Sembilan tahun dahulu, disebabkan gua buas dan sukar dikawal gua telah dibuang dari sebuah asrama sekolah. Ini telah menyebabkan gua kena berulang alik naik motor pergi ambil peperiksaan Sijil Menengah Agama yang akhirnya gua mendapat keputusan yang agak menarik iaitu pangkat 3. Dia punya sejuk pagi pagi tu jangan cerita, helmet dah la longgar. Setelah habis periksa gua terus tak pergi sekolah kecuali pada hari hari terakhir persekolahan. Dia punya berat hati nak tinggal makwe tak lari jauh dengan berat hati nak derma darah.
Pada tahun depannya gua sambung pelajaran di sekolah kampung gua di dalam aliran sains pula. Banyak subjek yang gua baru jumpa tetapi nasib baik lah gua hanya gagal dalam Matematik Tambahan. Untuk rekod, masa ujian pertama gua hanya mendapat markah 9 dan seterusnya mengundang pujian rakan rakan yang mendapat markah 0. Namun begitu hanya sekali tu saja gua dapat markah 9 manakala yang lain kebanyakannya gua berjaya mendapat markah 0. Kah kah kah!
12 comments:
power la lu dapat 9markah.
9 markah tu memang markah yg normal. gua dulu pun 9 markah jugak.
gua tgk blog aji ni byk betul sejarah2 kemakwelan. mmg lain mcm aji pny buaya zaman muda2. kah kah kah!
cool.
pangkat 3.
wwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~~
hihihi..hebak!!
skrg koi nak tanya..ape kaitan suzila di sini? koi sumbat jugek aok dalam ekon tu karang! ha ha ha
poyotitooo. lu hebat!
markah banyak banyak pun sia sia kalau makwe tak dijaga dengan elok.
malas nak ceghite gua punya markah.. kacang macam subjek sivik..
ini lu cerita add maths je nih.
gua nk dengor cerita fizik pulok.
.
Suzila ni cikgu matematik tambahan yang seksi ke macam mana?
terernya.gua dapat 1 jer.
Catat Ulasan