Rabu, 4 Mei 2011

Prinsip

Ok. Masuk hari ni dah sebulan lebih gua tak update blog. Jadi sebelum masuk dua bulan, baik gua update dulu sepam. Gua sebenarnya dah malu nak kabor gua sibuk ni sebenarnya. Jadi kali ni gua bagi alasan yang lain sikit, iaitu gua tak ada idea. Senang. Hari hari pergi kerja balik malam, pergi malam balik pagi. Dekat tempat kerja pulak tak ada yang menarik selain dari berborak dengan supervisor gua iaitu Jamal. Jamal pulak kalu dapat berborak memang satu apa kerja tak jalan. Sama naik bercerita sampai naik naik tangan. Alhamdulillah tau tau dah masuk waktu rehat..

Ok, sebenarnya blog gua tidak berupdate adalah kerana prinsip. Ya, prinsip. Prinsip yang mengatakan kalu tak ada idea jangan mengada ngada nak tulis juga. Gua bukan tak boleh nak taip tiga empat ayat lepas tu post, tapi gua tak nak. Sebab gua menghargai pembaca Separa Normal. Gua rasa lu orang patut dapat apa apa dari apa yang lu baca. Senang cerita, ada isi. Macam salam kaut. Andai tidak dari segi ilmu, kurang kurang dari segi hiburan. Kira kalu lepas baca tersengih tu kira ok laa. Senang cerita lepas ni kalu gua tak update, lu anggap je lah itu satu bentuk penghargaan dari gua. hihi.

Gua perhatikan sekarang ni banyak betul blog baru timbul. Sama naik dengan akaun facebook. Semua orang nak ada twitter, semua orang nak ada blog. Gua terfikir juga, blog sana blog sini siapa yang nak baca? Dalam ramai ramai tu ada juga yang singgah di Separa Normal. Ada yang baca entri dan komen, ada yang komen dekat chatbox, ada juga yang pesen baca tidak apa tidak tau tau dah komen. Memang licik. Gua pulak kalu rajin dan ada masa, gua akan usha balik mana mana blog yang singgah tadi. Usha entri sepam, komen. Macam orang lain juga. Kalu sedap gua datang lagi. Kalu gua tak datang tu maksudnya gua sibuk mengata orang dekat facebook. Takpun main poker. Ha bercakap hal poker ni gua sakit hati betul. Memanjang kalah saja, itu hari kemain senang dapat enam juta. Sekarang nak dapat setengah juta pun susah. Jenis main poker pun main jampi susah laa. Ish, menda aku cakap pasal poker pulak ni?

Berbalik kepada tajuk utama kita tadi, prinsip. 'Hidup ni kena ada prinsip, dah ada prinsip baru ada jiwa'. Gua tulis ni pada status gua di facebook. Prinsip ni bukan menda main main, menda menda ni lah yang buat jiwa kita kuat, tak mengikut orang dan juga jadi kalis kecik hati. Baru baru ni ada satu makwe sms gua, ' macam mana nak jadi hati batu'?. Gua reply sambil baring dari dalam opis, " create satu prinsip, dan berpegang kuat padanya, sepertimana kau berpaut kuat pada agamamu'. Makwe balas lagi, tapi menda entah dia balas gua pun lupa. Gua pun sambung balik layan arena rock.

Hidup kita ni memang banyak masalah, normal. Masing masing ada masalah sendiri. Sama juga macam gua. Yang berbeza cara kita hadap. Hadap cara lembik memang laa lembik jadinya. Cuba keras sikit. Ni tidak, hal kecik kecik pun nak menangis, mogok sana mogok sini tak nak makan nasik. Buat sakit badan saja. Jiwa kita ni kena laa kuat, tak kisah laa laki laki ke perempuan. Jangan sebab engkau perempuan hati kau dibiar lembut macam gitu je. Gua cakap macam ni mungkin nampak macam sombong sikit tapi terpulang lah lu orang nak kata apa.Ok, aku tau. Aku bercakap macam menda ni senang kan? Sebab aku ni macam macam problem punya sampai. Tapi ada ko nampak aku bersedih? Tapi ada sebenarnya. Baru baru ni.

Satu masalah yang memang real punya problem menimpa gua. Lagi real dari cerekarama, lagi perit dari kena tampor. Empat pusingan gua try makan nasik, peh, sesuap je boleh masuk. Tidur jangan cerita, sikit pun tak boleh nak lelap. Pegi kerja barai, melayang layang rasa badan. Problem jenis gitu memang gua mengalah. Dia punya serabut kepala memang real. Hati berkecamuk. Sampai satu tahap gua pergi klinik mintak ubat batuk. Supaya gua boleh tidur dan bertenaga pergi kerja. Dan bila mana gua fikir punya fikir gua dapat satu jalan yang paling real. Gua semayang dan mintak doa pada tuhan. Peh, sekejap je hati jadi tenang. Tak payah ubat batuk tak payah apa, lena tidur sampai lapar lapar perut. Bangun bangun tidur gua usha talipon, 99 missed calls. Mantap.

Sepertimana gua jawab pada interview oleh Bozu itu hari, gua pernah ada makwe lapan kali. Bukan ada makwe sampai lapan. Satu orang makwe pun tak panggil gua 'abang'. Ini semua sebab prinsip. Sama juga dengan dalam berblog. Ada pernah lu orang baca pasal politik di blog gua? tak payah cari. Memang tak ada. Ada pernah lu orang tengok gua klik button 'follow'. Tak pernah dan semuanya bersebab. Bercakap hal follower ni gua nak berterima kasih juga la pada yang follow Separa Normal. Gua yakin ramai follower yang true di Separa Normal. Walaupun tak semua. Bagi gua follow tak follow tak penting yang penting respon pembaca. Ni karang follower ratus ratus komen tak sampai tiga puluh, apa cerita? Gua sebenarnya ada nak ulas sikit pasal tulisan Bozu kat sini tapi sebab dah panjang sangat gua kensel je lah. Lu orang pandai pandai lah baca sendiri.

Ok, gua ni prinsip sana prinsip sini, sekarang gua nak tanya, lu orang masuk tak dengan apa gua tulis ni? Lu orang ok tak gua serius macam gini gaya? Sebelum kita berpisah ni sekali lagi gua nak pesan, mana nak dengar, dengar. Jangan hisap dadah, jangan bercinta kalu rasa lambat lagi nak menikoh, jangan tinggal semayang, dan paling penting jangan masuk Pencarian Lelaki Sweet dan Awek Bertudung. Aku lempang betul betul karang. Pasal prinsip gua tu jangan lah ada siapa siapa yang tanya. Bak kata Siti Nurhaliza dalam lagunya, biarlah rahsia..

18 comments:

.Gory. berkata... [Reply]

Gua dan baca 3 perenggan je. Lepastu terkenang karangan SPM, gua terus cari ruangan komen. Kahkahkah

HazirahMahadzir berkata... [Reply]

gua tau makwe tu reply apa psl prinsip tu..

.
.
.




.
.







dia tak reply apa pun.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

kahkahkah.

lepas baca entri ni, baru gua perasan, prinsip gua berblog boleh tahan kering & gersang jugak.

-Don malas nak sign in.

citahrudin berkata... [Reply]

menangis depan orang memang hell,
menangis depan DIA memang sorga...

hani berkata... [Reply]

prinsip wa senang jek. lu hapdet, wa komen. kalau tak, wa mengata lu dekat fesbuk.

ok wat.

Bozu berkata... [Reply]

prinsip tu apa, abang?

asip محمد berkata... [Reply]

prinsip apakah?

VFN berkata... [Reply]

kalau update,dtg baca ..
kalau takde,tunggu sampai lebam ;)

tasekM berkata... [Reply]

dah tak bulih tanya pulak...?
tak bulih sudah.

:p


.

@tune® berkata... [Reply]

gua bace la blog lu...
sbb jarang apdet...sedap sikit mata gua baca tulisan kecik² nih...

masalah?xde idea?

Prinsip mmg prinsip..
tp manusia pegang pada janji gak..

-MsGoodNite- berkata... [Reply]

terus terang, koi mmg cepat bosan baca entry pesen panjang2 ni. dah rasa mcm baca novel plak... hahaha.

entry pendek then post tu aok sound kat koi ke haji? terasa dowh!

hiro berkata... [Reply]

berpedoman juga lu ni...keh2..power!

al-jambz berkata... [Reply]

gua sangkakan puaka ini tidak berwawasan. kah2

mashi berkata... [Reply]

panjang bona la plak...skali harung 3 4 entry ape...kehkehkeh
ehh sy dh sebuln lbh polo,dh siap godek2 entry....

ps:kalu x bes xde mknenye sy polo:)

Sab Buenoo berkata... [Reply]

update juga lu ni. =..="

tapi takpe. tunggu lu update, itu prinsip wa. keh3. :P

Shima Ibrahim berkata... [Reply]

entry panjang cenggini qada sebulan punye update ke hape? tapi walaupun serius, ade gak klakor nye. i like!

PUTUBAMBU berkata... [Reply]

ish..ish..lama sungguh bertapa..

kita pun kengkadang naik lemau nak update blog..

pasal takde idea..

so...daripada takde idea..baiklah diam kan..?!

broken_nigina berkata... [Reply]

hidup kena balance.time serius,serius.time lawak,gua lawak.dan gua suka entri ni.tekan butang like.