Ahad, 30 Januari 2011

Hidup

Sebenarnya, seminggu dua ni kepala hotak saya macam dah penuh. Rasa macam dah tak berfungsi sangat. Penuh dengan pelbagai perkara yang saya fikir dan akhirnya buntu. Nak update status di facebook pun saya macam down. Baru baru ini saya entah macam mana,telah termuhasabah diri. Ya, tentang diri dan juga hidup saya.

Saya terfikir tentang diri saya yang barai ini. Liar dan tidak berperasaan. Betul, saya sudah lama tidak bersedih. Tidak kira apa permasalahan hidup yang saya lalui. Saya kekal dengan imej steady dan keras. Ini kerana pendapat peribadi saya mengatakan bersedih sedih atas apa jua masalah dan kesedihan adalah sesuatu yang merugikan. Bersedih disini bukanlah ertinya menangis. Murung, bermuram durja juga saya anggap ia di dalam kategori bersedih. Saya tidak suka orang yang meladeni rasa sedih secara beria kerana saya memegang kuat kata kata, 'hidup ini terlalu singkat untuk bersedih'. Sikit sikit cukuplah.

Telah lama saya buang perasaan sedih dari ruang hati saya, namun sedikit sebanyak ia masih bersisa di hati. Saya sebenarnya adalah seorang yang simple dan cepat terhibur. Saya tidak perlu keluar menghabiskan duit semata mata mahu mencari hiburan. Cukup sekadar duduk tersadai di rumah mengadap internet sudah cukup menghiburkan saya. Tak dapat broadband, via opera mini pun jadi. Saya tidak faham kenapa ada status bertemakan bosan di facebook. Dah tau bosan berkawanlah dengan orang. Jangan jadi kera sumbang.

Sebenarnya lagi, saya terfikir tentang hidup saya. Entah berapa banyak masa saya dibazirkan dengan kerja yang sia sia. Satu ketika dulu, terlalu banyak sisi gelap, terlalu banyak perkara negatif dalam diri. Terlalu banyak juga kerja kerja mungkar yang telah saya ceburi. Entah nak jadi apa. Saya sepatutnya malu kerana saya disuntik dengan didikan agama yang cukup mantap oleh ibu bapa. Di sekolah juga begitu. Pagi petang mengadap kitab. Gila jemu kalu dikirakan.

ok, setakat ini dulu. Nanti saya sambung. Notification kat facebook dah mencanak canak naik ni..

Isnin, 17 Januari 2011

Emak saya memang tip top orangnya # 2

Malam tu gua punya bosan memang mari, disebabkan gua baru kena marah dengan bapak gua, jadi nak keluar malam memang gua cuak. Muda-muda dah kena halau dari rumah memang tak steady. Jadi gua buat keputusan untuk duduk diam di rumah tanpa membuat dosa. Gua belek belek majalah Kereta satu persatu. Tersengih sengih juga berangan bawak makwe jalan jalan naik Nissan Skyline R34. Mesti makwe cubit cubit peha gua kalu bawak laju.

Selepas puas berfikir yang bukan-bukan, gua beralih ke scene berlawan bola di kompiter. Terus terang cakap gua dah tak lalu nak menang dengan adik gua tu. Jenis sayur sangat. Sembang lebat. Jenis main cari penalti serupa Manchester United. Jijik punya perangai. Nasib baik gua memang jenis handal. Handal tak handal kadang kadang naik emosi juga bila kena saiko. Cilakak betei. Naik serabut kepala hotak gua. Gua ni dah la ada tanggungjawab lain iaitu membalas sms makwe.

Bila dah pedih pedih ibu jari, gua pun beralih ke bidang yang lebih santai iaitu menonton televisyen. Terus terang cakap, kerja-kerja menonton televisyen ni memang satu kerja yang sedap dan steady jika dilakukan sambil baring. Ambik bantal, lipat dua, taruk belakang tengkuk. Peh. Memang selesa bukan main.

Malam tu cerita TV3 memang sedap, tersengih sengih gua layan. Sms makwe gua tak balas konon konon gua dah lelap. Esok pagi cakap dah tertidur. Setel. Cerita TV3 malam tu memang tip top, dia punya makwe memang cun dan pandai berlakon. Bukan serupa Pasah Sandha. Jenis berlakon menyakitkan hati orang. Perangai dah la macam setan. Gua dah lama simpan hajat nak letupkan mercun bola dalam mulut dia. Sampai hari ni tak dapat dapat.

Tengah sedap-sedap gua layan, tiba tiba adik gua yang bongsu suruh alih channel yang tayang cerita indon. Gila. Dari pagi bawak ke malam cerita indon, itu pasal suruh buat sirap pun barai lagi dia punya rasa. Gua sebagai abang yang garang dan tegas terus sound satu kali tanpa bagi muka sambil sorok remote celah kain pelikat. Kakak gua dan adik gua lagi satu tunjuk ibu jari pada adik bongsu gua tanda sedap. Buruk buruk muka adik gua merajuk. Gua pun sambung layan cerita TV3 dengan hati yang puas.

Dengan tidak semena mena emak gua datang dari dapur dengan sekole air milo bersama biskut kering. Gua mula rasa tak sedap hati. Emak gua taruk biskut kering sama air milo atas meja, dengan perlahan lahan emak gua mengalih pandangan ke arah peti televisyen.

"aik? mana Gerak Khas tadi? habis dah?"

"alaa mok ni, Gerak Khas sokmo, bukan sedak pun..", kata gua sayu sambil perlahan lahan mengeluarkan remote dari celahan kain pelikat.

"alih je laa..mok suka cerita dia.."

"BOOOO..!!!!", jerit adik bongsu gua tepat tepat depan muka gua lalu berlari masuk bilik. Terus terang cakap, kalu dan ke gua, memang kat situ jugak gua lepuk dia punya muka.

Khamis, 6 Januari 2011

Memandu di jalan yang benar

Malam tu spirit gua nak balik memang down habis, namun tuntutan kerja memaksa gua pulang juga ke bandaraya Batang Kali. Bandaraya yang penuh dengan panca roba dan juga rumah sewa yang murah dan banyak nyamuk. Walaupun down namun kerja kerja basuh kereta tetap gua jalankan. Itu pun dengan bantuan adik gua yang jenis nak kena buat muka garang dulu baru nak tolong. Tak steady pulak rasanya berhenti Genting Sempah dengan tayar kereta berselut.

Selepas makan nasik kenyang kenyang dan tengok astro puas puas gua pun memandu pulang sekitar pukul sebelas malam. Malam memang gelap malam tu. Sama gelap dengan malam semalam. Sebelum pulang sempat juga mok selit kata kata nasihat seperti jangan tinggal semayang dan juga kerja betul betul. Gua dengan muka orang baik baik terus cium tangan mok gua bertubi-tubi sampai bunyik-bunyik. Mok sengih tanda puas hati.

Gua memandu perlahan benor sementara nak sampai ke Tol Chenor, ini adalah disebabkan tabiat lembu yang suka benor buat terkejut orang lepak tengah jalan. Jenis bergurau kasor. Gua tiga empat kali juga dah gua memandu atas rumput demi mengelak ke dia punya pasal. Pucat muka jangan cerita. Muka gitu kalu Paul Walker tengok memang gua segan. Hilang saja pucat gua terus tersengih sengih reply sms makwe.

Dipendekkan cerita, setelah memandu lebih kurang sejam sambil ditemani sms makwe, gua pun berhenti bubuh minyak di Genting Sempah. Upacara berhenti bubuh minyak ini juga disusuli dengan upacara cucuh rokok dan pergi toilet. Habis saja rokok sebatang gua bergegas pecut panjat Genting sampai meraung raung kereta mintak berhalus sikit. Namun gua tak peduli, gua tekan rapat minyak sambil sambil nyanyi nyanyi.

Selesai saja upacara naik bukit, gua terpaksa menjalani upacara turun bukit pula. Part ni terus terang gua kabor, gua cuak dan pandu perlahan saja. Jalan Genting - Batangkali tu bukan sekali dua makan orang. Jalan dah la gelap bukan main, hutan kiri kanan, selekoh pula macam setan. Gua sendiri pernah tengok kereta masuk longkang. Tapi gua tak berenti pasal dah ada orang lain berenti.

Malam tu kereta tak banyak, jarang jarang nak selisih dengan kereta orang, hala turun pula betul betul kereta gua sebijik. Gua sambil menyanyi lagu dari kumpulan Spoon meluncur perlahan meredah kepekatan malam. Sampai di satu selekoh tiba tiba gua jadi berdebor bukan main. Bayangan bukan bukan mula tergambar di kepala hotak gua. Itu hari makwe tanya kemain steady gua cakap tak takut. Tengah tengah gua debor tu, sempat juga gua up kasi tinggi sikit gua punya volume, suara dah jadi macam takut-takut. Gua up lagi sampai note paling tinggi, namun debor tetap tak hilang. Pemanduan gua mula jadi tak selesa, nak pecut gua bimbang eksiden. Lalu tanpa tunggu lama gua terus tukar lagu.

"Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim...

Tuhan ku..aku tidak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar.."

Gua ulang ulang nyanyi sampai ke bandaraya Batang Kali. Elok je sampai dan debor pun dah hilang gua terus nyanyi balik lagu dari kumpulan Spoon. Nasib baik. Nasib baik dia punya merdu tak hilang.