Selasa, 17 Januari 2012

Panas hati

Ada satu pagi, gua sedang dalam perjalanan balik rumah. Jam dah nak dekat pukul empat pagi. Memang sunyi habis. Barangkali semua orang di kawasan kejiranan gua dah tidur. Yang tak tidur lagi mungkin individu yang sedang menghisap dadah, membuat kerja sekolah dan juga membuat anak.

Gua meredah pekat malam dengan sejuk yang mencengkam tulang. Tak berapa jauh dari rumah gua, ada dua ekor anjing masih lagi leka melepak. Entah apa diboraknya sampai ke pagi. Esok mula laa liat nak bangun. Tapi takpa laa, boleh jadi borak hal masa depan. Dalam kepala gua dah target, kalu anjing tu kejar, gua memang takkan teragak agak tendang dia punya muka sekuat hati. Gua pun dah lama simpan dendam dengan anjing anjing tu. Banyak kali juga cuba nak langgor pakai kereta tapi sampai hari ni tak dapat dapat. Gua punya sakit hati jangan cerita. Saat macam tu memang gua dah lama tunggu.

Gua memperlahankan pemanduan dan menambah sedikit garang di muka gua. Sampai betul betul di tepi anjing dua ekor tersebut, tiba tiba anjing tersebut bangun dan bergerak perlahan lahan kepada gua. Hati gua panas. Betul betul punya panas. Jantung gua berdebar. Darah naik kepala.

Preeeeeengggg!!!

Gua pulas throttle motor sekuat hati. Habis tercicir jauh anjing. Gua pun masuk rumah dengan jalan mendada. Bila gua fikir fikir balik, lain hari je laa gua tendang anjing tu punya muka..

7 comments:

UniMeOw berkata... [Reply]

ceh,,nk tendang muka anjing
konon..haha

Bozu berkata... [Reply]

dalam dunia ni ada dua perkara yang buat gua panas hati, nombor satu kawan tikam belakang, nombor dua tampor nyamuk tak kena

- Poyotito's Abdullah
11 January

Mat berkata... [Reply]

nombor tiga, anjing melepak sampai lewat pagi.

tasekM berkata... [Reply]

bangsa sembang nak menang ke dia je...

keh keh.

:p



.

Che Sue berkata... [Reply]

satu keja pulok awok nk samak slipar kang..tu pun kalo tepat aa menendang tu..kalo laa..

fadh berkata... [Reply]

ceh, gaye jer lebih aok te!

ENCIK TIKUS berkata... [Reply]

lu sembang lebat lah brader.. emang dsar