Selasa, 31 Januari 2012

Meniti perjalanan

Masa gua belajar sekolah rendah dulu, kepala hotak gua memang mantap. Semua subjek gua minat. Tambah tambah subjek pendidikan jasmani. Hari mula mula sekolah bapak gua tak payah susah susah tunggu sampai gua steady. Dia tau gua boleh survive. Bukan serupa budak budak sekarang, nak kena tunggu bagai. Bapak balik, menangis. Akibat dari lambat daftar, gua dapat kelas paling bangang.

Namun disebabkan gua pandai bukan main, tahun depannya terus lompat naik kelas pandai. Tahun demi tahun gua naik pentas ambik hadiah kecemerlangan. Tapi dapat nombor dua je laa. Nombor satu asyik makwe saja dapat, Haslin Idayu nama dia. Banyak kali juga gua doa dia tukar sekolah. Nasib baik laa dia tak kabor minat kat gua, kalu tidak memang kat situ jugak gua lukakan hati dia.
Kah kah kah!

Selesai saja sekolah rendah, gua pun masuk sekolah menengah. Sekolah menengah agama berasrama. Bapak gua suruh. Sebagai anak yang baik dan masih kecil gua ikut cakap bapak gua. Daripada tingkatan satu sampai tingkatan empat, satu kali pun tak ada naik pentas ambik hadiah. Kalu ada pun pasal dapat nombor satu pertandingan sepak raga bulat sempena hari guru. Satu kali lagi ada naik juga pasal buat persembahan. Nyanyi lagu nasyid. Habis menitik air mata semua orang.

Barai betul prestasi gua masa tu. Tapi gua masih lagi berada di kelas paling pandai. Kelas Taufiq. Kelas Hidayah ialah kelas yang bangang sikit, manakala kelas last sekali adalah Mahmudah. Boring duduk kelas cerdik ni, budak budak skema sikit. Bullah Berg kelas sekali dengan gua, tapi sibuk borak sama makwe saja nama Aishah. Gua masa tu tengah sibuk mengorat Siti Syarifah Mohd Jani lagi tak dapat dapat.

Pernah sekali gua punya keputusan periksa memang hancur. Masa tingkatan tiga. Dapat nombor 35. Student kelas gua ada 36 orang. Yang nombor 36 tu dapat nombor 36 pun pasal dia tak datang kena demam cengkerik. Gua ingat kalu dia datang periksa, memang cerah harapan gua dapat nombor last. Kah kah kah!

10 comments:

bact. berkata... [Reply]

penuh onak dan duri perjalanan aok neh.

Aween Md Zahir berkata... [Reply]

harhar,,cerdik gilaa kau !
pmr dpt berapa ?? spm ??
laa ney mesti ko amek medik kan ? takpon engineer..kuikui

jo berkata... [Reply]

sesal dahulu pendapatan...

poyotito's berkata... [Reply]

bact,
sedap juga buat kenangan.

Aween,
amboi spm pmr semua ranap.
kakakaa

jo,
cemana tau gua menyesal ni, cilakak. cekap betul. gua menyesal sikit sikit saja..

UniMeOw berkata... [Reply]

hahaha...
aku xpelik kalo aku gelak,,,tp ble ko gelak aku pelik la jugak...hahaha...tahniah2..dpt no 2 dr blkg...;D

tasekM berkata... [Reply]

soalan aku.
kalau campur semua budak kelas pandai dgn kelas bangang sekali.. lu dapat nombor berapa..?




.

Wadi AR berkata... [Reply]

takpa. janji hang berjaya dah skang

DuniakuAbstrak berkata... [Reply]

habis padat dah ni..pendek bebenor ceritanya..

klimaks mana klimaks?

Hiro berkata... [Reply]

amboi, tukor backgerond baru aok ni.

poyotito's berkata... [Reply]

@tasekM
entah laa kak, tapi gua kategori bangang juga laa kut mana pun, kakakaa