Sabtu, 9 Julai 2011

Keluhan New Zealand

Entah kenapa gua tiba tiba jadi semangat bukan main nak pergi New Zealand. Nak pekena bungy jumping sama snowboarding. Gua dah niat, satu hari gua mesti pergi. Dapat tak dapat belakang kira. Yang penting niat gua ikhlas nak pekena bungy jumping. Gua tak nak pekena tak tempat lain. Gua nak pekena dekat New Zealand juga.

Sebenarnya, banyak tempat dah gua target nak pergi ni. Tapi cilakak Sandakan pun belum lepas lagi. Macam ni lah jadi orang kebanyakan serupa gua ni. Tapi gua tak berapa kisah sangat. Masalah dah keinginan ni bukan untuk dikeluh dan dimenungkan sehingga hati menjadi lara. Enjoy tetap enjoy. Perit ke tak perit belakang kira.

Gua sebenarnya, tak sangka betul ketika umur sebegini, kehidupan gua masih barai dan tidak stabil. Kekerapan bengkrap seawal tingkatan satu telah mendidik gua menjadi steady dan takda hal. Apa ada kita makan. Dan sesungguhnya, banyak menda gua teringin tapi tak dapat dan akhirnya berkubur macam tu saja. Cilakak. Bergenang pula air mata. Tapi takpa, pasal keinginan dan kehendak tu kita buat lupa saja. Senang. Duk menung menung tak jadi apa juga. Duit bukan boleh jadi banyak secara sendiri dia.

Tapi kan bila gua fikir fikir balik, entah macam mana la dia punya debor nak buat passport nanti.

9 comments:

Fadh berkata... [Reply]

bawok2 laa menabung...esok2 senang klau nok nikoh.

fatt berkata... [Reply]

jgn riso la aok, buat pasepot tu bukan mcm nak amik repot kad! keh keh keh

KoQ berkata... [Reply]

nok buat paspot sila pastikan cip ic bleh di baca..(pengalaman gua cip ic problem kena buat ic sementara dulu. pehh. sabo je lah)

tasekM berkata... [Reply]

aku tak ada pengalaman buat passport nih.
bulih bikin debor eh...?



.

Bozu berkata... [Reply]

rasanya apa la sangat debor buat pasport tu nak banding debor bersila depan kadi..

Nur Rashidah berkata... [Reply]

steady....steady...

poyotito's berkata... [Reply]

Fadh,
tengah menabung la ni..
kalu mengikut kiraan lagi 10 tahun banyak la

Fatt,
keh keh keh!
ambik report card memang debor, dah menda dapat nombor dua last. mau tak debor. hahaha!

KoQ,
kes kes gini buat jadi down tu, menda dah la debor

Tasik,
entoh, keh kalu main dengan kaunter ni mudoh betul jadi debor. taktau kena menda

Bozu,
itu memang king of debor la, nombor dua cucuk bcg. cilakak!

Nur,
hehehe

Don Balon berkata... [Reply]

Pollito, lagi spuluh tahun gigi aok pun tok berapa cukup doh weh kuikui

Tanpa Nama berkata... [Reply]

lu tulis memang cam sial... kawen la cpt brader...bru hidup x barai... taun depan ak dah jadi papa maricano... hehehe x sabarnya (kuraida)