Isnin, 23 Mei 2011

Cinta Untuk Samad - Sekuel

Entah macam mana, ada satu hari Aisyah ajak Samad keluar. Samad bergegas cari duit dalam kocek seluar jeans. Dapat juga dua puluh ringgit lebih. Lepas laa buat isi minyak.

Sampai saja Samad nampak Aisyah sudah menunggu dengan baju kurung kaler purple. Memang cantik bukan main. Samad duduk tepi Aisyah, wangi. Samad pun berborak borak dengan Aisyah. Borak punya borak, Aisyah tanya satu soalan.

"Sam taknak cari makwe lain?", Aisyah tanya pakwe lamanya itu dengan nada serius.

"Nak. Tapi sam dah tak reti mengurat la". Kata samad pula. Jelas sangat menipu.

"Ah ada pulok gitu gaye?", balas makwe langsung tak percaya. Langsung tercakap Pahang, tadi kemain cakap Kuala Lumpur.

"Betul..sekarang ni jumpa makwe solid je lidah Sam jadi kelu.
Aisyah tolong cari untuk Sam boleh?"

"Boleh. Sam nak yang macam mana?", Aisyah jawab yakin. Macam tokei kedai sport rim dia punya perangai.

"Yang muka serupa Aisyah, lesung pipit serupa Aisyah, body serupa Aisyah, gelak serupa Aisyah, perangai serupa Aisyah.", balas Samad pula, "boleh?"

Aisyah diam tak kata apa.

14 comments:

Redz da Tsar berkata... [Reply]

Pehh.. Itu bukan tektik mengorat ke? Pandai etoi Samad te

tasekM berkata... [Reply]

ceh.
tak reti la sgt...



.

poyotito's berkata... [Reply]

tak sengaja tu.., tak sengaja..

PUTUBAMBU berkata... [Reply]

hahahaa..!
terkedu aishah dibuatnya ye..

Mat berkata... [Reply]

ah, samad.. Samad.. Pandai sangat die yah.!

DuniakuAbstrak berkata... [Reply]

ececeh..

Amal berkata... [Reply]

amboi sam. kemain aok yek

Don Balon berkata... [Reply]

Ni samad ke sadam ni kuikui

Noraishikin Mohd Salleh berkata... [Reply]

alahai encik samad ni.....bukan main lagi mengayat nyer :p

hahahahahahhahahaha

Fadh berkata... [Reply]

lu biar betul...

Orang Akaun berkata... [Reply]

kira depa 2 orang belom kapel lagi la?

poyotito's berkata... [Reply]

dah break up..tapi samad nak ayat balik.
keh keh keh.

nuyuljana berkata... [Reply]

ceh.

lidah kelu la sangat!

haha.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

awk ni comel je. jujur & kelakar(kalau tak kelakar makwe tak kacip sgt) :)
bkn nak mengorat awk ni. your humorous sense alike my hsbnd's.

- salam dr org b.b.bangi, kg. kat kg. sentosa btg kali - lyn