalu banyak sisi gelap, terlalu banyak perkara negatif dalam diri. Terlalu banyak juga kerja kerja mungkar yang telah saya ceburi. Entah nak jadi apa. Saya sepatutnya malu kerana saya disuntik dengan didikan agama yang cukup mantap oleh ibu bapa. Di sekolah juga begitu. Pagi petang mengadap kitab. Gila jemu kalu dikirakan.

ok, setakat ini dulu. Nanti saya sambung. Notification kat facebook dah mencanak canak naik ni..

16 comments:

Brader Chacha berkata... [Reply]

gua rasa dh smpai benor masanya untuk lu naik haji..

nurain berkata... [Reply]

sengal~

poyotito's berkata... [Reply]

Tabung haji belum panggil lagi cha..

Bozu berkata... [Reply]

meremang jugok bila keluar entri serius-serius ni ye dak?

Anisa Hang Tuah berkata... [Reply]

perasaan sedih itu sangat cool
okei
sila spare hati utk sedih

poyotito's berkata... [Reply]

Bozu,
itu lah, spirit serius ni tak boleh dibuat main sebenarnya

Anisa,
cool eh?
ok, tapi jangan lama-lama.
rugi

fndrocka berkata... [Reply]

Kalau nak dikirakan...sikap kita berdua nak dekat sama. Cuma kekacakan je yg aok kena improve

fndrocka berkata... [Reply]

Kalau nak dikirakan...sikap kita berdua nak dekat sama. Cuma kekacakan je yg aok kena improve

fndrocka berkata... [Reply]

Kalau nak dikirakan...sikap kita berdua nak dekat sama. Cuma kekacakan je yg aok kena improve

chenta berkata... [Reply]

amboih sampai tiga kali komen dia tarok. nak emphasize yang dia ensem lagi lah tu. HAHAHA

anyway pakwe owner blog, insaf diri tu bagus. tapi jangan insaf je, change it into action! mula2, menten solat lima waktu then insyaallah bole nampak sikit hala tuju (ni cakap dengan cermin jugak sebenarnya..) :)

Mikael berkata... [Reply]

entri lu kali ni penuh emosi. sebak gua jadinya..

tasekM berkata... [Reply]

ah! lu ni kan... tulis apa pun gua rasa sedap je baca..




.

@tune® berkata... [Reply]

sedih..suka duka..smua ada dlm diri kau...kau jer xplore..

jo berkata... [Reply]

pergi tengok cerita ustaz amirul sana. moga mendapat hidayah yang lebih.

-MsGoodNite- berkata... [Reply]

koi rase, aok dah mula berfikir cara yg lebih dewasa.

poyotito's berkata... [Reply]

sekali sekala pekena taip style serius ni sedak juga..

menda menda pun terima kasih kerana sudi baca dan respon.