Ketika Murad pergi menghantar makwe ke KLIA tempoh hari, Murad telah menghadiahkan sebuah puisi poket berjudul Tangerin & Nikotin kepada makwe. Ditulis oleh makwe bernama Mimi Morticia. Entah siapa siapa Mimi Morticia ni Murad tak peduli. Kerana yang penting ialah apa yang ditulis, bukan siapa yang menulis. Nak bagi hadiah mahal mahal Murad bukan berduit sangat.
Makwe menerima buku tersebut dengan mata yang bersinar sinar. Sambil sambil menunggu boarding time, makwe membelek belek buku kecil tersebut penuh minat sambil ditemani Murad. Dibacanya perlahan lahan. Helaian demi helaian diselak. Dan berhenti tatkala bertemu dengan perkataan perkataan yang kurang difahami. Murad dengan steady menerangkannya satu persatu dengan gaya cikgu cikgu.
Tiba tiba makwe berhenti lama dia helaian mukasurat nombor sebelas. Di satu persoalan yang berjudul FAQ. Makwe termenung. Jauh gayanya kalu diukur dari kedut pada dahinya. Murad tenang memerhatikan gelagat makwe tanpa sepatah kata. Lama kelamaan makwe bersuara.
"ok, kalau saya tanya awak soalan ni, apa awak akan jawab?", tanya makwe penuh makna. Jari telunjuknya ditala ke persoalan yang berjudul FAQ tadi.
"saya akan jawab, tapi saya nak awak yang jawab dulu", jawab Murad ringkas.
"aik? kenapa saya dulu pulak?", balas makwe pula. Hairan sangat gayanya.
"sebab nanti awak tiru jawapan saya! saya tau dah perangai awak tu..", balas Murad pula lancar.
"hak hak! ye laa, ye laa..nak tiru pun tak boleh! ok, kalu saya..saya nak saya yang mati dulu.", jawab makwe tanpa fikir panjang.
"sebab?"
"sebab saya tak sanggup nak tengok awak mati..", jawab makwe sayu, "awak pulak"?
"kalau saya, saya juga harap awak yang pergi dulu.", konfiden bukan main Murad jawab. Sampai jadi garau garau suara. Biasa biasa dah laa Murad..
"KENAPA?", makwe respon sepantas kilat.
"sebab saya nak bahagiakan awak sampai akhir hayat awak, saya tak yakin ada orang lain yang boleh buat awak bahagia sama seperti yang saya buat".
Makwe pandang muka Murad dengan mata berkaca. Cepat cepat Murad lap hujung mata makwe pakai ibu jari.
***
Pertanyaan: Kamu rela orang yang dicintai setengah mati, mati dahulu, atau kamu yang pergi dahulu?
18 comments:
eceh...berat soalan nie...er er er...
biar die pergi dulu..sobsob
tito2.. lu memang power
kalau wa...wa jawap jek..
"baik lu yg pergi dulu...sebab wa buleh cari lain"
hahahahah!
elelele hanie, kononnya
padahal berkerut dahi pikir
Kalau gua,biarlah dia pergi dulu. Pasal gua tak boleh kalau dia hidup dengan orang lain. Ke gone?
oh ekstrem berat soklan ni..if masuk exam spm, gagal lama dah gua..
biarlah gua pergi dulu.
dia nk kawen lain pun tak pe.
gua mmg pesen mulia2..
;p
.
biar kita mati dulu
baru xda rasa sedih
ye dok?
chop nak mati dulu.
sebab gua selfish.
kemain awak.
haritu kalut dok tanya nak tulis mende.
baik kita mati dulu,sebab xsanggup nak hidup tanpa org yg kita cinta.
amcm?molek dak jawapan?
kemain mengancam entri kali ni.
soalan dari makwe ke apa ni.
koi tak dan nok mikir..
nok gi ambik anok skoloh kuikui
biala saye mati dulu. die kawen lain. kesian kat wanita lain plok. laki kurang dh skang ni..hihi
owh..smua itu adalah pinjam dari Allah...
sampai mase...pasangan saya akan dipulangkan kembali...
saya redha...
tapayah la manis sgt. ish.
soalan tuh dewa-dewa ja boleh jawab der..
Catat Ulasan