Khamis, 17 Februari 2011

Fokus

Dalam minggu minggu gua muhasabah diri itu hari, ada satu malam tu gua rasa bersemangat betul, rasa macam nak ubah segala galanya. Gua duduk termenung di tempat kerja dan merancang hidup. Gua rasa gua perlu perubahan dalam susun atur hidup gua. Gua tak nak lagi hidup melara. Tak ada guna badan sasa tetapi hidup terumbang ambing.

Minggu tu gua bekerja shift malam, jadi gua ada banyak masa untuk termenung memikirkan masa depan. Kerja shift malam kerjanya tak banyak, supervisor gua tak ada. Gua kena handle sorang sorang sebarang kerosakan yang bersangkut paut dengan department gua. Steady habis bila orang ramai ramai pakat tengok kita buat kerja. Macam gua kabor itu hari, rasa macam hero. Gua pulang ke rumah pagi itu dengan bersemangat dan tidur yang cukup.

Gua rasa banyak menda yang perlu diperbetulkan dalam jadual hidup gua. Jadual tidur yang paling penting. Susun atur rumah, jadual senaman, jadual makan, jadual mandi dan jadual beribadat. Semua menda nak kena setting lain. Yang lama dah tak boleh pakai. Dah tak relevan dengan umur dan body. Dulu badan kuat, umur pun muda lagi. Sekarang dah tak rasa muda dan kerap mengalami sakit pinggang. Harap harap bila dah ada bini nanti, bini sudi la urut bila gua pulang dari kerja.

Dalam kepala gua memang banyak menda gua fikir semasa memandu pulang. Mula mula gua akan bersenam dulu, angkat dumbbell dan juga pelbagai senaman rahsia gua demi menjaga bentuk badan gua yang seperti sedia maklum, mengiurkan. Kemudian, gua akan basuh baju yang banyak boleh tahan juga tak berbasuh, gua rasa gua dah tak patut hantar ke dobi. Badan sedap tapi baju hantar dobi bukan steady sangat bunyi dia. Siap sahaja basuh baju gua akan menyusun atur balik perabot dalam gua yang ada dua tiga kerat sahaja itu. Perabot tersebut hanyalah enam buah tilam, dua buah meja kecil, sebuah rak dan paling berharga ialah sebuah periuk nasik karan. Boleh masak lapan put. Tibi dah tak ada pasal owner dah ambil balik. Jadi tengah tengah malam memang dah tak dapat nak pekena Nightline. Hujung minggu pula gua akan sunyi tanpa Melodi.

Sampai sahaja di rumah, gua terus pulun makan nasik lemak yang gua dah bungkus siap siap. Siap sahaja gua terus naik ke bilik gua iaitu di tingkat atas. Masuk sahaja bilik gua terus tanggal baju dengan gaya kung fu. Gua perhati setiap sudut bilik. Di satu sudut, gua ternampak satu laptop. Gua renung laptop dalam dalam. Tanpa perlu renung lama lama, gua terus on dan terus button connect di Celcom Broadband Manager. Alhamdulillah, internet boleh tahan bagus pagi tu, sampai ke petang gua mengadap facebook..

Selasa, 1 Februari 2011

Hidup # 2

Hidup saya dulu memang barai habis, sembahyang entah ke mana, belajar entah ke mana, semua tau nak enjoy saja. Nasib baik dapat juga merasa masuk universiti. Itu pun kawan kawan yang beria ajak. Ikut hati saya masa tu memang tak lalu dah nak belajar. Leceh. Nak kena baca itu baca ini. Assignment sana sini, nasib baik boleh copy dan paste je. Tukar nama, tukar nombor id, edit sikit sikit dan print, kirim dekat orang suruh hantar. Senang gila.

Saya masih ingat kata kata bapak saya ketika saya dibuang asrama dulu, kata katanya membawa maksud begini, 'ko ni kalu ikut kepala hotak memang boleh jadi apa sahaja yang ko nak, tapi malang ko pilih nak jadi nak jadi macam ni. rugi.'. Ya, dah lama bapak saya cakap menda ni kat saya. Tahun 2002. Tahun barai saya. Tahun 2003 saya jadi orang sikit. Tahun 2004 dan lepas tu lagi teruk dari 2002.

Sebenarnya dulu dulu saya pernah menyimpan dendam terhadap bapak saya. Sebab saya rasa bapak saya bertindak tidak adil terhadap saya. Sampai satu tahap saya rasa seperti saya anak tiri. Saya jadi rebel tak tentu pasal. Saya berhenti mintak duit walaupun masih belajar, tapi time dia bagi tersengih sengih juga saya ambik. Kena marah saya buat keras dan buat pekak. Namun bapak saya lagi kental, lagi saya buat pekak lagi power dia punya volume. Akhirnya, saya realize yang rupa rupanya saya yang bengap rebel tak tentu pasal.

Scene dadah terlarang, rempit dan ehem ehem bukan asing lagi sebenarnya pada saya, suatu ketika dulu. Mujur tak tangkap dek polis saja. Jumpa road block mula la berdebor bukan main. Mujur la tak jadi apa apa. Kalu tidak mungkin sekarang saya tersengih sengih menaip dari dalam penjara. Berkenaan hal rempit pula, bukan saya tak pernah layan corner sampai tahap foot rest bergesel dengan jalan.Dia punya berapi jalan memang boleh mendatangkan kenikmatan. Tapi bila lepas eksiden, eksiden, saya serik. Jadah apa main motor sampai muka berparut. Sakit tu satu hal lah.

Bila dikenang kenang balik, saya rasa bengap bukan main saya dulu. Tapi normal lah kan, budak budak, apa yang penting ialah sekarang. Mulai sekarang saya rasa saya patut serius dengan hidup saya. Saya pernah tulis pasal ni pada status di facebook saya. Saya serius bukan main dah masa tu, sebenarnya status lain pun saya serius juga. Cumanya, saya tulis dengan cara yang tak serius. Pernah saya bagitahu pasal keinginan saya hidup sederhana di Batang Kali, ya, saya sangat serius tentang hal itu. Harap harap tinggal di bandar yang tenang ini, jiwa saya juga akan tenang.

Hidup ni nak jadi orang baik senang sahaja sebenarnya, jaga solat betul betul. Solat ni sebenarnya boleh jadi pendinding kita. Barai solat barai la semua. Bapak saya juga pernah kata, hidup ni hari hari kena tahu juga berapa banyak menda baik dan berapa banyak menda buruk yang kita buat. Kalu dah banyak menda buruk daripada menda baik itu tanda dia kita kena berhenti jadi orang.

Ok lah, saya rasa sampai di sini sahaja lah dulu bercakap hal serius ni. Nanti lain kali saya sambung lagi. Saya akhiri entry ini dengan persoalan yang diutarakn oleh mendiang Bob Marley semasa hidupnya,

“Open your eyes, look within. Are you satisfied with the life you're living?”