Khamis, 15 September 2011

Penawar

Ada satu ketika, gua memang dah sesat jauh. Gua bila dah rasa sesat bukan main ada dua benda saja gua akan ingat balik iaitu ibu bapa dan juga tuhan. Begitulah selalunya. Apa benda yang gua buat sehingga gua tersesat jauh itu biarlah rahsia.

Gua bila dah rasa sesat macam gitu gaya, gua akan talipon emak gua. Emak gua ni umpama ubat. Lepas bercakap dengan dia gua akan ok. Biasanya. Bunyinya macam manja tapi sebagai anak itulah hakikatnya. Setelah siap check baki talipon, gua pun dail nombor emak gua.

"Pabila bercinta dan dicinta
Cari cinta, cinta mega
Biar cinta jadi fenomena
Tertusuk sudah aku
Panahanmu, panahanku, hak milikmu
Biar panahku terus di situ.."

Amboi emak gua pun, kemain catchy lagi caller ringtone dia! Agaknya inilah yang orang gelor, jiwa muda.