Selasa, 1 Februari 2011

Hidup # 2

Hidup saya dulu memang barai habis, sembahyang entah ke mana, belajar entah ke mana, semua tau nak enjoy saja. Nasib baik dapat juga merasa masuk universiti. Itu pun kawan kawan yang beria ajak. Ikut hati saya masa tu memang tak lalu dah nak belajar. Leceh. Nak kena baca itu baca ini. Assignment sana sini, nasib baik boleh copy dan paste je. Tukar nama, tukar nombor id, edit sikit sikit dan print, kirim dekat orang suruh hantar. Senang gila.

Saya masih ingat kata kata bapak saya ketika saya dibuang asrama dulu, kata katanya membawa maksud begini, 'ko ni kalu ikut kepala hotak memang boleh jadi apa sahaja yang ko nak, tapi malang ko pilih nak jadi nak jadi macam ni. rugi.'. Ya, dah lama bapak saya cakap menda ni kat saya. Tahun 2002. Tahun barai saya. Tahun 2003 saya jadi orang sikit. Tahun 2004 dan lepas tu lagi teruk dari 2002.

Sebenarnya dulu dulu saya pernah menyimpan dendam terhadap bapak saya. Sebab saya rasa bapak saya bertindak tidak adil terhadap saya. Sampai satu tahap saya rasa seperti saya anak tiri. Saya jadi rebel tak tentu pasal. Saya berhenti mintak duit walaupun masih belajar, tapi time dia bagi tersengih sengih juga saya ambik. Kena marah saya buat keras dan buat pekak. Namun bapak saya lagi kental, lagi saya buat pekak lagi power dia punya volume. Akhirnya, saya realize yang rupa rupanya saya yang bengap rebel tak tentu pasal.

Scene dadah terlarang, rempit dan ehem ehem bukan asing lagi sebenarnya pada saya, suatu ketika dulu. Mujur tak tangkap dek polis saja. Jumpa road block mula la berdebor bukan main. Mujur la tak jadi apa apa. Kalu tidak mungkin sekarang saya tersengih sengih menaip dari dalam penjara. Berkenaan hal rempit pula, bukan saya tak pernah layan corner sampai tahap foot rest bergesel dengan jalan.Dia punya berapi jalan memang boleh mendatangkan kenikmatan. Tapi bila lepas eksiden, eksiden, saya serik. Jadah apa main motor sampai muka berparut. Sakit tu satu hal lah.

Bila dikenang kenang balik, saya rasa bengap bukan main saya dulu. Tapi normal lah kan, budak budak, apa yang penting ialah sekarang. Mulai sekarang saya rasa saya patut serius dengan hidup saya. Saya pernah tulis pasal ni pada status di facebook saya. Saya serius bukan main dah masa tu, sebenarnya status lain pun saya serius juga. Cumanya, saya tulis dengan cara yang tak serius. Pernah saya bagitahu pasal keinginan saya hidup sederhana di Batang Kali, ya, saya sangat serius tentang hal itu. Harap harap tinggal di bandar yang tenang ini, jiwa saya juga akan tenang.

Hidup ni nak jadi orang baik senang sahaja sebenarnya, jaga solat betul betul. Solat ni sebenarnya boleh jadi pendinding kita. Barai solat barai la semua. Bapak saya juga pernah kata, hidup ni hari hari kena tahu juga berapa banyak menda baik dan berapa banyak menda buruk yang kita buat. Kalu dah banyak menda buruk daripada menda baik itu tanda dia kita kena berhenti jadi orang.

Ok lah, saya rasa sampai di sini sahaja lah dulu bercakap hal serius ni. Nanti lain kali saya sambung lagi. Saya akhiri entry ini dengan persoalan yang diutarakn oleh mendiang Bob Marley semasa hidupnya,

“Open your eyes, look within. Are you satisfied with the life you're living?”

32 comments:

Pa'tam berkata... [Reply]

1st!!!!

Pa'tam berkata... [Reply]

aku tak baca lagi ni.. nnt2 lah aku baca

Pa'tam berkata... [Reply]

eh aku dah cakap belum aku dah habis exam? dah eh? kbai

poyotito's berkata... [Reply]

dah la Patam..
jenis pelupa ko ni

Pa'tam berkata... [Reply]

ah kenapa sopan sangat ni tito? yang penting tahun 2011 ni dah jadi orang.

poyotito's berkata... [Reply]

orang berbudi kita berbahasa Patam..
heheh

citahrudin berkata... [Reply]

pehh..smpi tak tau nak kabo menda

poyotito's berkata... [Reply]

haha
berat juga hal ni rupanya,
sampai sehomeh homeh aok pun boleh kelu lidah

tasekM berkata... [Reply]

nah baju kot!




.

poyotito's berkata... [Reply]

kecik sangat bajunya,
mana muat kak!

Sab Buenoo berkata... [Reply]

tanda2 nak naik pelamin.

Fied. berkata... [Reply]

dah overhaul ni, jaga la baik-baik. ye dak?

-MsGoodNite- berkata... [Reply]

dem.. mmg siyes punya entry.

Noraishikin Mohd Salleh berkata... [Reply]

terbaik poyot! i suka ;)

Bozu berkata... [Reply]

pulangkan Poyotito yang dulu..

Mikael berkata... [Reply]

serius cakap, air mata gua dah mula menitik baca entri lu kali ni.

areleaf berkata... [Reply]

lu lalok kan masa tengah taip entri ni?

Tanpa Nama berkata... [Reply]

finally, the spark ignites the spark plug. muahaha.

kalau kau serius, aku pun akan komen serius.

kau budak metropolis j-city, kita sama, maknanya aku memang arif benar tentang lifestyle barai yang kau bagitau tu.

tentang hal-hal keseriusan kau terhadap sesuatu perkara(status fesbuk) tapi orang buat main-main tu, mungkin sebab kitorang kurang common sense, atau memang tak pernah nak fikir, disebabkan oleh kau sendiri yang berperangai tak pernah nak serius. aku pun macam tu kadang2. tulis benda serius, lepas tu tengok muka kau yang komen, terus tak jadi serius. terpaksa lah layan..muahaha.

tapi dengan pengakuan ini, aku memang respek la kau pytt, sungguh. oleh itu, kalau kau ada j-city jumaat ni, teringin aku belanja teh tarik sepam. amacam? boleh lah kita berbincang tentang hal serius ini dengan lebih lanjut dan lebih serius. amacam?

yang serius,
The Don.

(ini pun dua tiga kali gua baca sebelum komen, punyalah serius gua tulis komen)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

serius kah cerita ni..

jo berkata... [Reply]

ni la simtom-simtom peningkatan usia. mula menyesal dengan benda bodoh zaman gelap. rilek la kawan. manusia belajar dari kesilapan..

Nerzhul berkata... [Reply]

sekali air bah..sekali pasir berubah..banjir dok kita tahun ni? hehe

Tanpa Nama berkata... [Reply]

'experience' is a name people give to their mistakes.

mogobja berkata... [Reply]

prangai ensem sgt. sukar di rejek.
menaip lam penjare 2 sweet org kate.

Fadh berkata... [Reply]

menitis airmata gua baca entry nie...isk isk...(sambil lap air mata dan hingus)...

DuniakuAbstrak berkata... [Reply]

semangat nak jadi orang tu biar sampai, jangan separuh jaLan

zaman kutu dah berlalu
seLamat kembaLi ke pangkaL jaLan

insaf

ini merupakan salah satu sindrom awaL nak tamatkan zaman bujang

haha

nana berkata... [Reply]

biasalah pakwe tapi sekarang dah jadi orang dah, makwe suka.

Don Balon berkata... [Reply]

Alhamdulillah...

nuyuljana berkata... [Reply]

jarang2 aku baca entri mcm ni.

menusuk qolbu der!

poyotito's berkata... [Reply]

sesungguhnya gua amat menghargai setiap apa yang lu orang taip di ruang komen ni,
tapi masalahnya gua tak dan nak reply!!

k.e.r.i. berkata... [Reply]

gua rasa nak menangis baca entry ni.

MATAHARI berkata... [Reply]

i see me in this....


tapi watak bapak dalam ini tiada..

Aku la berkata... [Reply]

kalo boleh menaip dalam lokap tak mende lah,hebat mat doh ase dok dalam penjare gitu.menaip naip je bukan main lagi. :p