Ada satu ketika, gua memang dah sesat jauh. Gua bila dah rasa sesat bukan main ada dua benda saja gua akan ingat balik iaitu ibu bapa dan juga tuhan. Begitulah selalunya. Apa benda yang gua buat sehingga gua tersesat jauh itu biarlah rahsia.
Gua bila dah rasa sesat macam gitu gaya, gua akan talipon emak gua. Emak gua ni umpama ubat. Lepas bercakap dengan dia gua akan ok. Biasanya. Bunyinya macam manja tapi sebagai anak itulah hakikatnya. Lu orang nak fikir apa menda pun gua peduli apa. Otak masing masing.
Setelah siap check baki talipon, gua pun dail nombor emak gua.
"Pabila bercinta dan dicinta
Cari cinta, cinta mega
Biar cinta jadi fenomena
Tertusuk sudah aku
Panahanmu, panahanku, hak milikmu
Biar panahku terus di situ.."
Amboi emak gua pun, kemain catchy lagi caller ringtone dia! Agaknya inilah yang orang gelor, jiwa muda.
10 comments:
lega dpt ckp mak tu mmg lua biase..sungguh magik iye.
emak moden.
hehhee..amboi mak hang....
poyotititii. baru kau nak muncul
Peh.
Gua pun pernah dengor caller ringtone orang kategori brader-brader pakai lagu yang ade bunyi jogek lambak joget lambak tu yang sape entah nyanyi
ahahaha....
teringat pulak dekat emak gua...
(mcm aneh je gua guna perkataan emak sebab gua panggil ibu.)
awan dania!
sempoi mak lu!
mak lu minat sangat lagu tu. biarkan je..hehehe.
oh!
pesanan lu suruh gua kabo hai ke lu.
hai! ^_^
bg hati org yg nak tepon tu catchy jugek~~
ingatkan cite pengalaman seks pertama tadi.
tajuk dia macam familiar je
Catat Ulasan