Khamis, 28 Julai 2011

Ngeri

Ada satu hari tu, gua pergi mandi air terjun di satu lokasi rahsia. Entah macam mana boleh pulak gua pergi seorang diri. Sampai saja di tempat mandi tersebut gua pun nyala rokok satu batang dan mencangkung atas batu besar tepi air. Depan gua ada satu family tengah mandi manda. Laki dia, bini dia dan anak dia. Anak dia kecik lagi, baru dua tiga tahun umurnya berdasarkan pengalaman gua menimang cahaya mata.

Bapak budak kecik tersebut merendam rendam anak dia ke dalam air. Menggigil gigil budak tu, tapi tak menangis. Kira steady juga la budak kecik tu. Tiba tiba entah macam mana bapak budak tu hanyut. Sekali dengan budak kecik tu hanyut. Budak tu tengelam timbul kepala dia dalam air. Emak budak terjerit jerit panggil 'abang!, 'abang!'. Muka habis pucat. Gua cemas.

Tanpa fikir panjang, gua pun sedut rokok gua padu padu, campak puntung dan terus terjun ke dalam air. Nasib baik pouch bag gua dah sangkut siap siap pada pokok. Gua pun membuat renangan yang bergaya dan laju bukan main. Budak tu dah separa sedar gua rasa. Bapak dia tercungap cungap dalam air.

Tiba tiba, gua rasa punggung gua bergetar. Lama. Gua raba bawah punggung gua. Cilakak, makwe gua talipon rupanya. Entah macam mana talipon gua boleh lepas ke bawah punggung. Padahal masa mula mula tidur tadi elok saja gua letak dekat kepala. Cilakak! Baru je nak jadi hero!

Sabtu, 16 Julai 2011

In a relationship

Tadi, ketika gua tengah sedap sedap menulis, tiba tiba gua mendapat satu panggilan talipon dari seorang perempuan. Belum sempat ringtone habis gua terus angkat dan bagi salam elok elok.

"waalaikummussalam. Awak buat apa? sibuk tak?", tanya perempuan tersebut.

Daripada soalannya tu gua dah tau dia nak ajak gua berborak. Tapi memandangkan gua memang tak biasa menipu perempuan yang seorang ni. Jadi gua dengan jujur bagitahu dia.

"err..tak juga. saya tengah menulis.", jawab gua pula. Suara gua kasi yang paling madu sekali. Sengaja gua gunakan ayat "tak juga" supaya dia tahu gua ada pilihan. Antara sibuk dan tidak. Sama sama boleh pilih.

"menulis? menulis apa dah?", perempuan itu tanya lagi. Ingin tahu benor gayanya.

"menulis cerita lah, saya nak buat buku.", jawab gua sambil berharap dia tahu gua ingin sambung menulis lagi.

"oh, ok. good! takpa lah, awak menulis lah dulu ye, tak nak ganggu lah. nanti awak hilang fokus.", balas perempuan itu lembut.

Selepas berborak lagi sepam perempuan tersebut pun kabor ilebiu dan letak talipon. Gua pun terus kabor ilebiutu macam biasa dan terus sambung menulis.

Gua nak kabor satu menda je, perempuan macam ni memang orang laki laki suka.

Lagi satu, daripada kejadian ni dapat gua katakan, sesuatu perhubungan itu perlu ada persefahaman. Bila ada persefahaman, semuanya jadi senang dan lancar. Bila dah lancar, baru lah boleh pergi lebih jauh dan dapat lebih kilometer.

Ok. Gua nak sambung cerita gua yang terbelangkai tadi kejap. Jo dah dua kali tanya bila nak siap, berdebor juga gua nak reply dia punya mesej.

Rabu, 13 Julai 2011

Emak saya memang tip top orangnya # 4

Malam semalam emak gua talipon dari kampung. Gua angkat dan suruh emak gua letak talipon. Emak gua kalau berborak memang dah habis kredit la baru berhenti. Gua talipon balik. Kadar panggilan daripada rangkaian maxis ke rangkaian celcom bukan lu orang tak tahu dia punya charge yang serupa setan.

Emak gua tinggal dua beranak di rumah. Dengan adik lelaki bongsu gua. Tingkatan lima. Dulu Upsr dapat 5A, sekarang entah apa jadah test kimia pun gagal. Bapak gua tak ada di rumah. Dia pergi tidur rumah makwe dia lagi satu. Macam macam hal gua borak sama emak gua. Membawak dari hal orang eksiden, kenduri, anak buah masuk hospital, sehinggalah ke hal orang meninggal.

Berborak punya berborak, akhirnya sampai ke punghujung borak, sempat juga emak gua pesan, "semayang jangan tinggal, kerja elok elok, simpan duit nanti nak menikoh, dan akhir sekali jangan hisap rokok banyak sangat".

Gua jawab ok dan terus ucap selamat malam. Gua harap emak gua tidur lena dan mimpikan bapak gua. Lepas letak talipon, gua termenung. Terngiang ngiang suara emak gua di telinga. Jauh di sudut hati, gua tahu emak gua rindu pada anak anak dia.

Gua nekad, hujung bulan nanti gua nak balik. Dan harijadi emak gua nanti, gua nak kasi hadiah pokok bunga orked satu berserta pasu tanpa corak satu unit. Orked tu gua nak kasi bunga dia yang kaler ungu.

Isnin, 11 Julai 2011

Ini zaman dulu punya cerita # 13 - Keranamu Cybercop

Masa gua kecik kecik dulu, gua cukup minat nak pergi sekolah. Bangun pagi pagi gua akan kayuh basikal pergi sekolah. Petang pula gua akan kayuh basikal juga pergi sekolah agama. Hantar hantar memang tak ada. Masa darjah satu saja emak gua hantar pasal risau gua tak boleh bawak diri dan akhirnya jadi mat rempit. Lagipun masa darjah satu gua bukan ada basikal lagi. Darjah dua gua dah pandai pergi sekolah sendiri. Senang kerja mak gua. Itu jam siapa pergi sekolah mak bapak hantar memang gua pandang sinis. Dalam pandai tu ,tiga empat kali juga gua bersepah atas jalan nak boleh ke grad darjah enam.

Kalau nak diikutkan, gua lagi suka pergi sekolah agama dari sekolah kebangsaan. Sekolah agama ni happening sikit. Macam macam game boleh main. Lumba basikal, main perang perang, main bola, main cuit tiang, berkelah dengan makwe dan juga main bola tampar dalam masjid pakai kopiah. Lagi satu main gelongsor bukit. Sampai hijau hijau baju melayu warna putih. Silibus pembelajaran pun senang. Jemu juga asyik betul saja jawab. Ustazah pula selalu tak masuk. Memang jadi ustazah pujaan.

Masa zaman gua tu cerita paling in ialah cerita Cybercop. Layan betul cerita dia. Dia punya sedak kurang sikit saja dari Gaban. Kerap juga gua buat gaya dia bertukar jadi Cybercop. Ada masa jadi, ada masa tak jadi sangat. Cerita main pukul 4.30 petang. Sekolah agama habis pukul lima setengah. Gua cukup tak gemor dengan masa pembelajaran yang tak selari dengan cerita tibi ni. Nak tak nak gua kena lakukan sesuatu. Gua kemas kemas beg. Sepantas kilat gua pecut keluor ikut pintu belakang. Gua kayuh basikal sekuat hati sampai rumah.

***

"eh, awal balik hari ni lang?",tanya mak gua sambil lipat kain depan tibi.

"ha'ah. Ustazah bagi balik awal siapa boleh jawab..", jawab gua yakin.

Gua harap gua tak masuk neraka.

Sabtu, 9 Julai 2011

Keluhan New Zealand

Entah kenapa gua tiba tiba jadi semangat bukan main nak pergi New Zealand. Nak pekena bungy jumping sama snowboarding. Gua dah niat, satu hari gua mesti pergi. Dapat tak dapat belakang kira. Yang penting niat gua ikhlas nak pekena bungy jumping. Gua tak nak pekena tak tempat lain. Gua nak pekena dekat New Zealand juga.

Sebenarnya, banyak tempat dah gua target nak pergi ni. Tapi cilakak Sandakan pun belum lepas lagi. Macam ni lah jadi orang kebanyakan serupa gua ni. Tapi gua tak berapa kisah sangat. Masalah dah keinginan ni bukan untuk dikeluh dan dimenungkan sehingga hati menjadi lara. Enjoy tetap enjoy. Perit ke tak perit belakang kira.

Gua sebenarnya, tak sangka betul ketika umur sebegini, kehidupan gua masih barai dan tidak stabil. Kekerapan bengkrap seawal tingkatan satu telah mendidik gua menjadi steady dan takda hal. Apa ada kita makan. Dan sesungguhnya, banyak menda gua teringin tapi tak dapat dan akhirnya berkubur macam tu saja. Cilakak. Bergenang pula air mata. Tapi takpa, pasal keinginan dan kehendak tu kita buat lupa saja. Senang. Duk menung menung tak jadi apa juga. Duit bukan boleh jadi banyak secara sendiri dia.

Tapi kan bila gua fikir fikir balik, entah macam mana la dia punya debor nak buat passport nanti.