Jumaat, 18 Mac 2011

Kelahi

Baru baru ni gua akhirnya telah pulang ke kampung halaman dek kerana permintaan ahli keluarga dan juga kawan kawan. Sedap betul balik kampung ni rupanya. Nak balik semula memang berat. Tiga empat kali bye pun tak gerak gerak juga lagi. Tapi bukan itu yang gua nak cerita. Gua nak cerita pasal satu word yang gua perhati orang suka buat dan tak cuba elakkan. Kelahi.

Gua perhati sekarang ni orang memang suka kelahi kelahi. Tak berminat betul gua menengoknya. Description pada blog gua ni dah cukup untuk menterjemahkannya gua rasa. Dan alhamdulillah setakat 3,4 tahun gua blogging ni ok lagi. Tak ada orang ajak kelahi lagi, kutuk belakang tu gua tak tau la. Gua tengok dekat blog orang berkelahi, dekat facebook orang berkelahi, kat tempat kerja pun sama. Gila. Cuba la berkawan molek molek tak boleh?

Gua perhati sekarang ni orang suka main troll troll. Bagi gua menda ni ada bagusnya, kalau kena dengan caranya. Kita nak tegur orang kena ada skill, kalu tak memang barai. Serupa memujuk makwe juga la, salah pujuk makwe lagi merajuk. Kalu dah tegur sampai kawan tu malu dan sakit hati itu bukan tegur nama dia. Pandai pandai lah lu fikir apa gua nak kabor ni. Gua pun bukan reti sangat juga nak bagitahu.

Masa gua balik kampung itu hari, mok gua ada bercerita, orang tua di kampung gua berkelahi sesama sendiri di tengah kenduri. Gila. Garang garang gua dulu pun tak pernah bergaduh tengah orang. Jenis tak malu betei. Kalu ye nak berkelahi, tahan dulu laa, malam karang pergi letup dekat rumah. Berkelahi tengah kenduri orang ni nampak sangat pandir, nampak dek budak budak muda serupa gua ni memang kena kutuk rapat. Tengah sedak mok bercerita, gua pun mencelah tanya,

" ayoh tak masuk ke mok? takkan ayoh tak tolong?"

" ayoh kat rumoh lagi masa tu, tengah mandi, kalu ada tak berani orang nak kelahi..", balas emak gua.

Gua tersengih sengih setuju dengan statement mok gua. Menda bukan gua tak tahu bapak gua cemana dia punya garang. Time time camtu gua teringat ada sekali gua kena lempang time mengaji pasal gagal buat bunyi idgham maal ghunnah. Power tak power pelempang bapak gua tu, seminggu gua tak selera nak main pasir..

Rabu, 2 Mac 2011

Seribu penyesalan

Baru baru ni entah macam mana, prestasi gua ketika bermain futsal memang down habis. Rembat tak tepat, berlari perlahan bukan main walaupun rasanya macam dah all out, cepat pancit, dan juga kawalan bola yang macam setan tak kemas langsung. Jadi sebagai rakyat biasa, gua tanpa segan silu menyalahkan kasut futsal gua, dah tak sedak. Jadi gua buat keputusan yang berat untuk membeli kasut baru. Elok saja punch out jam lapan malam, gua terus tala ke Al Ikhsan cawangan Rawang. Terus terang cakap, gua kecewa dengan sikap makwe Al Ikhsan cawangan Rawang yang memandang gua seperti gua miskin benor orangnya. Gua tau lah muka gua hitam hitam kena minyak. Dia tak tahu gua ni berapa punya wangi kalu lepas mandi.

Selesai sahaja urusan beli kasut, gua terus tala balik ke rumah sambil membayangkan rembatan gua yang persis Wesley Sneijder sekejap lagi. Tengah sedap berimaginasi, gua tiba tiba terfikir yang kasut baru dah tentu lah tak ngam dengan stokin lama, jadi gua pun berhenti di satu kedai serbaneka di Batang Kali. Disebabkan jam dah menghampiri angka sembilan, gua pun dengan cepat cepat terus ambik stokin lalu menuju ke kaunter. Ramai pulak orang nak bayar, mujur gua dapat tempat kedua setelah berjalan cepat cepat dan buat muka garang. Depan gua ada satu budak sekolah tengah nak bayar buku tulis tujuh lapan keping pelbagai saiz.

"tujuh ringgit dua posen", kata tokei kedai.

"alamak tokei, saya ada lima ringgit je lah", kata budak sekolah tersebut. Gua agak baru tingkatan empat.

"takpa, you kasi tolak la mana you tak mau", balas tokei kedai pula.

"tapi semua saya nak pakai ni..", jawab budak itu dengan berat hati sambil belek belek buku mana nak tolak semula.

"ok, cukup.", kata tokei setelah mengambil semula dua buah buku dari budak sekolah tersebut.

Budak itu pun berlalu pergi dengan hati yang gua kira cukup hampa.

Gua menghantar budak sekolah tu keluar kedai dengan satu pandangan pilu. Gua ada ratus ratus dalam dompet, gua ada berpuluh keping duit syiling dalam pouch bag, gua ada belas belas ribu dalam akaun, tapi kenapa, kenapa gua tak tolong tambahkan RM2.20 untuk budak sekolah tu? Gua mampu untuk membeli kasut bernilai RM130 untuk bersukan, namun gua tak mampu nak tambah sedikit duit untuk budak sekolah tu belajar. Entah kenapa dengan gua malam tu.

Gua tak menyesal tak belajar betul betul, gua tak menyesal bawak motor laju laju sampai muka berparut, gua tak menyesal menduakan makwe, gua tak menyesal banyak buat jenayah di masa muda gua, tapi gua menyesal, gua menyesal tak tolong bayarkan buku budak sekolah tersebut. Malam tu gua main futsal macam setan. Tiga hari tiga malam gua tidur tangan atas dahi memikirkan nasib budak sekolah tersebut. Apa apa pun gua doakan budak sekolah tu berjaya di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan datang. Lepas ni kalu gua jumpa budak tu kat kedai tu lagi, gua akan belanja dia buku sama air bandung cincau.

Nota: belas belas ribu dalam akaun tu gua acah je, bagi sedap cerita..