Khamis, 2 Februari 2012

Sensitif

“Nak gunting pesen menda ni?,” tanya kawan gua merangkap tukang gunting peribadi gua. Gua memang tak berkenan nak gunting kat kedai gunting rambut. Takut smart sangat pula nanti. Lagipun gua tak berminat nak menghabiskan duit gua yang jarang ada banyak itu untuk tujuan sebegitu.

“Gunting je pesen menda pun ..jangan huduh sangat sudah la..,” balas gua pula. Gua memang percaya je pada kawan gua tu pasal beliau memang tak pernah lagi mengecewakan gua. Tapi hati rasa macam berat je nak gunting pasal masa gua baru balik itu hari ramai juga orang kampung ingat gua artis.Namun disebabkan emak gua tak berenti duk kabor rimas tengok rambut gua, gua akur. Lagipun gua bukan nak jadi artis.

Kawan gua itu dengan pantas terus menggunting rambut gua dengan bergaya dan profesional. Gua ada juga bagi cadangan suruh dia buka kedai tapi malang cadangan gua dipandang sepi. Bunyi rambut gua kena kerat rangup betul. Naik mengantuk gua. Ikut hati nak saja gua minta kawan gua tu gunting sambil gua berbaring. Tapi gua fikir-fikir balik macam tak senonoh pula kalau gua membuat permintaan sebegitu.

***

“ku ingat kamu..ku rindu kamu..wajahmu selalu terbayang..”, gua menyanyi-nyanyi merdu lagu Mas Idayu tanpa malu-malu depan cermin sambil menyapu minyak rambut jenama Revive di kepala. Entah kenapa gua nyanyi lagu Mas Idayu.

Sudah saja gua setting rambut gua jadi pacak-pacak macam dalam tibi, gua pun melangkah yakin menuju ke dapur. Emak gua tengah goreng bihun.

“Amacam mok..?”, tanya gua, “ smart dok..?”

“Boleh laa..”, balas emak gua. Ringkas tetapi sudah cukup untuk membuatkan gua hilang keyakinan diri.

“ ‘boleh laa’ je?”, kata gua kecewa, “ kabor la mok, smart ke dok ni..?”

“ smart dah..tapi bangun pagi payoh, kalo tak lagi smart.”, bijak emak gua bermain kata-kata.

“ alaa..kome bukan taknok bangun mok..tapi tu la, kome sensitive sikit dengan matahari pagi. Kalu tengah hari kome ok sikit.”, balas gua pula tersengih-sengih sambil teguk air Sunquick.

“ sensitip korok mu.”

***

Ok, ni entri lama sebenarnya. Keh keh keh!

6 comments:

bact. berkata... [Reply]

kahkahkah

korok mu!

Hiro berkata... [Reply]

amboi, mok caring betei yek..

Che Sue berkata... [Reply]

ada genetik edward twilight rupanyer, sensitip ke cahya..

Wadi AR berkata... [Reply]

templet baru nampak. ke aku terlewat ni

berkata... [Reply]

buat lagi entri guna bahasa macam tu..
korok, kome,
tak faham, tapi rasa macam best ni.

buat lagi k? hehe

poyotito's berkata... [Reply]

@
korok tu tengkorak, kome tu dalam penggunaan keluarga gua adalah saya.