Khamis, 17 Februari 2011

Fokus

Dalam minggu minggu gua muhasabah diri itu hari, ada satu malam tu gua rasa bersemangat betul, rasa macam nak ubah segala galanya. Gua duduk termenung di tempat kerja dan merancang hidup. Gua rasa gua perlu perubahan dalam susun atur hidup gua. Gua tak nak lagi hidup melara. Tak ada guna badan sasa tetapi hidup terumbang ambing.

Minggu tu gua bekerja shift malam, jadi gua ada banyak masa untuk termenung memikirkan masa depan. Kerja shift malam kerjanya tak banyak, supervisor gua tak ada. Gua kena handle sorang sorang sebarang kerosakan yang bersangkut paut dengan department gua. Steady habis bila orang ramai ramai pakat tengok kita buat kerja. Macam gua kabor itu hari, rasa macam hero. Gua pulang ke rumah pagi itu dengan bersemangat dan tidur yang cukup.

Gua rasa banyak menda yang perlu diperbetulkan dalam jadual hidup gua. Jadual tidur yang paling penting. Susun atur rumah, jadual senaman, jadual makan, jadual mandi dan jadual beribadat. Semua menda nak kena setting lain. Yang lama dah tak boleh pakai. Dah tak relevan dengan umur dan body. Dulu badan kuat, umur pun muda lagi. Sekarang dah tak rasa muda dan kerap mengalami sakit pinggang. Harap harap bila dah ada bini nanti, bini sudi la urut bila gua pulang dari kerja.

Dalam kepala gua memang banyak menda gua fikir semasa memandu pulang. Mula mula gua akan bersenam dulu, angkat dumbbell dan juga pelbagai senaman rahsia gua demi menjaga bentuk badan gua yang seperti sedia maklum, mengiurkan. Kemudian, gua akan basuh baju yang banyak boleh tahan juga tak berbasuh, gua rasa gua dah tak patut hantar ke dobi. Badan sedap tapi baju hantar dobi bukan steady sangat bunyi dia. Siap sahaja basuh baju gua akan menyusun atur balik perabot dalam gua yang ada dua tiga kerat sahaja itu. Perabot tersebut hanyalah enam buah tilam, dua buah meja kecil, sebuah rak dan paling berharga ialah sebuah periuk nasik karan. Boleh masak lapan put. Tibi dah tak ada pasal owner dah ambil balik. Jadi tengah tengah malam memang dah tak dapat nak pekena Nightline. Hujung minggu pula gua akan sunyi tanpa Melodi.

Sampai sahaja di rumah, gua terus pulun makan nasik lemak yang gua dah bungkus siap siap. Siap sahaja gua terus naik ke bilik gua iaitu di tingkat atas. Masuk sahaja bilik gua terus tanggal baju dengan gaya kung fu. Gua perhati setiap sudut bilik. Di satu sudut, gua ternampak satu laptop. Gua renung laptop dalam dalam. Tanpa perlu renung lama lama, gua terus on dan terus button connect di Celcom Broadband Manager. Alhamdulillah, internet boleh tahan bagus pagi tu, sampai ke petang gua mengadap facebook..

17 comments:

ashraf sahdan berkata... [Reply]

senaman rahsia? gua dah terbayang macam-macam ni, haji. aok jangan selalu sangat buat menda tak elok macam tu.

jo berkata... [Reply]

ni la hangat-hangat tahi ba-alip-ba- ni orang kabo..

h a n i e berkata... [Reply]

lu memang gitu. baik lu pindah pi duduk seblah kedai dobi-yang-ramai-makwe-swit2..hahaha

tasekM berkata... [Reply]

perumpamaan yg jo bg tu mmg tebaek la gua rasa.

ha ha.



.

poyotito's berkata... [Reply]

gampit don, jenis cuba merosakkan imej gua di mata masyarakat.. senaman rahsia gua tu biarlah rahsia..

jo,
kah kah kah
dah on laptop, susoh!

hanie,
gua dah usha, tak ada..
memang mengecewakan..

poyotito's berkata... [Reply]

jenis berpakat gini keh jadi lemoh ni..

Anisa Hang Tuah berkata... [Reply]

nasi lemak penyebab mengantuk

Sab Buenoo berkata... [Reply]

patutla selalu nampak status ko kat fecbuk.

broken_nigina berkata... [Reply]

tu la kan.

-MsGoodNite- berkata... [Reply]

ini ke yg lu duk fokus sgt tu? on9 dari pagi ke petang? ish..ish..ish..

Bozu berkata... [Reply]

ikut suke koi la budok nok komen mende pun!

dewajiwa berkata... [Reply]

tabiat tido tilam tebal-tebal nie bleh buat tulang kekal melengkung

mogobja berkata... [Reply]

nasi lemak... patutla bdn menggiurkan. ehem.

Aku la berkata... [Reply]

haha!bace komen je meraban mende2 ntah. tapi betol la, badan mengiurkan tu yang tak leh bla..haha! penat ek berperang dalam tenet? bagusla tu, tersusun cantik tepat tepat punyalah aku bayangkan perabot2 rumah tu pas siap berperang tuh.

Nerzhul berkata... [Reply]

facebook ialah virus...abih rosak semua program aok sebab virus facebook..haha

DuniakuAbstrak berkata... [Reply]

iman tak cukup kuat ni..tewas di tangan online..keh3

deus X machina berkata... [Reply]

k