Khamis, 27 Oktober 2011

Suzila # 3

Hari hari persekolahan gua lalui seperti biasa. Ada cikgu masuk kelas, gua belajar. Ada kelas tambahan, gua ponteng. Perihal Suzila yang gila seks kerap juga menyerang otak. Gua buntu sama ada mahu menyambut salam perkenalan Suzila ataupun sebaliknya. Body mantap dan wajah putih berbedak tak rata Suzila kerap kali menjadi objek yang memenuhi ruang minda. Ini ditambah pula dengan perihal seksnya yang tidak normal.

"cemana woi? nok ke tak nok?", tanya Wan Salman tiba tiba. Habis hilang semua imaginasi gua terhadap Suzila. Potong betul.

"nok mendanya?", balas gua acuh tak acuh sambil menconteng meja.

"Suzila tu laa, dia nok jumpa aok, tak nok bior aku pergi..", jelas Wan Salman dengan senyuman yang tidak menawan langsung.

"ah, nanti aku pikir dulu lah."

***

Pung pang pung pang waktu rehat pun tiba. Di semua sekolah di dunia ini, waktu rehat adalah waktu yang paling menarik. Tidak ada individu yang tak gembira dengan kedatangan waktu rehat. Gua dan kutu kutu semua pun pergi kantin dengan beramai ramai dengan gaya samseng. Di sepanjang jalan Wan Salman tidak berenti berenti membuat kelakar bangang beliau.

Setelah selesai urusan makan makan, gua dah kutu semua terus cepat cepat blah dari kantin. Dari kejauhan gua nampak Suzila dan rakan rakan beliau. Suzila di depan sekali dengan jalan mendada. Tengok pada dia punya gaya macam nak pergi kedai koperasi beli kek pisang. Gua berdebor. Pertembungan ini harus dielakkan. Wan Salman menepuk nepuk punggung gua tanda bagi semangat. Suzila makin dekat, dalam tiga empat tapak lagi kompom bertembung.

"haaaaaai!", tegur Suzila sambil tangannya di lambai lambai depan muka gua.

"hai apa hai, aok tu dah laa gila seks!", balas gua padu. Kelihatan Suzila membulatkan mata. Kemudian.

"Babi!", jerit Suzila pula kemudian berlari lari anak sambil membuat muka seperti musang. Wan Salman gelok serupa iblis.

Tamat.

Nota: Nama watak telah diubahsuai ikut sedap penulis.

11 comments:

@tune® berkata... [Reply]

kikiki...

ye la sgt tuh...

name je tukar?bukan jantina pon tukar?

poyotito's berkata... [Reply]

mana ada, jantina betul. nama je tukor, tulis nama betul karang tak patut pulak. hehe

tasekM berkata... [Reply]

kahkahkah.

yg oak sound dia gitu buat mende...?

:p



.

Mat berkata... [Reply]

La, tamat dah ke aji.

Sambung lagi la.




uturnla.blogspot.com

poyotito's berkata... [Reply]

tasik,
keh takut juga sebenarnya, buatnya keh kena rogol cemana? dah laa muda lagi masa tu, gelap laa masa depan! haha

Mat,
dah abih laa, memang setakat tu je cerita dia. Kira happy ending juga la ye dak?

mashi berkata... [Reply]

sentap giler la kena depan muka..hahaha

terbaekkkkk....

Anisa Hang Tuah berkata... [Reply]

yeay.suzila cakap babi

JacFarrah berkata... [Reply]

ending paling pecah perut. hahaha

bact. berkata... [Reply]

barua!
kisah cinta apa 3 episod ja neh?

Wadi AR berkata... [Reply]

babi jugak

poyotito's berkata... [Reply]

3 episod je laa dah menda cinta tak berputik. Kalu berputik tak tau laa menda jadi kat gua, haha