Tadi, ketika gua tengah sedap sedap menulis, tiba tiba gua mendapat satu panggilan talipon dari seorang perempuan. Belum sempat ringtone habis gua terus angkat dan bagi salam elok elok.
"waalaikummussalam. Awak buat apa? sibuk tak?", tanya perempuan tersebut.
Daripada soalannya tu gua dah tau dia nak ajak gua berborak. Tapi memandangkan gua memang tak biasa menipu perempuan yang seorang ni. Jadi gua dengan jujur bagitahu dia.
"err..tak juga. saya tengah menulis.", jawab gua pula. Suara gua kasi yang paling madu sekali. Sengaja gua gunakan ayat "tak juga" supaya dia tahu gua ada pilihan. Antara sibuk dan tidak. Sama sama boleh pilih.
"menulis? menulis apa dah?", perempuan itu tanya lagi. Ingin tahu benor gayanya.
"menulis cerita lah, saya nak buat buku.", jawab gua sambil berharap dia tahu gua ingin sambung menulis lagi.
"oh, ok. good! takpa lah, awak menulis lah dulu ye, tak nak ganggu lah. nanti awak hilang fokus.", balas perempuan itu lembut.
Selepas berborak lagi sepam perempuan tersebut pun kabor ilebiu dan letak talipon. Gua pun terus kabor ilebiutu macam biasa dan terus sambung menulis.
Gua nak kabor satu menda je, perempuan macam ni memang orang laki laki suka.
Lagi satu, daripada kejadian ni dapat gua katakan, sesuatu perhubungan itu perlu ada persefahaman. Bila ada persefahaman, semuanya jadi senang dan lancar. Bila dah lancar, baru lah boleh pergi lebih jauh dan dapat lebih kilometer.
Ok. Gua nak sambung cerita gua yang terbelangkai tadi kejap. Jo dah dua kali tanya bila nak siap, berdebor juga gua nak reply dia punya mesej.
11 comments:
ekeke. tgn geletor x?
dah dengor ailebyu tu... mau kepala tune berangan pulak. tak siap la lu menulis gua syak...
.
jangan duk tulis ailebiu sudah la. mengamuk Jo kang,
tulis buku motivasi ke?
ececece...
Ailebiyuteri...
gua nak carik jugaklah awek yang serupa awek lu. kakaka
ye ke sambung cerita? bukan lu sambung mesej dengan makwe ke? ececeh..
ecececeh...siap berpesan sifu cinta nih..
Aok ni pollito makwe doh yang ke 18 pun tok lekat2.. kena istikharah ni.. lepaeh malanc ketiga aok tanya mok aok dia ander calon doh ke?
Koi saspek dia ander doh standby se ke aok te..
perghh deep gua baca. serius. :') ailebiu
Catat Ulasan