Jumaat, 2 November 2012

Singkat

Rupa rupanya lama betul dah gua tak update blog gua ni. Last itu hari bulan April. Ni dah masuk bulan November. Sekarang nak tulis apa menda pun dah tak reti. Sibuk sangat gua ni gamaknya mengejar kebahagiaan. Ni pun gua saja tulis nak kasi ngam ngam ada 12 entri tahun ni. Tak ada laa malu sangat jika dikira secara purata. Kakakaa.

Jumaat, 13 April 2012

Rencah

Di dalam hidup gua ini terlalu banyak benda yang gua angankan. Macam macam benda gua nak. Meluap luap keinginan sampai susah nak bendung. Dan kadang kadang ianya seakan akan terlalu besar untuk gua capai. Dan juga mungkin terlalu jauh. Lalu gua memujuk hati gua agar belajar menerima dan bersyukur. Bersederhana atas apa adanya.

Lalu keinginan dan perasaan gua reda sedikit demi sedikit. Namun ianya tidak lah kekal begitu. Tanpa perlu diundang ianya datang kembali. Rapat dan menghimpit. Menekan ke otak, menikam ke jantung.

Maka dengan ini dapatlah gua rumuskan, perasaan dan keinginan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipadam begitu saja. Sepertinya cinta kita. Andai engkau yang aku mahu, tetap jualah engkau juga yang aku mahu.

Isnin, 27 Februari 2012

Rindu

Kebelakangan ni gua banyak betul termenung. Pantang ada masa lapang. Gua cuba ingat balik zaman gua kecik kecik dulu. Zaman gua sekolah asrama dan juga zaman universiti. Mana tahu boleh juga selit selit buat masuk buku.

Tapi dalam banyak banyak tu zaman universiti laa gua paling rindu. Masa tu gua dengan tidur lewat memang kacip. Insomnia. Kadang sampai pagi tak tidur langsung. Pergi kelas barai. Sampai satu tahap gua kena hisap dadah dulu baru lena. Kadang tu bukan buat apa pun. Dengar lagu, layan membaca, sambil sambil yahoo messenger dengan makwe duduk Mesir. Datang rajin dia habis semua website gua godek baca. Termasuklah website porno. Download sana, download sini. Senang cerita gua ketagihan internet. Facebook tak menaik lagi masa tu walaupun gua dah ada akaun.

Hidup pula memang tak teratur langsung. Masa tidur barai, masa makan bersepah, sembahyang lagi laa. Cuma puasa je cemerlang, itu pun pasal tidur sepanjang hari. Malam malam keluor merayap. Balik rumah mengadap internet sampai pagi. Hari dah nak cerah baru cuba nak tidur. Pergi kelas mata barai. Tapi biasanya tak pergi terus laa. Nanti malam nak final baru berentap study semula. Itu jam mula laa tak tahu nak marah pada siapa.

Tapi itu dulu laa punya cerita. Zaman body gagah dulu, komitmen pun tak ada. Sekarang ni penyakit susah tidur gua dah tak ada lagi. Mungkin dulu tu pasal gua kuat sangat berfikir. Memang kepala hotak kita ni kalu nak tidur tak boleh berfikir sangat. Fikir masalah khususnya. Sekarang tak payah dadah tak payah apa, pasang saja lagu Har Dil Jo Pyar Karega. Lagu belum habis gua pun dah lelap. Untung untung mimpi Preity Zinta.

Selasa, 21 Februari 2012

Steven Tyler

Masa gua mula mula sambung belajar di universiti dulu, gua jarang ponteng kelas yang gua minat. Electrical principle dan bahasa inggeris contohnya. Kedua duanya adalah kerana lecturernya bagus dan mempunyai body yang mantap.

Subjek bahasa inggeris gua minat sekali. Lecturer perempuan. Janda. Budak budak panggil dia Madam Juju. Nama pun dah comel macam tuan dia. Gua panggil Ju saja dengan dia. Bercakap pun pesen 'i you i you' saja tak payah nak madam madam sangat. Err.. ok, gua tipu. Gua panggil Madam Juju juga laa serupa orang lain.

Masa first class gua ingat lagi gua pakai topi kaler biru bertulis Syarikat Goh Toh Lai Motor Enterprise. Baju t shirt dan berambut panjang tak bersikat. Gua ambik port belakang belakang. Tak minat betul gua duduk depan depan dalam kelas ni. Nanti lecturer cepat kenal. Gua tak suka jadi terkenal.

"Ok guys! Now i want every single one describe yourself with just only two words.", kata Juju memulakan kelas. Macam gitu laa lebih kurang dia punya cakap. Gua bukan ingat sangat.

Sorang demi sorang bangun bersuara. Dan akhirnya sampai giliran gua. Gua tak bangun dari kerusi. Gua tarik nafas dalam dalam. Harap harap Juju tak tanya gua banyak. Gua bukan reti nak reply balik dalam bahasa omputih.

"Silent and unpredictable", sound gua garang sambil pusing pusing pen.

Kelas senyap. Semua mata pandang gua. Termasuk Juju.

"Guys! I think we got Steven Tyler in our class! Did you noticed that this guy very look alike Steven Tyler?", tiba tiba Juju bersuara dengan sedikit teruja.

Gua sengih. Hari pertama kelas dengan Juju gua lalui dengan begitu bersemangat. Habis kelas gua terus pecut balik rumah. Sampai rumah cepat cepat gua google 'Steven Tyler'.

"Cilakak! Tak ada laa smart sangat..", kata gua sambil lempang monitor.

Selasa, 14 Februari 2012

Ranjau

- Demam
- Sakit otak
- Selsema
- Kereta jahanam
- Demam
- Bengkrap
- Selsema
- Demam
- Kereta jahanam
- Sakit otak
- Internet lembap
- Nyamuk banyak
- Kemarau gol
- Kering idea
- Lapar nasik
- Kipas slow
- Bengkrap
- Malas semayang
- Hilang akal

Sabtu, 11 Februari 2012

Harapan palsu

Gua ada tiga sebab untuk berhenti rokok. Sebab nombor satu ialah emak gua suruh. Lama dah dia suruh tapinya. Tapi tak berenti berenti juga. Nombor dua sebab kesihatan. Sejak kebelakangan ni tekak gua macam dah tak power sangat. Jenis cepat sakit. Dulu kemain handal semua rokok pun nak cuba. Nombor tiga ialah sebab gua dah janji dengan makwe. Soal habis duit gua tak heran sangat. Tak beli rokok karang habis juga buat beli benda lain.

Gua ada try dulu guna taktik ganti aktiviti hisap rokok dengan makan gula gula. Bagus juga hasil dia. Daripada sekotak sehari dah kurang jadi tiga batang sehari. Tersengih sengih juga bila makwe kabor 'good job!' pada gua. Tapi habis saja gula gula dua puluh bijik, terus hisap rokok macam setan balik. Rentetan daripada itu gua dapat satu rumusan. Gula gula tak boleh putus stok. Kena beli banyak.

Jadi balik kerja pada hari ahad yang lalu gua terus pecut pergi Econsave.
Gua beli gula gula satu paket besor. Gula gula Esprezzo perisa kopi Mocha. Baru laa semangat sikit nak makan. Siap beli gua terus balik dengan semangat yang membara dan juga badan berlengas.

***

Hari ini adalah hari sabtu. Gula gula Esprezzo perisa kopi Mocha baru luak lebih kurang 10 biji. Rokok pula dah empat kotak habis. Barangkali inilah yang dikatakan hangat hangat tahi ayam, lama lama sejuk begitu saja.

Khamis, 2 Februari 2012

Sensitif

“Nak gunting pesen menda ni?,” tanya kawan gua merangkap tukang gunting peribadi gua. Gua memang tak berkenan nak gunting kat kedai gunting rambut. Takut smart sangat pula nanti. Lagipun gua tak berminat nak menghabiskan duit gua yang jarang ada banyak itu untuk tujuan sebegitu.

“Gunting je pesen menda pun ..jangan huduh sangat sudah la..,” balas gua pula. Gua memang percaya je pada kawan gua tu pasal beliau memang tak pernah lagi mengecewakan gua. Tapi hati rasa macam berat je nak gunting pasal masa gua baru balik itu hari ramai juga orang kampung ingat gua artis.Namun disebabkan emak gua tak berenti duk kabor rimas tengok rambut gua, gua akur. Lagipun gua bukan nak jadi artis.

Kawan gua itu dengan pantas terus menggunting rambut gua dengan bergaya dan profesional. Gua ada juga bagi cadangan suruh dia buka kedai tapi malang cadangan gua dipandang sepi. Bunyi rambut gua kena kerat rangup betul. Naik mengantuk gua. Ikut hati nak saja gua minta kawan gua tu gunting sambil gua berbaring. Tapi gua fikir-fikir balik macam tak senonoh pula kalau gua membuat permintaan sebegitu.

***

“ku ingat kamu..ku rindu kamu..wajahmu selalu terbayang..”, gua menyanyi-nyanyi merdu lagu Mas Idayu tanpa malu-malu depan cermin sambil menyapu minyak rambut jenama Revive di kepala. Entah kenapa gua nyanyi lagu Mas Idayu.

Sudah saja gua setting rambut gua jadi pacak-pacak macam dalam tibi, gua pun melangkah yakin menuju ke dapur. Emak gua tengah goreng bihun.

“Amacam mok..?”, tanya gua, “ smart dok..?”

“Boleh laa..”, balas emak gua. Ringkas tetapi sudah cukup untuk membuatkan gua hilang keyakinan diri.

“ ‘boleh laa’ je?”, kata gua kecewa, “ kabor la mok, smart ke dok ni..?”

“ smart dah..tapi bangun pagi payoh, kalo tak lagi smart.”, bijak emak gua bermain kata-kata.

“ alaa..kome bukan taknok bangun mok..tapi tu la, kome sensitive sikit dengan matahari pagi. Kalu tengah hari kome ok sikit.”, balas gua pula tersengih-sengih sambil teguk air Sunquick.

“ sensitip korok mu.”

***

Ok, ni entri lama sebenarnya. Keh keh keh!

Selasa, 31 Januari 2012

Meniti perjalanan

Masa gua belajar sekolah rendah dulu, kepala hotak gua memang mantap. Semua subjek gua minat. Tambah tambah subjek pendidikan jasmani. Hari mula mula sekolah bapak gua tak payah susah susah tunggu sampai gua steady. Dia tau gua boleh survive. Bukan serupa budak budak sekarang, nak kena tunggu bagai. Bapak balik, menangis. Akibat dari lambat daftar, gua dapat kelas paling bangang.

Namun disebabkan gua pandai bukan main, tahun depannya terus lompat naik kelas pandai. Tahun demi tahun gua naik pentas ambik hadiah kecemerlangan. Tapi dapat nombor dua je laa. Nombor satu asyik makwe saja dapat, Haslin Idayu nama dia. Banyak kali juga gua doa dia tukar sekolah. Nasib baik laa dia tak kabor minat kat gua, kalu tidak memang kat situ jugak gua lukakan hati dia.
Kah kah kah!

Selesai saja sekolah rendah, gua pun masuk sekolah menengah. Sekolah menengah agama berasrama. Bapak gua suruh. Sebagai anak yang baik dan masih kecil gua ikut cakap bapak gua. Daripada tingkatan satu sampai tingkatan empat, satu kali pun tak ada naik pentas ambik hadiah. Kalu ada pun pasal dapat nombor satu pertandingan sepak raga bulat sempena hari guru. Satu kali lagi ada naik juga pasal buat persembahan. Nyanyi lagu nasyid. Habis menitik air mata semua orang.

Barai betul prestasi gua masa tu. Tapi gua masih lagi berada di kelas paling pandai. Kelas Taufiq. Kelas Hidayah ialah kelas yang bangang sikit, manakala kelas last sekali adalah Mahmudah. Boring duduk kelas cerdik ni, budak budak skema sikit. Bullah Berg kelas sekali dengan gua, tapi sibuk borak sama makwe saja nama Aishah. Gua masa tu tengah sibuk mengorat Siti Syarifah Mohd Jani lagi tak dapat dapat.

Pernah sekali gua punya keputusan periksa memang hancur. Masa tingkatan tiga. Dapat nombor 35. Student kelas gua ada 36 orang. Yang nombor 36 tu dapat nombor 36 pun pasal dia tak datang kena demam cengkerik. Gua ingat kalu dia datang periksa, memang cerah harapan gua dapat nombor last. Kah kah kah!

Khamis, 19 Januari 2012

Ranap

Dulu, masa gua muda, zaman gua kuat bersukan dulu, memang jarang gua sakit ke demam ke ataupun masuk hospital. Cuma ada la sekali masuk wad pasal gigit dek ulor sawa. Lain lain memang tak ada. Habis kuat pun sakit otot peha pasal melipat beria sangat masa main takraw. Tambah tambah makwe makwe ramai tengok dari tepi gelanggang. Peh, terapung apung rasa lipat. Bangun pagi esok jalan kengkang.

Sekarang, body gua memang tak berapa gagah. Nak jalan mendada pun tak berapa larat. Tahun ni saja sudah tiga kali demam. Sakit pinggang jangan cerita. Ada bini boleh juga mintak tolong urut sambil meniarap depan tv. Dalam pada lemah lemah badan tu ada juga gua pergi main futsal pasal kena paksa. Alhamdulillah, banyak juga gua kena maki pasal main macam setan.

Tapi dalam banyak banyak hari gua demam itu hari, ada satu hari tu betul betul power punya demam. Dia punya sakit memang menyucuk nyucuk. Sengal habis satu badan. Tekak betul betul boleh telan air saja. Tapi rokok lepas lagi setakat sebatang dua. Cilakak. Hairan juga. Sampai satu tahap gua tidur sambil mengerang dan bercakap dengan dinding. Memang mantappp. Pusing punya pusing, tak lelap juga. Jam dah pukul dua pagi. Nak mengadu pada makwe, makwe dah tidur. Nak mengadu pada makwe lain, gua ada satu saja makwe. Menyesal juga gua tolak cinta Neelofa tempoh hari. Penyudah dia, gua sms Bullah Berg.

"Demam..:(. Gua send pada Bullah Berg siap dengan smiley.

"Demam lagi?, menda nak jadi laa aok ni..", Berg balas.

"hmm..:(. Balas gua dengan smiley lagi supaya nampak lebih demam.

"Bawak bawak laa berehat Pytt. Asyik kerja je 24 jam, mana nak larat badan aok tu..",. Cilake, kemain caring pulak Bullah Berg ni. Tak boleh jadi, kena reply ni. Getus hati gua.

"Demi masa depan Berg..", balas gua dengan air mata meleleh di pipi.

"Babi! Bergenang air mata gua!", balas Bullah Berg ringkas.

Ok, part air mata meleleh tu gua tipu.

Selasa, 17 Januari 2012

Panas hati

Ada satu pagi, gua sedang dalam perjalanan balik rumah. Jam dah nak dekat pukul empat pagi. Memang sunyi habis. Barangkali semua orang di kawasan kejiranan gua dah tidur. Yang tak tidur lagi mungkin individu yang sedang menghisap dadah, membuat kerja sekolah dan juga membuat anak.

Gua meredah pekat malam dengan sejuk yang mencengkam tulang. Tak berapa jauh dari rumah gua, ada dua ekor anjing masih lagi leka melepak. Entah apa diboraknya sampai ke pagi. Esok mula laa liat nak bangun. Tapi takpa laa, boleh jadi borak hal masa depan. Dalam kepala gua dah target, kalu anjing tu kejar, gua memang takkan teragak agak tendang dia punya muka sekuat hati. Gua pun dah lama simpan dendam dengan anjing anjing tu. Banyak kali juga cuba nak langgor pakai kereta tapi sampai hari ni tak dapat dapat. Gua punya sakit hati jangan cerita. Saat macam tu memang gua dah lama tunggu.

Gua memperlahankan pemanduan dan menambah sedikit garang di muka gua. Sampai betul betul di tepi anjing dua ekor tersebut, tiba tiba anjing tersebut bangun dan bergerak perlahan lahan kepada gua. Hati gua panas. Betul betul punya panas. Jantung gua berdebar. Darah naik kepala.

Preeeeeengggg!!!

Gua pulas throttle motor sekuat hati. Habis tercicir jauh anjing. Gua pun masuk rumah dengan jalan mendada. Bila gua fikir fikir balik, lain hari je laa gua tendang anjing tu punya muka..