Jumaat, 28 Oktober 2011

Mencari sakit

Dalam dunia ni gua ada seorang kawan yang bernama Hasbullah. Kawan yang begitu bagus budaknya. Sembahyang cukup, hisap rokok tidak, dadah sintetik jauh sekali. Tapi tengok pada perangai serupa hisap gam pun ada. Nauzubillah. Sesuatu yang harus di puji adalah beliau pulang bekerja di kampung semata mata kerana mahu menjaga orang tua. Mana nak cari anak muda jenis gini sekarang ni. Dah laa nampak serupa Aaron Aziz kalau tengok dari belakang. Tengok dari depan pulak memang saling tak tumpah seperti Haron Din.

Untuk pengetahuan, Hasbullah ini adalah individu yang berkawan dengan gua semenjak berumur 6 tahun. Begitu lama sekali gua berkawan dengan beliau. Namun sekali pun tidak pernah memarahi gua apatah lagi berkelahi. Menunggu gua bersiap sudah menjadi amalan harian beliau tatkala gua di kampung. Mintak tolong memang senang. Jenis tak banyak alasan. Belanja makan pun rajin dan tidak berkira. Namun, sesuatu yang paling menarik tentang Hasbullah ialah beliau pernah jatuh berlipat dengan begitu huduh sekali ketika berlari menuruni Bukit Broga. Habis berdebu punggung. Memang Rambo.

Pada suatu malam gua dikejutkan oleh satu sms dari beliau yang bertulis,

"woi, gua nak mintak tolong boleh dak?"

Gua tarik muka serius sambil taip, "mendanya, kabor laa."

Tak sampai seminit, Hasbullah reply.

"boleh ke dok ni.."

Memang nak kena lempang. Jenis orang suruh kabor tapi tanya kita pulak. Kata gua dalam hati. Gua menaip laju sampai salah salah eja.

"kabor je laa menda, gua try tolong.", balas gua serius.

"ni aok tolong pukul Azhar Sulaiman ni. Yang dia marah beria kat Soffiya tu kenapa? Bukannya saloh Soffiya pun.."

***

Ok, sekarang nak settle macam mana? Gua nak kena pukul mana dulu? Hasbullah ni ke Azhar Sulaiman? Ke molek pukul dua dua sekali harung?

23 comments:

bact. berkata... [Reply]

bengong betul Hasbullah.

mu g pukul hasbullah dulu.

Wadi AR berkata... [Reply]

lagi molek ajak gua sekali join

poyotito's berkata... [Reply]

balik raya haji ni memang gua cedok perut dia cukup cukup.. lu Wadi AR pergi pukul Azhar Sulaiman. haha

ashraf sahdan berkata... [Reply]

Babi punya Berg!

Mat berkata... [Reply]

Koi rasa baik aok gi selamatkan Soffiya dulu.

PUTUBAMBU berkata... [Reply]

hahaha..!!

putu rasa..baik pukul si pengarah citer tu dulu pasal buat hasbullah marah.. kehkeh..

kelakar betullah

poyotito's berkata... [Reply]

senang cerita macam ni lah, lepas ni kalu ada siapa siapa jumpa Hasbullah ke, Azhar Sulaiman ke, pengarah Soffiya tu ke, pergi pukul.

gua pergi selamatkan Soffiya. cemana? setuju?

Liliyuli berkata... [Reply]

sayang betul Hasbullah kat Soffiya..hahaha

tasekM berkata... [Reply]

kahkahkah.

pukul hasbullah dulu.
gua bulih tolong taboh!



.

si para para berkata... [Reply]

pukul je dua2 tu.hehe

JacFarrah berkata... [Reply]

kirim salam comey la kat Hasbullah tu. haha

hiro berkata... [Reply]

entoh la ji..keh mana tahu cerita ni..cerita hindustan keh layan la jugek.

DuniakuAbstrak berkata... [Reply]

kes berat ni..memang elok kau cedok peruthasbullah sbgai peringatan

hanie berkata... [Reply]

wa pukul lu dulu.. sibuk nak selamatkan soffiya tu kenapa?

hahahahaha

Fadh berkata... [Reply]

bullah berg????

@tune® berkata... [Reply]

kalau macam ni punya perangai...ko dgn hasbullah aku rasa nk cepuk...

cimOt berkata... [Reply]

sepuk je dua2 sekali..grrrrr

Don Balon berkata... [Reply]

Sopia tu saper weh?

-MsGoodNite- berkata... [Reply]

hoh! lama betei x mari sini.

aok kim salam kat Hasbullah ye. Koi minat jejak2 yg prihatin dgn kaum wanita ni....

lavender harum wangi berkata... [Reply]

#puii .




khas kat hasbullah . sampaikan ok . kehkeh .

OrangAkaun K berkata... [Reply]

upah gua pon boleh kalau lu tak gamak..hahah

OrangAkaun K berkata... [Reply]

upah gua pon boleh kalau lu tak gamak..hahah

Aween Md Zahir berkata... [Reply]

kasi mati jelah dua2 ekor tuh.
ido0op nyusahkan org ! kahkah