Ada satu hari tu, gua pergi mandi air terjun di satu lokasi rahsia. Entah macam mana boleh pulak gua pergi seorang diri. Sampai saja di tempat mandi tersebut gua pun nyala rokok satu batang dan mencangkung atas batu besar tepi air. Depan gua ada satu family tengah mandi manda. Laki dia, bini dia dan anak dia. Anak dia kecik lagi, baru dua tiga tahun umurnya berdasarkan pengalaman gua menimang cahaya mata.
Bapak budak kecik tersebut merendam rendam anak dia ke dalam air. Menggigil gigil budak tu, tapi tak menangis. Kira steady juga la budak kecik tu. Tiba tiba entah macam mana bapak budak tu hanyut. Sekali dengan budak kecik tu hanyut. Budak tu tengelam timbul kepala dia dalam air. Emak budak terjerit jerit panggil 'abang!, 'abang!'. Muka habis pucat. Gua cemas.
Tanpa fikir panjang, gua pun sedut rokok gua padu padu, campak puntung dan terus terjun ke dalam air. Nasib baik pouch bag gua dah sangkut siap siap pada pokok. Gua pun membuat renangan yang bergaya dan laju bukan main. Budak tu dah separa sedar gua rasa. Bapak dia tercungap cungap dalam air.
Tiba tiba, gua rasa punggung gua bergetar. Lama. Gua raba bawah punggung gua. Cilakak, makwe gua talipon rupanya. Entah macam mana talipon gua boleh lepas ke bawah punggung. Padahal masa mula mula tidur tadi elok saja gua letak dekat kepala. Cilakak! Baru je nak jadi hero!
19 comments:
kire okay la tu henpon kat kawasan punggong.
kalau tak ok kat kawasan mana?
makwe lu mmg xnk lu selamatkan budak tue sbb dia tau lu jenis yg mudah lupa diri bila gambar lu masuk paper sbb selamatkan budak tue.
sebenarnya, kalau mimpi tu sambung entoh entoh dengan keh sekali lemas
hahahaha!
kesian budak tu tak dapat diselamatkan..sob sob sob
p/s:"Bapak budak kecik tersebut merendam rendam anak dia ke dalam anak"..
saya tak paham..huhu
kakakaa
silap la pulak!
sekarang jugak saya pergi repair
pesen tido buas bukan main lu nih. hahaha
ish, tak ada la buas mana juga, agaknya model nokia torchlight tu yang buas tak..
Punggung aok ada kemut-kemut tak bila henset tu bergegar?
perenggan pertama gua baca. gua ada rasa nk kata kisah bernar.
masuk perenggan kedua. gua dh dpt rasa ni mimpi.
hah.
kan betul...
.
soalan remy mcm harem...
.
Remy,
kejak lagi aok rasa laa, keh miss call aok!
nanti aok paham perasaan keh.
haha
Tasek,
kakakaa
ko memang power kak, aku memang saja tulis lebih kurang saja. lagipun penekanan dia pada henset lepas bawah punggung tu sebenarnya.
hahahaha!
nasib baik sedar awal..
mahu taknya lemas macam tu je
18SG
power...power
tang punggung bergetar tu..kah3
enset kau power coyotito
yang power sebenarnya batu sungai Wadi AR..
patot lu jadi super hero dlm mimpi..
stakat jd hero dlm mimpi apalah sgt kn??
xgempak la kan...
kekeke
Catat Ulasan