Selasa, 14 Jun 2011

Di dada ini penuh dengan parut luka yang kau tinggalkan sebagai kenangan # - Murad Costigan Jr. - Persoalan

Ketika Murad pergi menghantar makwe ke KLIA tempoh hari, Murad telah menghadiahkan sebuah puisi poket berjudul Tangerin & Nikotin kepada makwe. Ditulis oleh makwe bernama Mimi Morticia. Entah siapa siapa Mimi Morticia ni Murad tak peduli. Kerana yang penting ialah apa yang ditulis, bukan siapa yang menulis. Nak bagi hadiah mahal mahal Murad bukan berduit sangat.

Makwe menerima buku tersebut dengan mata yang bersinar sinar. Sambil sambil menunggu boarding time, makwe membelek belek buku kecil tersebut penuh minat sambil ditemani Murad. Dibacanya perlahan lahan. Helaian demi helaian diselak. Dan berhenti tatkala bertemu dengan perkataan perkataan yang kurang difahami. Murad dengan steady menerangkannya satu persatu dengan gaya cikgu cikgu.

Tiba tiba makwe berhenti lama dia helaian mukasurat nombor sebelas. Di helaian yang bertajuk FAQ. Makwe termenung. Jauh gayanya kalu diukur dari kedut pada dahinya. Murad tenang memerhatikan gelagat makwe tanpa sepatah kata. Lama kelamaan makwe bersuara.

"ok, kalau saya tanya awak soalan ni, apa awak akan jawab?", tanya makwe penuh makna. Jari telunjuknya ditala ke helaian yang berjudul FAQ tadi.

"saya akan jawab, tapi saya nak awak yang jawab dulu", jawab Murad ringkas.

"aik? kenapa saya dulu pulak?", balas makwe pula. Hairan sangat gayanya.

"sebab nanti awak tiru jawapan saya! saya tau dah perangai awak tu..", balas Murad pula lancar.

"hak hak! ye laa, ye laa..nak tiru pun tak boleh! ok, kalu saya..saya nak saya yang mati dulu.", jawab makwe tanpa fikir panjang.

"sebab?"

"sebab saya tak sanggup nak tengok awak mati..", jawab makwe sayu, "awak pulak"?

"kalau saya, saya juga harap awak yang pergi dulu.", konfiden bukan main Murad jawab. Sampai jadi garau garau suara. Biasa biasa dah laa Murad..

"KENAPA?", makwe respon sepantas kilat.

"sebab saya nak bahagiakan awak sampai akhir hayat awak, saya tak yakin ada orang lain yang boleh buat awak bahagia sama seperti yang saya buat".

Makwe pandang muka Murad dengan mata berkaca. Cepat cepat Murad lap hujung mata makwe pakai ibu jari.

***
Pertanyaan: Kamu rela orang yang dicintai setengah mati, mati dahulu, atau kamu yang pergi dahulu?