Isnin, 23 Mei 2011

Cinta Untuk Samad - Sekuel

Entah macam mana, ada satu hari Aisyah ajak Samad keluar. Samad bergegas cari duit dalam kocek seluar jeans. Dapat juga dua puluh ringgit lebih. Lepas laa buat isi minyak.

Sampai saja Samad nampak Aisyah sudah menunggu dengan baju kurung kaler purple. Memang cantik bukan main. Samad duduk tepi Aisyah, wangi. Samad pun berborak borak dengan Aisyah. Borak punya borak, Aisyah tanya satu soalan.

"Sam taknak cari makwe lain?", Aisyah tanya pakwe lamanya itu dengan nada serius.

"Nak. Tapi sam dah tak reti mengurat la". Kata samad pula. Jelas sangat menipu.

"Ah ada pulok gitu gaye?", balas makwe langsung tak percaya. Langsung tercakap Pahang, tadi kemain cakap Kuala Lumpur.

"Betul..sekarang ni jumpa makwe solid je lidah Sam jadi kelu.
Aisyah tolong cari untuk Sam boleh?"

"Boleh. Sam nak yang macam mana?", Aisyah jawab yakin. Macam tokei kedai sport rim dia punya perangai.

"Yang muka serupa Aisyah, lesung pipit serupa Aisyah, body serupa Aisyah, gelak serupa Aisyah, perangai serupa Aisyah.", balas Samad pula, "boleh?"

Aisyah diam tak kata apa.

Sabtu, 21 Mei 2011

Setahun sudah berlalu

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh. Ok. Pada entri kali ini gua tanpa malu-malu ingin membuat sedikit ulasan mengenai sebahagian pasukan-pasukan World Cup 2010 dengan sesuka hati gua. Macam kita tahu World Cup sudah habis. Jadi ini adalah rumusan saya.

Jerman
Macam kita tahu, team ni gila babi steady. Player muda-muda je. Mereka laju dan berkemahiran tinggi dan tak banyak brek bila counter attack. Jenis otak cepat. Dari bawah bawak ke atas semua steady-steady laju. Dah. Gua tak selera nak ulas lebih-lebih pasal team ni. Gua syak mereka hisap ice. Takpun minum air ketum sebelum masuk padang.

Brazil
Mula-mula gua ingat team ni akan menapau Belanda yang gua sokong dan mudah ke final. Tapi last-last dia yang out kena tibai. Memang naya. Buruk-buruk muka budak-budak Brazil main lepas kena tinggal 2-1. Tapi apakan daya Belanda lagi handal dan bertuah malam tu. Lu confident sangat tu la Brazil…

Spain
Team ni adalah antara tiga team yang gua jangka akan menjuarai World Cup 2010 berdasarkan reputasi baru lepas menang Euro 2008 dan saingan peringkat kelayakan yang cemerlang. Dan sememangnya jangkaan gua tepat. Tapi mula-mula buat hal kena dengan Switzerland. Mujur lepas tu menang belaka walaupun main dibawah keupayaan sebenar. David Villa memang handal walaupun gaya time bawak bola huduh dan tidak smart. Pesen bawak bola mengangkang gitu gaya. Huduh Villa woi..!!

Argentina
Gua tak tipu. Ini pasukan pilihan no dua gua. Walaupun corak tak berapa cun dan defense lembap bukan main masa lawan Jerman. Gua syak Maradona mesti malu gila babi bila kena titik 4-0 itu hari.. Messi walaupun main bagus tapi kesian betul tak dapat gol. Tevez gua respek. Main macam berperang. Pendapat peribadi gua, Higuain main macam pundek malam tu. Berlakon porno lagi molek. Gua tidur malam tu dengan mata bulat.

Ghana
Terus terang, gua berharap Ghana yang akan lepas ke separuh akhir masa dia lawan Uruguay. Main mati-matian gua tengok diorang main. Gila bersungguh-sungguh. Tapi takdek arah Uruguay ada dua keeper atas padang. Setan punya Suarez. Gyan pulak buat hal tendang laju-laju bahan ke palang. Time-time macam tu lah dia nak buat hal. Gua yakin seluruh pasukan akan menyalahkan Gyan dalam hati. Nak cakap terang-terang takut kawan tu kecik hati. Kesian gila gua tengok muka budak-budak Ghana. Kalau Fifa ada buat format undi masuk, tobat gua undi Ghana.

Belanda
Team pilihan gua.Gua mengharapkan team ni yang akan menjuarai World Cup 2010. Gua pilih pasal Belanda ialah team yang low profile, steady dan juga total football. Tapi bila gua tengok betul betul tak ada lah total football sangat. Tak banyak harapan dan publisiti yang diberikan kepada Belanda. Main tak berapa cun juga walaupun layak ke final. Gua harap kerajaan Belanda tidak segan silu memberi cuti dua minggu kepada gua sempena Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

England
Team paling menghampakan penyokong. Main serupa haram jadah. Kalau gaya sebelum World Cup pung pang pung pang macam-macam cakap. Sekali main, barai. Defense yang lembik, midfield yang kelam kabut, dan forward yang tak boleh diharap merupakan strategi pasukan ini. Gila. Rooney sebelum main bukan main sembang nak jadi top scorer, tengok-tengok sebijik pun tak dapat. Tak dapat gol tu tak apa la. Tapi yang pergi main sebijik macam pemain Malaysia tu apahal?. Namun, sebagai rakyat Malaysia, gua bangga. Gua akhiri rumusan tentang England ini dengan kata-kata,’ alaa..kalu gol Lampard tu kira pun bukan ke mana juga..”,

France dan Italy
Team paling barai 2010. Gua daripada awal dah agak dua team ni memang tak kemana. Tapi gila apa pusingan pertama pun tak lepas. Finalis 2006 dan defending champion tu. Main memang macam bangang sungguh. Gua taktau nak cakap apa. Gua harap tokei-tokei judi di luar sana dapat mengambil pengajaran dari kejadian ini. Daripada bertaruh pada team bangang macam ni, baik bagi gua duit tu. Lepas juga gua beli tali pinggang baru.

Subkhiddin
Satu-satunya rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dengan game di Afrika Selatan. Tapi naya betul ke dia tak dapat jadi referee nombor satu. Sampai ke sudah duk angkat papan tu je kerja dia. Namun gua puji juga kerana beliau berjaya mengangkat papan nombor tu dengan penuh jiwa dan bergaya. Steady Subkhiddin..!!

Note: Ok. Sebenarnya, gua jumpa menda ni dalam folder pada kompiter lama gua di kampung baru baru ni. Banyak lagi sebenarnya, nanti pelan pelan gua publish. Jadi walaupun dah hampir setahun World Cup 2010 berlalu, gua nak publish juga. Gua peduli hapa. Blogspot bukan marah pun.

Khamis, 5 Mei 2011

Emak saya memang tip top orangnya # 3

Gua masa muda muda dulu memang gagah. Kerja kerja menyapu sampah, berkebun, tebang pisang, raut lidi, siang tebu, kupas kelapa, jemur kain, cabut lengkuas, bakar sarang tebuan, mandi paya, cari daun kesum, mesin rumput semua dah sebati dengan body gua. Sampai kadang nampak ayu semacam bila terbongkok bongkok menyapu di halaman rumah sambil tangan kiri taruk kat belakang pinggang.

Tapi dalam banyak banyak tu, pengalaman mesin rumput lah yang paling luas sekali. Kadang datang rajin dia sampai ke pukul dua gua mesin. Dia punya panas jangan cerita, perit leher leher. Itu jam kalu tak pakai topi tukang kebun hok jenis lebar tu memang boleh mendatangkan leher hitam. Peh, mula la jalan nak kasi kolar tegak. Tapi dalam hal mesin rumput, gua cukup tak berkenan bila tengah all out tiba tiba minyak habis. Dia punya stim memang menurun. Sayu saja rasa hati nak start lain. Penyudah dia gua tersengih sengih naik atas rumah sambil order sirap bandung satu.

Namun, itu dulu punya cerita, sekarang di tahun 2011 ni gua punya malas memang padu. Basuh kereta pun main upah adik saja suruh basuh. Nasib baik murah. RM5 luar dalam. Disebabkan gua puas hati, gua up lagi seringgit jadi enam ringgit. Budak budak tak boleh bagi banyak, nanti dibuat beli rokok. Matematik pun gagal nak hisap rokok memang gua tendang. Sekarang ni gua jangan kata nak mesin rumput, nak menyapu sampah pun dah jadi tak lalu. Pandai pandai la halaman rumah gua tu jaga diri.

Gua sekarang ni lagi gemar duduk duduk di beranda dapur sambil pekena berborak. Sambil borak sambil tendang bola ke dinding beranda. Sampai retak dinding. Tak tau lah sebab tendangan gua power sangat atau memang dah sedia retak. Tapi rasanya memang sebab tendangan gua yang power. Tak tau lah tu. Puas menendang, gua duduk, puas duduk gua masuk dalam rumah, cubit ikan panas panas baru goreng lepas tu blah, kalu ada ayam gua cabut kulit dan sambung menendang bola. Dah penat gua sambung balik duduk.

Tengah sedap duduk menyandor, datang mok gua yang tip top bukan main tu.

"ah awok ni, asyik duduk saja kerjanya, cuba laa mesin rumput ke apa ke, ada juga pekdohnya", sound mak gua lebih kurang.

"alaa mok, rilek laa..nanti raya laa kome mesin.., mesin sekarang pun nanti raya dia tumbuh jugek..", balas gua steady sambil buat muka tak larat. Biasanya taktik ni tak menjadi.

"memang laa, tapi pada awok duduk saja gitu baik laa pergi mesin, ceroh sikit rumoh kita..tak mengantuk ke duduk saja gitu, kalu mok laa mengantuk duduk saja ni", balas mak gua pula steady. Sama naik saja mak gua pun, orang nak steady dia pun nak steady juga.

" ha, itu lah mok tak tau, kome ni lain, kome ni kalu buat kerja mengantuk je rasa, tapi kalu duduk saja tu ok pulok! hehe", balas gua bersahaja.

"itu lah dianya. itu yang mok malas bercakap dengan awok tu! ada saja jawapan dia! mok jahit mulut tu karang tau laa!", balas mak gua pula garang sambil perah santan sampai timbul urat tangan.

Gua sengih sengih saja buat tak dengor. Nasib baik mok gua tak buat laporan kat bapak gua. Kalu tidak berkilat laa muka kena mesin rumput lepas zohor..